SAMBUTAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN PADA PENGGUNAAN MATAWANG SYARIAH SUATU LONJAKAN DI MATA ALLAH SWT!

Matawang Syariah akan turut memberikan impak yang berlainan dari apa yang menjadi kebebasan dalam sistem kehidupan kita di abad ini dan bukan hanya dalam bidang ‘ekonomi’ sahaja!

Dalam perundangan Syariah – Munakahat (bidang hukuman syariah mengenai nikah kahwin) – jelas ‘Mas kahwin’ dan lain-lain urusan dalam bidang ini ada berkaitan dengan Matawang Syariah; Jenayat (bidang hukuman Syariah mengenai jenayah) – jelas mengenai ‘diat’ serta pembayaran denda adalah menggunakan Matawang Syariah; Muamalat (bidang hukuman Syariah mengenai urusan perdagangan) – jelas mestilah berurusan dengan semua jenis ‘matawang’ yang diperakui Syariah termasuklah Matawang Syariah – dinar dan dirham dalam keseluruhan urusan kita dalam kehidupan ini.





Persoalan yang ditanya adalah pada umumnya berkisar pada persoalan umpamanya – milikan harta tetap, sebagai contoh: Pembelian hartanah dan rumah; kenderaan serta lain-lain peralatan sama ada untuk milikan persendirian atau peroleh untuk perniagaan.

Bagaimanakah pembelian dengan dinar dan dirham? Dalam perniagaan dan perusahaan – bagaimanakah kita hendak kendalikan dengan menggunakan dinar dan dirham?
Bagaimanakah untuk membayar bil-bil air dan elektrik? Hasil-hasil tanah dan cukai-cukai pintu? Bagaimanakah pula pembayaran tol-tol dan lain-lain bil kerajaan pusat dan kerajaan tempatan?







Bagaimana pula para pembekal-pembekal barang-barang dagangan yang berada dalam Negara contohnya pembekal ikan dari negeri Thailand. Bagaimana kita hendak berurusan dengan menggunakan Matawang Syariah ini? Jika itu adalah persoalan besar; persoalan asas yang ditanya oleh kebanyakan orang ramai ialah: bagaimana pula dengan kita yang sudah biasa dengan cara perbankan moden mengambil wang-wang kertas dari mesin ATM?





Adak e mesin ATM untuk koin-koin dinar dan dirham? Terjejaskah urusan kita mengubah kepada penggunaan dinar dan dirham sebagai Matawang Syariah?
Seribu satu soalan bermain di kepala kita dan semua soalan ini ‘ relevan’ atau merlukan jawapan kerana ia melibatkan semua anggota dalam masyarakat.
Pernah penulis disindir dengan sindiran sinis – siapakah kita atau mamapukah pendokong mengembalikan Matawang Syariah ini membawa semua perubahan-perubahan ini sedangkan pihak yang disebelah sana adalah kekuatan yang sebegitu besar dan berkuasa?





Mampukah kita – umat negeri Kelantan yang menerajui usaha ini bersaing dengan pihak yang sebegitu berkuasa?

Penulis ingin lakarkan suatu gimik kartun Inggeris yang membayangkan keadaan ini dalam ungkapan “David Vs Goliath” – gambaran seorang pemuda benama ‘David’ cuba menerangi seorang raksasa bernama ‘Goliath’ !
Gambaran ini amat jelas kepada kita dan kesangsian dan keyakinan kita amat tercabar dalam usaha kita mengembalikan edaran Matawang Syariah ini ketengah-tengah masyarakat abad ini!





Walaupun penulis secara terlalu daifnya akan cuba membawa perbincangan kepada semua permasalahan yang di utara di atas dengan cara pendekatan yang sekadar tahap keilmuan di dada penulis, tetapi bagi kebanyakan Umat Islam akan masih ada sikap-sikap negatif; kritikan demi kritikan; penghujahan kerana benarlah seperti gambaran hadith Rasulullah SAW bahawa umat Islam di abd ini banyaknya bagaikan ‘buih-buih’ pada ombak dilautan!

Mereka hanyalah ‘Islam’ pada ‘kulit’ dan ‘nama’ tetapi hati sanubari serta akal budi telah semuanya dilapah oleh fahaman-fahaman ‘Ya’juj dan Ma’juj’ serta sistem Dajjal yang mengikut kajian seorang yang penulis kasihi – Sheikh Imran Hoesin, (Ulasan ceramah beliau dapat dilayari dilaman youtube.com) akan menjelma sedikit masa sahaja lagi!






Semua gambaran ‘ketidak ada keyakinan terhadap sistem Syariah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ini serta Ar-Razaknya Allah SWT’ ini adalah juga gambaran masyarakat kita dan semua individu-individu Islam yang bila ditelanjangi adalah merupakan sikap sebenarnyan kita di abad ini!





Sebab itulah penulis dalam semua isu-isu keluaran lepas sentiasa membayangkan bahawa umat Islam yang mengaku beriman kepad Allah SWT serta junjungan Nabi Muhammad SAW mesti membuat suatu ‘LONJAKAN’! Suatu ‘lonjakan’ kepada mempercayai Allah SAW dan RasulNya dengan cara sebenar!
................bersambung.........




Polis tutup kes KGT: Tindakan undang2 terhadap utusan kekal

Polis tutup kes KGT: Tindakan undang2 terhadap utusan kekal
Posted on Wednesday, July 25 @ 09:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Berita Oleh: ismailjohari30

"KOTA BHARU: Tindakan undang-undang akan tetap dikenakan kepada pihak tertentu sebagaimana yang telah didedahkan sebelum ini berhubung dakwaan skandal Kelantan Golden Trade (KGT) walaupun isu itu telah berakhir.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata walaupun Polis Kelantan telah menutup kes terbabit, namun tindakan undang-undang terhadap pihak tertentu sama ada melalui KGT atau dirinya sendiri tetap akan diteruskan.

