1 DINAR ITU BERSAMAAM DENGAN BERAPA DIRHAM?




Copy Right : http://4lifefood.com/dienzarkey/article/economy/ekonomi/1-dinar-itu-bersamaan-dengan-berapa-dirham.html

Berikut adalah satu pertanyaan kepada saya mengenai nilai perbandingan antara 1 Dinar dengan berapa dirham...soalan ini diajukan selang beberapa hari selepas saya memberikan penerangan tentang sejarah mata wang pada kuliah subuh tempoh hari di sini :

 

Soalanya :

Salam Ustaz,

Nak tanya sikit...mengikut sejarah Islam, Umar Al-Khattab telah tetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham, iaitu berat 7 dinar sama dgn 10 dirham. Makanya:-

1 dinar = 4.25g berupa syiling emas
1 dirham = 2.975g berupa syiling perak

Soalan yg saya nak tanya, Ustaz tahu tak pada zaman itu, jika dibanding tentang nilai harga, 1 dinar itu bersamaan dengan berapa dirham?

Harap Ustaz dapat beri pencerahan....syukran.

 

Jawapan yang dikongsi hasil dari bacaan dan penyelidikan ringkas :

Salam...yang anta jelaskan di atas memang betul..mengikut kadar berat timbangannya 7:10

persoalan bagaimana pula 1 dinar berapa dirham?, begini...kalau mengikut nilai ia berkait rapat dengan uruf atau keadaan semasa atau pasaran semasa..bila kita rujuk kepada sejarah rasulullah waktu itu 1 dinar bersamaan nilainya 10 dirham. Ini di dasarkan dengan perinsip nilai nisab zakat, yok kita kira :

Nisab zakat EMAS :
1 dinar = 4.25g x 20 = 85grm

Nisab zakat PERAK :
1 dirham = 2.975g x 200 = 595grm

Dan nisab ini kekal dan tidak berubah hingga kini kerana menjaga perinsipnya walau nilai dari harga dan uruf berbeza mengikut zaman. Imam Malik, dalam Al Muwatta, menyebutkan perbandingan dinar dan dirham berubah 1:12 dan sehingga 1:15 di zaman Khulafa Rasyidin.
Pada abad ke 14 zaman Mamluk, perbandingan ini berubah menjadi 1:24 hingga 1:30

Pada zaman sekarang berdasarkan kepada harga pasaran terkini ianya adalah 1:30 atau 1:31 ini berdasarkan kepada harga 1 dinar dikala jawapan ni ditulis (1 Dec 2011 ) SGD370 dan 1 Dirham adalah SGD12 maka SGD12 x 31 = SGD372

 Jika kiranya mengikut kadar 1Oz Dinar harga pasaran adalah 1:48 kepada 1Oz Dirham. Mengikut pakar kewangan masa kini mengatakan nilai perbandingan akan menjadi 1:7  kerana itulah kita kena cepat simpansilver
Oleh yang demikian dari perkara yang tersebut di atas...perbandingan nilai ialah berdasarkan keadaan semasa dan uruf diwaktu itu..Wallahu a'lam..jika kiranya ada kesilapan haraplah perbetulkan.. 

post by : 
SHAHRIL RAKEB
PENGURUS II,
NNM GOLD RESOURCES, 
Wakalah Rasmi KGT, 
Perbadanan Menteri Besar Kelantan, 
Kerajaan Negeri Kelantan.

DINAR EMAS DAN DIRHAM PERAK

Dinar Emas




Pada 12 Ogos yang lepas, kerajaan negeri Kelantan telah melancarkan dinar dan dirham yang juga akan digunakan di kira-kira 1,000 premis perniagaan di sekitar negeri itu, termasuk Pasar Besar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Bazar Buloh Kubu dan Pasar Siti Khadijah. Semasa majli
s perasmiannya juga, Menteri Besar Kelantan secara simboliknya telah menyerahkan pembayaran gaji pertama kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Mustafa Salleh, menggunakan dinar.
Persoalannya, untuk urusan lain mungkin tiada masalah,
tetapi penggunaan dinar emas di Kelantan dalam perniagaan nampaknya masih kelam -kabut berikutan ramai peniaga yang tidak berapa faham tentang kegunaannya. Pastinya juga, tentu ada sebab sehinggakan Kerajaan Kelantan mengumumkan penggunaan matawang ini. Sebenarnya, penggunaan dinar emas di Kelantan telah diperkenalkan sejak 4 tahun dahulu dan dikhabarkan penggunaan ini mendapat sambutan yang baik.
Apa itu dinar dan dirham?
Dinar Emas atau Gold Dinar ialah syiling emas 22
karat atau emas 916% ketulinannya. 1 Dinar bersamaan 4.25gram. Dinar Emas Kelantan dikeluarkan oleh Perbadanan Kelantan Berhad dan pengeluarannya dikendalikan oleh Kelantan Gold Trade. Walaubagaimanapun, penggunaan dinar emas dan dirham perak ini terhad kepada penggunaan seperti dibawah :-
  • Pembayaran Gaji.
  • Pembayaran Zakat
  • Mas Kahwin
  • Simpanan.
Ini kerana Seksyen 4 (1) Akta Legal Tender, Akta Bank Pusat 1958 dengan jelas menghalang penggunaan matawang lain selaing Ringgit Malaysia. Walaupun emas dinar dilancarkan di Kelantan, tidak bererti ianya akan digunakan sebagai mata wang, sebaliknya ia hanya digunakan sebagai tujuan diatas. Apa yang ingin diperkenalkan adalah dinar dan dirham lebih bertujuan sebagai alat tabungan dan pelaburan sahaja
Walaubagaimanapun, terdapat sedikit salah faham diantara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri berhubung isu ini. Ini adalah kerana mengikut undang-undang, pengeluaran mata wang sama ada alternatif atau tidak, adalah di bawah bidang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia membabitkan urusan dasar serta pengurusan kewangan Malaysia.
Bagi saya,penggunaan ini tiada masalah, tetapi kenyataan atau kegunaan lain dinar emas yang mana membolehkannya digunakan dalam urusan jual beli itulah yang menjadi persoalan dan bercanggah dengan seksyen diatas.
Penggunaan Dinar / Dirham
Seperti yang sedia maklum, harga emas adalah stabil, oleh itu dinar emas sesuai dijadikan simpanan. Sebagai contoh, pada 4 tahun yang lalu, kerajaan negeri telah melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25 dan separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76 serta suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38.
Kini, jika pergi ke kedai emas, dan serahkan satu keping dinar untuk ditukarkan kepada wang biasa, harganya tentu melambung naik kerana mengikut harga semasa emas pada tahun lepas sahaja, ianya telah meningkat kepada 30 peratus.
Jika kita memiliki Dinar Emas, dan ingin melakukan pembelian, maka Dinar Emas itu hendaklah ditukarkan kepada ringgit Malaysia dahulu dan ringgit itulah yang digunakan untuk berjual-beli. Tetapi, dengan rangkaian kedai yang terpilih di kelantan, urusniaga menggunakan dinar dan dirham adalah ibarat sistem barter sahaja dan bukannya niat menggantikan matawang Ringgit.
Kadar pertukaran di antara Dinar Emas pula adalah berdasarkan harga semasa emas di dalam pasaran emas, tempatan atau antarabangsa. Harus diingat bahawa hanya ringgit Malaysia yang diiktiraf sebagai legal tender di dalam wilayah Malaysia. Matawang lain tidak sah digunakan sebagai alat pertukaran.
“Mata wang syariah ini hanya pilihan kepada orang ramai untuk menggunakannya, tetapi ia juga untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Islam mempunyai mata wang sendiri untuk perdagangan.
“Sejarah juga membuktikan bahawa dinar emas dan dirham perak tidak akan terjejas dengan inflasi sehingga menjejaskan ekonomi negara.
“Sebagai contoh, pada zaman Rasulullah SAW, harga seekor ayam kira-kira RM13, lebih kurang harga seekor ayam pada masa sekarang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan mata wang syariah, dinar dan dirham di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini hari ini – Menteri Besar Kelantan
Dinar emas ini juga tidak diterima untuk membayar barang-barang yang kita beli di pasar atau di kedai. Juga tiada penjual yang boleh menerima bayaran dalam bentuk Dinar Emas Kelantan bagi barangan yang dijual. Tetapi sepertimana pengenalan dinar dalam urusan perniagaan di Kelantan, mungkin dibolehkan atas persetujuan penjual dan pembeli. Maknanya ia lebih disifatkan sebagai sistem “barter”.
Kelantan Dinar & Dirham
1/2 Dinar :: RM 293
1 Dinar :: RM 586
2 Dinar :: RM 1 172
5 Dinar :: RM 2 930
8 Dinar :: RM 4 688
1 Dirham :: RM 13
2 Dirham :: RM 26
5 Dirham :: RM 65
10 Dirham :: RM 130
20 Dirham :: RM 260