Pada masa yang sama beliau mengucapkan terima kasih kepada akhbar Sinar Harian, kerana meletakkan di muka hadapan akhbar berkenaan hari ini.

Bagaimanapun, Husam meminta akhbar yang menyiarkan KGT mempunyai skandal di muka hadapan sebelum ini hendaklah berlaku adil dengan meletakkan isu itu juga di muka hadapan akhbar mereka.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di sini tengahari tadi.

“Akhbar berkenaan kena berlaku adillah, letaklah juga berita polis tutup kes skandal KGT ni di muka hadapan, macam dulu juga.

“Saya juga meminta bloger, ngo serta mereka yang tidak berpuas hati terhadap KGT sebelum ini perlu membuat penilitian terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dengan lebih professional.

“Jangan sekali-kali ada unsur berniat jahat, dendam kesumat terhadap kerajaan negeri,”ujarnya.

Beliau juga turut mengkritik kenyataan sebuah bloger dan NGO yang membuat kenyataan berhubung KGT sebelum ini yang mendahului polis.

Sambungnya, mereka meminta polis membuat kenyataan yang cepat berhubung perkara itu, tetapi hari ini, apa yang mereka kehendaki telah ditunaikan dengan suatu pengumuman skandal KGT: polis tutup kes.

“Saya nak tengok reaksi mereka selepas ini secara gentelman. Jadi munasabah jugalah sebelum ini saya tidak menjawab persoalan remeh yang tidak tentu fasal ditimbulkan pihak mereka.

“Ini semua memang jelas tidak ada kes penyelewengan, sesiapa yang menyeleweng kalau hati langsung tidak ada niat untuk menyeleweng,”ujarnya.

Sambungnya, penyelewengan berlaku hasil niat seseorang, jadi sekiranya syarikat ditubuhkan untuk menjaga kepentingan kerajaan atau syarikat, sudah tentu penyelewengan tidak akan berlaku.

Husam berharap NGO yang diketuai Wan Mohd Kairul Mohammad, lebih gentelman berhubung isu tersebut.

“Polis dah siasat tak ada bukti penyelewengan, tetapi bila dia (Wan Khairul) kata ada penyelewengan, bukti yang ada padanya adalah kosong,”ujarnya.

Sepatutnya, bulan Ramadan bulan keinsafan, bulan yang diusahakan oleh umat Islam dari terpalit dari dosa.

Untuk itu, katanya kenyataan yang tidak berasas harus insaf dan kembali ke pangkal jalan bersama roh Ramadan.

LAPORAN BERKAITAN

KGT tiada penyelewengan: Terima kasih polis - Nik Aziz

http://www.dinarkel.net"

BANK DITIPU RM75 JUTA???


FAKTA:

75 juta nilai emas bersamaan +-500kg emas
Jika nilai keseluruhan pinjaman yang biasa dibuat adalah dalam nilai rm50k, maka 1,500org diperlukan untuk menipu.

Andaian:

1. Penilai EMAS ar rahnu tidak berkelayakan untuk menilai emas dan langsung tidak menguji emas semasa proses cagaran.

2. Salah satu cara untuk UTUSAN menyebarkan fahaman yang lain setelah kesedaran terhadap simpanan EMAS meningkat berbanding dengan simpanan FIAT(yang baru diedarkan pada 16/07/2012).

3. Pihak arrahnu yang ditipu tidak pernah membuat laporan polis dan menunggu sehingga jumlah mencapai 75 juta

sama-sama kita fikirkan.



Yang Benar,


             shahril rakeb
.............................................
Shahril Rakeb
QSSR GOLD RESOURCES
H/P: 017-685 4189
www.kuasaemaskini.blogspot.com
(Wakalah NNM GOLD RESOURCES)

KEMBALINYA MATAWANG SYARIAH DIABAD INI

 SAMBUTAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN PADA PENGGUNAAN MATAWANG SYARIAH SUATU LONJAKAN DI MATA ALLAH SWT!

Di abad ini kita umat Nabi Muhammad SAW dengan cara sengaja atau tidak sengaja ada keraguan tersemat di jiwa yang meragui cara Islam!
Mampukah Syariat Islam membawa balik emas dinar dan dirham perak sebagai matawang di abad ini? Nampak macam kembali ke zaman kuno semula? Kalau begitulah yang Islam Syariatkan mengapa para alim ulama’ selama ini berdiam diri? Mampukah Islam membawa kembali kegemilangan ekonomi yang mampu bersaing dengan sistem Kapitalis?

Persoalan seperti – koin dinar & dirham berat tembus kocek; kena rompak nanti bawa koin dinar & dirham atau tak cukup emas dan perak untuk kegunaan masyarakat dan lain-lain sebenarnya adalah berpunca daripada runtuhnya suatu keyakinan terhadap Allah SWT sendiri!




Ya! Keyakinan kita terhadap ‘Akbar’ nya Allah SWT adalah perkara pokok yang secara sengaja atau tidak sengaja tersembunyi di dalam kalbu kita! Dan ini Syirik!! Ya! Kepercayaan serta keimanan kita terhadap Allah SWT sebagai tuhan yang Maha sempurna adalah goyang sebenarnya!





Inilah sebenarnya pangkal segala ketidak yakinan yang mempersoalkan meteodologi secara Syarak ini. Jika benar keimanan dalam jiwa kita akan ‘Akbarnya’ Allah SWT’; sudah tentu keyakinan kita adalah bersifat ‘total’ Cuma yang perlu dibincangkan hanyalah cara mencapai kepada suatu keadaan atau suasana di mana masyarakat kita tidak lagi bergelombang di dalam amalan riba yang jelas diperangi oleh Allah SWT. Sepertimana yang diterangkan dalam Surah Ali Imran ayat 103:

وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَا‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yangbersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya.Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”

Pada pandangan penulis, analogi pergantungan kita kepada ketaatan dan keyakinan kepada Allah SWT sepatutnya adalah sepertimana “Tarzan” Raja Rimba yang bergantung pada ‘tali Allah’ dengan penuh yakin dan tawakkal kepada Allah Azzawajalla.
Keyakinan inilah yang akan membuah ‘ketaqwaan’ sebenar bukan sekadar berpandangan secara ‘apologetik.’



Sebenarnya, ‘cara’ untuk mencapai ke arah sebuah masyarakat yang bebas dari amalan-amalan riba telah pun ada ‘formulasi’nya yang telah sempurna yang dicontohi oleh Nabi kita Junjungan Rasulullah SAW.
Jelas cara atau metodologinya – oleh yang demikian jawapan kepada persoalan cara ini sudah pun terjawab. Di sinilah sebenarnya penglibatan ahli-ahli ilmuan dan cendikiawan Islam memsainkan peranan yang utama dalam menegakkan kembali sistem ‘deenul Islam’ kita.

Maka para ilmuan – penulis menganjurkan tuan-tuan dan puan-puan lah adalah yang lebih arif dalam memeperjuangkan perkara ini sebenarnya, bukan penulis yang tiada keilmuan pengajaran Islam secara formal!

Tuan-tuan dan puan-puan ahli-ahli ilmuan dalam pelbagai bidang mesti bangun membangkitkan kembali masyarakat kita yang buta kepada perundangan Islam untuk membincangkan intipati solusi Syarak dalam pelbagai bidang berkaitan dengan cabang Hukum Syariah ‘Muamalat’ ini.





Malah bidang ‘muamalah’ adalah merangkumi semua aspek kehidupan ‘hablun minnanas’. Penulis difahamkan ini termasuk semua bidang ilmu hukum Syariat – ‘Jenayat,’ Muamalat dan ‘Munakahat’!



Ini bermakna apabila ‘obor api’ dinyalakan oleh Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) dengan menempa koin-koin dinar dan dirham Kelantan sebagai ‘Matwang Syariah’ di abad ini; ‘obor api’ ini harus disemarakkan oleh semua cendikiawan-cendikiawan penampilkan keilmuan serta kepakaran dalam pelbagai bidang ilmu yang amat luas ini.
Tugas ini mesti disambung oleh semua para-para ilmuan ini agar ‘api’ kebangkitan Islam menjadi semarak

ANALISIS BERITA: Kesan kepada Malaysia jika Greece kehabisan wang

22:55 |


Kesan kepada Malaysia jika Greece kehabisan wang

Wang kertas tiada nilai, wang kertas makin banyak dicetak tetapi hakikatnya simpanan emas tiada. Kelompok yang memperkenalkan wang fiat mempunyai agenda tersendiri untuk menindas dunia dengan ada hutang/interest melalui pinjaman tetapi akhirnya sudah kelihatan “senjata sudah makan tuan”. Banyak negara-negara di sekitar Afrika telah menjadi mangsa kegagalan/bangkrap daripada kesan penggunaan wang kertas dan juga inflasi melampau-lampau.

Ekonomi jatuh sekitar tahun 1929 – 1930 antara sebab lainnya kerana disebabkan wang kertas ini dan diakhirnya perang dunia kedua dari tahun 1939 – 1945.
Sebelum ini Kesatuan Eropah telah pun meluluskan pinjaman bernilai US$50 bilion kepada Greece. Sekarang ini sudah habis?

Selain daripada masalah salah urus tadbir negara, tipu angka ekonomi, kronisma dan nepostime yang berleluasa, kegagalan negara Greece juga didapati mempunyai bilangan kakitangan awam yang sangat tinggi, ratio antara yang tertinggi di dalam Kesatuan Eropah. Ini yang menyebabkan kos perbelanjaan kerajaan mereka. Dengan ditambah dengan sistem yang tidak efisien telah turut menyumbang kepada kejatuhan cepat ekonomi Greece.

1. kehabisan tunai yang bakal dialami Greece antara lainnya adalah untuk menampung operasi negara yang besar termasuklah membayar gaji kakitangan awamnya & pencen
2. disebabkan Greece menggunakan matawang Euro, oleh itu Greece tidak boleh mencetak duitnya sesuka hati. Ini kerana semuanya mesti melalui Bank Pusat Eropah (ECB) mereka
Begitu juga penipuan yang berleluasa di Greece dalam industri farmasi contohnya menambah lagi beban teruk kepada kerajaan Greece bagi membendung kemunduran ekonomi mereka ketika ini.

• Sudah menjadi adat doktor akan menetapkan ubat yang mahal serta dose yang lebih kepada psakit dan “pelanggannya”
• Jikalau di negara seperti di greece contohnya, doktor di klinik swasta tidak menjual ubat. Doktor hanya mentapkan ubat yang mana satu yang sesuai untuk pesakitnya dan psakit akan pergi ke farmasi yang disarankan bagi mengambil ubat yang telah ditetapkan
• Jadi firma farmaseutikal akan memberi komisen kepada doktor yang mengesyorkan ubat keluaran syarikatnya.
• Lama kelamaan, ia menjadi suatu budaya yang biasa di sana. Implikasinya? Implikasi…..ia kan meninggikan kos ubat di Greece.
• Siasatan Kesatuan Eropah telah mendapati ia sudah mencapai ke tahap yang cukup kritikal.
• Akhirnya, walaupun dibersihkan penipuan secara keseluruhan ribuan orang akan kehilangan kerja akibat penurunan mendadak jualan ubat mereka
• Selama ini di sana, pemintaan ubat tinggi hanyalah penipuan semata
Jika negara Greece keluar daripada Kesatuan Eropah akan memberikan risiko yang cukup besar kepada negara Eropah lainyang akan terdesak untuk turut keluar sama.
“Tiada Keyakinan = Malapetaka”



Ditambah pula isu sekarang ini Itali, sebuah negara yang memilki hutang bertrilion dollar dan Sepanyol yang merupakan pemegang ekonomi terbesar selepas Jerman dan Perancis di mana Sepanyol yang kaar pengangurannya sudah mencapai ke paras 22% (kadar pengangguran golongan muda melebihi 50%) dan juga malapetaka terhadap ekonomi Sepanyol antara lainnya disebabkan dalam tempoh 10 tahun nilai hartanah naik melambung tinggi.

• Sebagaimana diungkapkan kapitalis seperti REDHA (Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia) mengatakan kenaikan nilai hartanah itu bagus dan bawa kemakmuran ekonomi di sesebuah negara.
• Jika itulah penanda ukur yang diimpakan kapitalis seperti REDHA ini, alamatnya nasib Malaysia untuk menuju cepat seperti apa yang dialami oleh negara seperti Sepanyol ketika ini bukan asing lagi
Sekarang ini Eurozone teruk sebab masalah Euro di mana semasa pengasasan matawang Euro tu sendiri.

Bayangkan kami berikan contoh mudah sebegini rupa di mana katakanlah kita juga berkongsi matawang dengan negara Asean yang lain :
1. Katakan hari esok Malaysia, Thailand, Brunei & Singapore setuju kongsi matawang, kita panggilnya sebagai Aseandollar. Katakan RM1 = A$1. Singapore pulak, SGD1 = A$2.40.
2. Gaji sorang kerani di Malaysia RM800 contohnya. Jadi gaji baru A$800. Di Singapore pula, gaji SGD800, sekarang A$1,920.
3. Oleh sebab di bawah rejim matawang yang sama, maka kuasa membeli kat Singapore lebih tinggi. Harga barang pula hampir pasti meningkat sebab kos bahan mentah meningkat. Subsidi yang dahulunya boleh digunakan untuk mengawal harga sekarang menjadi susah hendak dilaksanakan.
4. Apa yang Dr. Mahathir lakukan semasa tahun 1997 tidak dapat buat sudah di mana Dr Mahathir laksanakan tambatan matawang. Tetapi jikalau Malaysia contohnya berkongsi matawang, kita tidak boleh menambat matawang.
5. Bank Negara nak buat kawalan fiskal pun tak boleh menjadi sebab dah kuasa sudah kat Bank Pusat Asean
6. Ini semua antara dilema yang dialami oleh negara seperti Greece ketika ini kerana sudah tiada banyak pilihan dan alternatif untuk menyelematkan negara mereka daripada “hancur”


Jadi, apa risikonya?
1. Di pentas ekonomi dunia, kedudukan Sepanyol dan Itali dari segi GDP
2. Hilangnya keyakinan atas matawang Euro = Implikasi yang belum boleh digapai
Persoalannya sekarang ini, adakah Malaysia akan menerima tempias jika Greece keluar daripada Kesatuan Eropah?


• Jawapannya setakat ini bagi kami sebab kalau Greece keluar dari Euro, Euro akan hancur.
• Greece akan selamat untuk sementara. Tetapi……implikasinya jika Euro jatuh, ‘kekuatan’ ekonomi Eropah akan tumbang, dan Eropah secara kolektif adalah zon ekonomi kedua terbesar di dunia, selepas Amerika Syarikat
• Akibat tumbangnya ekonomi Eropah, perdagangan sedunia akan menerima kesan dengan pesanan barangan pengguna dijangka merosot dengan teruk. Zon ekonomi ketiga terbesar sedunia, Latin Amerika, dan zon-zon lain seperti Russia, Asia Tengah dan Asia Timur masih belum berupaya menggantikan Eropah, sebab pembahagian kekayaan di zon-zon ini teramat tidak seimbang, dari 5 – 20% penduduk di situ menguasai 70 – 90% kekayaan.
• Keadaan ini diburukkan dengan matawang Euro merupakan matawang kedua terbesar di seluruh dunia, dan digunakan di hampir seluruh Eropah.
• Sekiranya Greece bertindak keluar dari Euro, negara-negara seperti Ireland, Sepanyol, Portugal dan Itali mungkin teruja membuat tindakan yang sama. Sekiranya langkah ini diambil, nilai matawang Euro hari ini akan menyusut secara mendadak sebab akan menjadi tidak bernilai.
• Pendukung utama Euro seperti Perancis, Jerman dan Belgium akan menghadapi masalah memegang matawang yang dinilaikan begitu tinggi, tetapi semakin hari semakin menjadi seperti matawang pokok pisang masa Jepun dahulu, dan kalau diikutkan dalam bahasa ekonomi, duit fiat.
• Duit fiat membawa makna sesuatu matawang yang diberi nilai oleh kerajaan, tetapi jika nilai ini ditarik balik oleh kerajaan hanyalah berupa sekeping kertas tidak berharga.
Walaubagaimanapun, bagi kami apa yang patut dibuat bukannya menghalang Greece keluar dari Euro, tetapi menghalang spekulator sedunia daripada terus menerus bermain matawang dan komoditi utama sedunia. Tetapi, tahukah anda bahawa semasa krisis 1997, kita telah menuduh spekulator matawang sebagai parasit sedunia? Dan pada hari ini, ramai rakyat Malaysia turut bermain jual beli matawang asing tanpa teringatkan beban kepada negara semasa 1997?

Di Eurozone, pembahagian kekayaan agak seimbang, disebabkan kerajaan mereka yang kebanyakannya mengamalkan sistem kebajikan sosial. Oleh itu, sekiranya Eurozone menghadapi masalah matawang maka kesannya hampir semua merasa kejatuhan dalam keupayaan membeli mereka. Manakala di zon ekonomi lain, pembahagiannya lebih tidak setara. Dari serendah 20% rakyat mengawal hampir 80% sehingga seteruk-teruknya 5% rakyat menguasai 95% kekayaan.

Bagi sebuah zon ekonomi menggantikan Eurozone secara efektif, setiap produk yang sepatutnya dibeli oleh Eurozone perlu dibeli oleh penduduk dalam zon ekonomi lain.
• Bayangkan kilang A menghasilkan 100 buah TV untuk dijual kepada Eurozone.
• Sekarang Eurozone tak boleh beli. Jadi 100 buah TV ni kena jual kat, katakan Zon BRIC (Brazil, Rusia, India dan China). Pembahagian kekayaan di situ sudah mencapai tahap ekstrim, iaitu 5% kuasai 95% kekayaan.
• Katakan kilang A jual kat Brazil. Sekiranya bilangan penduduk Eurozone sama dengan Brazil, maka saiz pasaran kini merosot daripada hampir 100 orang kepada 5 orang sahaja. 5 orang yang kuasai 95% kekayaan ini takkan bertindak membeli 100 buah TV semata-mata kerana mereka mempunyai wang.
• Senario yang sama, tetapi sekarang kilang A yang sama kena buat 100 buah TV untuk Eurozone dan 100 lagi untuk BRIC.
• Keadaan menjadi semakin serius kerana daripada tidak dapat menjual 100 buah TV, sekarang kilang A tidak boleh menjual 195 buah TV.
• Apabila kilang A menghadapi keadaan ini, maka dia akan kurangkan pembelian bahan mentah dan mungkin sehingga tahap memecat pekerjanya.
• Masalah yang Malaysia bakal hadapi bukan kilang A, tetapi pembekal kepada kilang A dan pekerja kilang A.

Nampak kesan rantaiannya di situ? Dan, jika sebuah negara seperti ……
1. Greece dengan sikap “pemalasnya”
2. Itali dengan rasuah dan kronismenya
3. Sepanyol terkenal dengan nilai hartanah yang melambung tinggi sehingga pada kadar yang membabankan dan tidak munasabah

Oleh itu, sesebuah negara yang mempunyai ketiga-tiga ciri seperti di atas jika masih tidak mahu mengambil sikap untuk berubah daripada sekarang secara total, alamatnya beban dan riskonya akan dipulangkan kepada rakyatnya untuk menganggungnya.
source: beritasemasa.com




Hubungi kami Wakalah NNM Gold Resources, KGT - Putrajaya/KL: EN. SHAHRIL IQBAL-0176854189, ATAU layari http://kuasaemaskini.blogspot.com untuk MEMBUAT TEMPAHAN SECARA ONLINE!

ANALISIS BERITA: KENANGAN 2 TAHUN LEPAS... 10 OGOS 2010...

 فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَارِ
 

(Setelah engkau mengetahui perihal Nabi Musa dan umatnya) maka bersabarlah (wahai Muhammad, dalam perjuangan menegakkan Islam); sesungguhnya janji Allah (untuk menjayakanmu) adalah benar. Dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.
(Surah Ghaffir ayat 55)





Di sini, Dinar dan Dirham: Di sana, dengki dan dendam
Wednesday, 18 August 2010 08:35 harakahdaily | YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat

Kadang-kadang tingkah laku pemimpin Umno ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan, itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh Umno. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin Umno ‘menunjuk cerdik’ memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.

Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’, akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini. Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.

Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika Umno BN enggan memulakan, jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah matawang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.
Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan. Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak. Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!

Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya, seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas.

Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.

Realitinya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1 bukan bernilai RM1 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5 atau RM10. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.

Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikiran seorang timbalan menteri, apa pula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkan dengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM108,200 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun sehingga merugikan. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbangan yang rugi RM535 juta pada suku kedua tahun ini!

Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duit itu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.

Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usaha kerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnis yang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai ’aparteid agama’. Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagi wanita? Itu aparteid apa namanya?

Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-Allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!

Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud: ”Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.”

Awang Adek:Buktikan sistem dinar, dirham boleh berjaya
Sunday, 22 August 2010 23:04 sinarharian 23 Ogos 2010


KOTA BHARU – Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin meminta Kerajaan Negeri menunjukkan sejauh mana kejayaan urus niaga sistem dinar dan dirham.

Beliau menyarankan kepada pihak yang memperkenalkan sistem itu boleh membuktikan jumlah sebenar perniagaan menggunakan sistem terbabit pada penghujung tahun.

Menurutnya, jika dalam tempoh dua atau tiga tahun ia menunjukkan jumlah penggunaan RM2 bilion perkara berkenaan cukup bagus dan boleh dipelajari.

“Saya nak tahu, nanti kita nak tanya berapa jumlah sebenar urus niaga di Kelantan yang guna dinar dan dirham. Sehari berapa. Banyak mana perniagaan yang guna dinar dan dirham.
“Kalau orang beli untuk simpan buat apa. Jika ada beberapa orang sahaja yang guna pun buat apa. Nanti kita mahu melihat buktinya,” katanya semalam kepada pemberita sempena Mesyuarat Majlis Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Bangunan UMNO Kelantan.

Awang Adek juga mahu ia dibuktikan dengan statistik penggunaan dan ia bukan dicakapkan sahaja tanpa bukti kerana sekiranya ia berjaya perkara ini boleh dipelajari dan apa yang dianggap sebelum ini tidak benar.

“Saya juga sangat yakin sebenar perkara ini (penggunaan dinar dan dirham) tidak akan ke mana-mana dan ia tidak akan berlaku secara berterusan.

“Banyak risikonya, ia tidak praktikal bagaimana dengan cara bakinya, ia juga tidak memudahkan kepada pengguna kerana perlu mengetahui nilai sebenar semasa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan tindakan pemimpin Barisan Nasional yang mempertikaikan sistem dibuat berdasarkan fakta dan ilmu.

“Saya mempelajarinya, apa guna ilmu. Kami bukan mahu tunjuk pandai. http://www.blogger.com/img/blank.gif

“Rakyat sudah keliru dengan apa yang diperkatakan oleh pihak yang memperkenalkannya. Saya serah kepada Bank Negara untuk menilainya sendiri,” katanya.

DAN KINI...............................................................

KEJAYAAN DINAR DAN DIRHAM TELAH KITA MILIKI!!!!!!!!!!!!!
MEREKA MASIH TIDAK PUASHATI...................................
SERANGAN DEMI SERANGAN...............
AKHIRNYA...................
...........................KE PUTRAJAYA!!!!!!!

Transaksi Matawang Syariah Dinar Dan Dirham... MENCAPAI REDHA ALLAH....

PROMOSI:

Tok Guru lancar buku 'Bertemu Janji Allah'



Untuk Tempahan sila Hubungi Wakalah Kami NNM Gold Resources, KGT - Putrajaya/KL: EN. SHAHRIL IQBAL-0176854189, ATAU MEMBUAT TEMPAHAN SECARA ONLINE di http://kuasaemaskini.blogspot.com

PENGUMUMAN!!

SEMINAR DINAR EMAS PADA 14 JULAI (SABTU) ANJURAN WAKALAH NNM GOLD RESOURCES DENGAN KERJASAMA KGT DAN WIM AKAN DITUNDA SELEPAS RAYA EKORAN TERDAPAT PERTEMBUNGAN SEMINAR YANG AKAN BERLANGSUNG PADA HARI ESOK..!!

MOHON MAAF ATAS KESULITAN YANG AMAT DIKESALI..

TERIMA KASIH!!

YANG BENAR,
SHAHRIL RAKEB
PENGURUS II
WAKALAH NNM GOLD RESOURCES,
PUTRAJAYA
017-685 4189

HEBAHAN: SEMINAR DINAR EMAS (14 JULAI 2012) DAN HIMPUNAN HIJAU (15 JULAI 2012)

HEBAHAN: SEMINAR DINAR EMAS DAN DIRHAM PERAK KERAJAAN NEGERI KELANTAN - "Dinar Emas, Pengukuhan Ekonomi Ummah"

 


TEMUI KAMI DI KUALA SELANGOR: SEMINAR DAN PAMERAN DINAR DIRHAM HOLOGRAM PERTAMA DI DUNIA DIBAWAKAN KHAS OLEH WAKALAH RASMI KGT, NNM GOLD RESOURCES DENGAN KERJASAMA KELANTAN GOLDEN TRADE (KGT)DAN MAHLIGAI BAHGIA ETP;

Tarikh : 14 Julai (SEMINAR) DAN 15 JULAI 2012 (HIMPUNAN HIJAU)
Masa : 8 Pagi - 5 Petang
Tempat : DEWAN SEMINAR KOLEJ INPENS , KAMPUS KUALA SELANGOR, JALAN SEMARAK, SELANGOR.
Disempurnakan Oleh: YB DATO HUSAM MUSA, EXCO KERAJAAN NEGERI KELANTAN

PENCERAMAH:
- PROF. DR ZUHAIMY ISMAIL (UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA)
- IRWAN AMBAK (WOULD ISLAMIC MINT)
- ISMAIL JOHARI (CEO WAKALAH RASMI KGT, NNM GOLD RESOURCES)
- MUBI (PEGAWAI KHAS KGT)

1. PENERANGAN BERKAITAN DINAR DAN DIRHAM (PELABURAN, PENIAGAAN DAN MUAMALAT)
2. PAMERAN DINAR DAN DIRHAM YANG BARU DILANCARKAN OLEH KERAJAAN NEGERI KELANTAN
3. JUALAN BUKU-BUKU BERKAITAN DINAR DAN DIRHAM (EMAS)
4. JUALAN PAKAIAN/BAJU BERTEMAKAN DINAR DAN DIRHAM
5. JUALAN CENDERAMATA BERTEMAKAN MATAWANG SYARIAH

KUNJUNGI SEMINAR KAMI......... DAPATKAN TAWARAN MENARIK............MENANTI ANDA....!!!

DAPATKAN DINAR DAN DIRHAM DI BOOTH-BOOTH DISEDIAKAN DI PERKARANGAN DEWAN KOLEJ INPENS, KUALA SELANGOR, JALAN SEMARAK, SELANGOR.
ATAU Hubungi Wakala Kami www.dinarkel.net (wakalah Bayu Melawi,KGT -Kelantan: WAN AZIM-013-9988382) dan Wakala NNM Gold Resources, KGT - Putrajaya/KL: EN. SHAHRIL IQBAL-0176854189, ATAU MEMBUAT TEMPAHAN SECARA ONLINE!

PROMOSI:
DENGAN HANYA RM250 ANDA BOLEH MEMILIKI DIRHAM LIMITED EDITION BERSAMA BEKAS (HARGA BEKAS RM25) DENGAN PERCUMA!!! DAPATKAN SEGERA!!! DAN POS PERCUMA!!!!!!
HUBUNGI 0199898965/0139988382



HEBAHAN: HIMPUNAN HIJAU DI SELANGOR



SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!!



IMSAKIAH RAMADHAM 1433H/2012...... DARI WAKALAH RASMI KGT, NNM GOLD RESOURCES, PUTRAJAYA..



RAMADHAN... KEDATANGANMU DITUNGGU, PEMERGIANMU DITANGISI... SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-KARIM....

PENERANGAN RINGKAS APA ITU DINAR DAN DIRHAM

Dibawah ini ada sedikit pencerahan berkenaan persoalan apa itu Matawang Dinar Dirham dan bagaimana untuk kita aplikasikan muamalat ini dalam urusan perniagaan dan jual beli seharian.
DINAR DIRHAM
Dinar ialah syiling emas. Dirham ialah syiling perak. Kedua-duanya mata wang syariah, digunakan untuk membayar zakat, mas kahwin, tabungan, bahan perantara, hadiah, sedekah dan diyah.
PIAWAIAN UMAR AL-KHATTAB
Khalifah Islam kedua, Saidina Umar al-Khattab radhiy allahu anhu telah menetapkan timbangan berat 10 dirham bersamaan 7 mithqal (berat dinar) emas. Tumpuan ukuran piawaian ini bukanlah pada harga emas dan perak tetapi kepada berat logam-logam itu.
DINAR DIRHAM MATA WANG SYARIAH
Nas dan dalil telah menyebut dan mengaitkan banyak penghakiman kepada kedua-duanya, contohnya zakat, nikah kahwin, hudud dan lain-lain, oleh itu dalam nas dan dalil, dinar dirham turut menjadi asas untuk penilaian (zakat, dan lain-lain) dengan ukuran tertentu, berbanding dengan lain-lain syiling yang bukan syarii.
“Ketahuilah adanya ijma berat sepuluh dirham syariah itu bersamaan dengan tujuh mithqal (berat dinar) emas. Berat satu mithqal emas ialah tujuh puluh dua biji barli maka dirham yang merupakan tujuh persepuluh beratnya ialah lima puluh dan dua perlima biji. Semua ukuran dan timbangan ini sudah pun sepakat diterima.” – Ibn Khaldun, al-Muqaddimah.

ASAL USUL DINAR DIRHAM
Pada mulanya orang Islam menggunakan emas dan perak mengikut berat iaitu denarius (syiling emas) daripada empayar Romawi dan drachma (syiling perak) daripada empayar Sasan, Parsi yang berlegar sebagai mata wang pada waktu itu.
Apabila Nabi Muhammad salallahu ‘alaihi wa sallam dipilih sebagai Rasul, kedua-dua syiling itu yang dikenali oleh masyarakat Arab sebagai dinar dan dirham, dinaikkan taraf sebagai mata wang rasmi dalam urusan perniagaan. Di zaman keempat-empat Khulafah Al-Rashidin, kalimah-kalimah tauhid seperti La ilaha illallah, Alhamdulillah, Bismillah, Bismillahi Rabbi, Rabbi Allah telah diukir pada drachma empayar Sasan yang masih mengekalkan gambar Maharaja Sasan pada masa itu.
Semasa pemerintahan Saidina Uthman bin Affan radhiy allahu anhu, buat pertama kalinya orang Islam mencatat tarikh takwim Islam dan tempat ia ditempa pada drachma perak Maharaja Sasan, Yezdigird III.
Syiling-syiling dinar dan dirham ini berbeza daripada yang terdahulu kerana pada bahagian hadapan terdapat tulisan Bismillah dalam bahasa Arab. Selepas itu, menjadi kebiasaan syiling dinar dan dirham yang ditempa orang Islam mengandungi nama Allah dan sebahagian ayat al-Quran.

DINAR DIRHAM ISLAM PERTAMA
Pada tahun 77 Hijrah, Khalifah Ummaiyyah ke-5, Abd al-Malik ibn Marwan menempa dinar Islam pertama dengan corak yang berbeza daripada syiling-syiling terdahulu. Pada syiling baru itu tidak lagi tertera gambar haiwan, wajah manusia ataupun lambang-lambang agama dan kepercayaan lain.
Pada syiling dinar terbaru itu, tertera kalimah dalam tulisan resam kufi La ilaha illalllah wahdahu La syari kalah dan Allah Yang Esa dan Allah Kekal Abadi berserta tarikh dan tempat ia ditempa dengan berat yang dikawal pada 4.25 gram.
Dua tahun kemudian dirham Islam dengan corak baru itu ditempa pada berat terkawal 2.97 gram. Pada bahagian hadapan tertera kalimah dalam tulisan resam kufi La ilaha illallah wahdahu La syari kalah. Di bahagian belakang tertera surah al-Ikhlas dan sebahagian surah at-Taubah ayat 33.
Dinar dan dirham bercorak biru itu berbentuk bulat dan biasanya dihiasi dengan tahlil dan tahmid iaitu La ilaha illallah dan Alhamdulillah di satu nuka dan nama Amir atau Wazir , tarikh dan tempat ia ditempa pada muka yang lain.
Dengan tertempanya dinar dan dirham sedemikian, Khalifah Abd Malik ibn Marwan telah melaksanakan ketetapan Piawaian Umar al-Khattab kepada kedua-dua mata wang syariah itu.

AYAT QURAN DI DINAR DIRHAM
Taqyuddin Al-Maqrizi dalam kitabnya Ighatatul ummah bi kash fil ghummah merujuk kepada Imam Malik ibn Anas radhiy allahu anhu tentang hal ini. Imam Malik ditanya tentang perlunya mengubah tulisan dalam syiling dirham dan dinar kerana tertera ayat Quran. Dia menjawab;
“Banyak orang menjalankan kaedah agama ketika syiling pertama ditempa pada zaman Abd al-Malik ibn Marwan. Dan tak seorangpun melarangnya dan saya tidak pernah menemukan seorang ulama pun yang melarangnya, meskipun telah sampai kepada saya bahawa Ibn Sirin (seorang Tabi’in yang dikenal sebagai perawi hadith – meninggal 110H) membenci penggunaan syiling-syiling tersebut dalam jual beli, masyarakat tetap menggunakannya dan saya tidak pernah melihat seorang pun yang melarangnya di sini (di Kota Madinah).”
Abd al-Malik ibn Marwan sendiri pernah ditegur oleh seseorang mengenai hal tersebut yang kisahnya juga diriwayatkan oleh Maqrizi;
“Dirham putih ini tertera ayat Quran dan dipegang oleh orang Yahudi, Kristian, orang-orang yang tidak suci (tidak dalam keadaan berwuduk) dan perempuan-perempuan yang sedang haid. Sebaiknya anda menghapuskannya.’ Jawapan sang Khalifah adalah, “Apakah anda menghendaki kaum lain menuduh kita menghapuskan keyakinan akan tauhid dan nama Rasul salallahu ‘alalihi wasallam?”

DINAR DIRHAM MASA KINI
Dinar dirham masa kini ditempa mengikut Piawaian Umar al-Khattab. Setiap dinar ialah seberat 4.25 gram dengan ketulinan 22 karat (.917) dan setiap dirham ialah seberat 2.975 gram perak tulin (.999). Ukuran dan timbangan ini dikawalselia oleh World Islamic Mint (WIM), badan dunia pertama yang memperkenalkan semula dinar dirham pada zaman moden ini pada tahun 1992.

KEPENTINGAN DINAR DIRHAM
Sejak permulaan Islam sehinggalah jatuhnya pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah pada tahun 1924, dinar dan dirham merupakan mata wang rasmi orang Islam dalam urusan berjual beli harian, membayar zakat, mahar dan lain-lain lagi.
Dinar dan dirham ialah mata wang syariah. Penggunaan semula dinar dan dirham secara meluas dalam semua jenis urusan kewangan akan membolehkan kita menegaakkan semula hukum-hukum syariah dalam bermuamalat di samping mengembalikan kekayaan sebenar kepada masyarakat.
Sebelum mata wang diperkenalkan mata wang emas dan perak juga tidak asing bagi orang bukan Islam. Kesemua tamadun besar dunia di Eropah, India, China, dan Afrika turut menggunakan syiling emas dan perak malah kedua-dua syiling itu juga amat rapat dengan kehidupan dan kebudayaan harian mereka.

KEBEBASAN
Kembalilah kepada mata wang emas dan perak. Dinar dan dirham ialah sebahagian daripada wahyu dan sunnah. Dinar dan dirham menawarkan kestabilan dan ketertiban. Dinar dan dirham ialah jawapan kepada manipulasi wang kertas. Dinar dan dirham ialah kebebasan.

 MENDAPATKAN DINAR DIRHAM
Sila rujuk laman-laman web ini:
http://www.arrahn.pkb.net.my/ atau http://dinarkel.net/
HARGA SEHARIAN
Untuk mendapatkan harga harian dinar dirham, sila layari:
http://islamicmint.com.my

APA ITU DINAR DAN DIRHAM?

Barangkali ramai di kalangan umat Islam hari ini, mungkin masih lagi tidak mengenali apa itu dinar emas dan dirham perak. Di sini  sama – sama kita kongsi dari mana datangnya ia dan mari kita berkenalan dengan dinar emas dan dirham perak.
Kesohoran dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu matawang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.
Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai matawang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai matawang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan “Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years“ adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku…jawapannya ialah matawang konvensional yang tersedia ada tidak berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Apa yang berlaku pada hari ini ialah dunia menggunakan wang kertas yang rezabnya hanyalah dalam bentuk nisbah peratusan emas yang diperuntukkan dan bukannya instrumen itu sendiri yang memiliki nilai emas secara keseluruhannya. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.
Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.
Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.
Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai matawang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.
Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.
Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 9166 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat. Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga hartanah, gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan fitrah serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat. Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.

Ku Li: Tidak salah Kelantan guna mata wang syariah dinar

KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyokong langkah Kelantan yang memperkenalkan mata wang syariah dua minggu lalu sebagai kaedah tambahan pertukaran walaupun pusat menganggap ia bercanggah dengan undang-undang negara.
“Saya merasakan kerajaan negeri Kelantan yang percaya pada potensi (dina dan dirham) seharusnya bertindak (ke arah itu) dan berusaha agar ia dapat digunakan,” kata pemimpin veteran Umno ini.
Tengku Razaleigh (gambar) ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Anak Darul Naim Selangor dan Wilayah Persekutuan (Persada) di sini hari ini.
Sambil mengakui bahawa hanya Bank Negara yang boleh mengeluarkan mata wang sah tiada halangan bagi menggunakan dinar dan dirham sebagai saluran pertukaran tambahan.
Sambil menarik sekeping piring kecil ketika bercakap kepada pemberita, Ketua Umno Gua Musang ini menambah, “ini bermakna kita boleh menggunakan piring kecil ini dengan apa sahaja yang kita mahukan dengan syarat orang yang terlibat mahu menerima piring ini (sebagai nilai pertukaran).”
“Dinar dan dirham diperkenalkan oleh Kelantan... boleh diterima oleh semua, jika kita memilih untuk berbuat demikian,” katanya.
“Undang-undang menekankan bahawa hanya ringgit sahaja boleh digunakan untuk mengelakkan kekeliruan tetapi jika seseorang memutuskan untuk menerima dinar, itu adalah hak mereka,” katanya.
Tengku Razaleigh menambah beliau tidak melihat penggunaan dinar dan dirham sebagai sesuatu yang salah selagi mata wang syariah tidak menggantikan ringgit yang kini merupakan mata wang yang sah.
“Jika orang hendak menggunakan piring ini sebagai sumber (pertukaran) mereka boleh lakukan,” kata beliau sambil menambah, ia tidak boleh digunakan di peringkat nasional.
Pada 12 Ogos lalu, selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan, kerajaan negeri itu memperkenalkan mata wang syariah dinar emas dan dirham perak.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata adalah menjadi hasratnya untuk melihat Kelantan mempelopori penggunaan mata wang syariah dalam semua urus niaga, termasuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri satu hari nanti.
Bagaimanapun, kata beliau masih banyak soal teknikal yang perlu diatasi oleh kerajaan negeri sebelum dapat melaksanakannya.
Dinar emas dan dirham itu dikendalikan oleh Kelantan Gold Trade (KGT) iaitu anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Pada 2006 kerajaan negeri melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23mm dengan berat 4.25 gram bernilai RM332.25.
Selain itu separuh dinar bersaiz 20mm (1.06 gram) bernilai RM176.76) dan suku dinar bersaiz 21mm (0.5 gram) bernilai RM99.38.
Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin.
Nik Aziz yang juga Pengerusi PMBK berkata, sehingga ini lebih 1,000 peniaga bersetuju menggunakan emas dinar dan dirham sebagai mata wang alternatif untuk berurus niaga di premis mereka.
Selain itu, Tabung Haji dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bersetuju menjadi ejen dan menerima mata wang syariah itu untuk berurus niaga.