“Dahulu Orang Asli tidak menggunakan duit, mereka menggunakan hasil hutan seperti petai atau tongkat ali untuk ditukar dengan tembakau serta garam.
“Prinsipnya adalah sama di sini dan cara tersebut telah digunakan secara meluas sejak beribu tahun dahulu sebelum kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniah,” – Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Antara kegunaan Dinar Emas adalah ianya boleh digunakan sebagai alat simpanan, membayar zakat, membayar mahar perkahwinan dan sebagai hadiah (untuk ulang tahun perkahwinan, hari jadi, kakitangan cemerlang dan sebagainya). Dalam Daulah Islamiah, ia boleh digunakan untuk membayar denda di bawah pelbagai hukum Islam.
Antara Kelebihan Penggunaan Dinar adalah :-
  • Ia merupakan matawang sunah
  • Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
  • Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide)
  • Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase)
  • Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)
Maklumat lain berkaitan dinar emas / dirham perak
* satu dirham = 2.975 gram (7/10 mithqal) perak & harganya ialah RM13 (pada hari pelancaran, 12 Ogos 2010)

* Jika satu dinar = 4.25 gram (1 mithqal) dan satu dinar juga bersamaan dengan tujuh dirham.
* 7 dinar = 10dirham (dari segi timbangan beratnya)
*Pengenalan mata wang syariah dinar emas serta dirham perak adalah sebahagian daripada sistem barter dan bukannya mata wang kedua untuk negeri ini.
Harga Pasaran Semasa Dinar Emas dan Dirham
Kelantan Dinar & Dirham
1/2 Dinar :: RM 293
1 Dinar :: RM 586
2 Dinar :: RM 1 172
5 Dinar :: RM 2 930
8 Dinar :: RM 4 688
1 Dirham :: RM 13
2 Dirham :: RM 26
5 Dirham :: RM 65
10 Dirham :: RM 130
20 Dirham :: RM 260
Baru-baru ini, beberapa peniaga menimbulkan persoalan tentang penggunaan dinar emas dan dirham perak ini terutama membabitkan nilai semasa dinar dan dirham berbanding ringgit serta ketulenan transaksi yang dilakukan. Berikutan itu, mereka bimbang untuk memulangkan jumlah baki tepat kepada pelanggan yang berurusan dengan mereka di kedai masing-masing.
Bagi saya, seelok-eloknya sebelum memperkenalkan dinar emas, haruslah diberi penerangan kepada peserta kempen tersebut agar tidak timbul sebarang kemusykilan, berikan ruang bersoal jawab. Kemudian, mereka harus dibekalkan dengan maklumat terkini harga pasaran emas supaya urusniaga dapat dilakukan dengan telus. Ini berikutan harga emas yang tidak tetap.
Kemudian, bila sudah diperkenalkan, pastinya kelak terdapat syiling tiruan. Oleh itu, para peniaga juga haruslah diberikan alat khas atau maklumat berkaitan ketulenan syiling tersebut. Ini memandangkan syiling begitu mudah untuk dicetak rompak, apatah lagi matawang dinar mempunyai nilai yang tinggi.
post by : 
SHAHRIL RAKEB
PENGURUS II,
NNM GOLD RESOURCES, 
Wakalah Rasmi KGT, 
Perbadanan Menteri Besar Kelantan, 
Kerajaan Negeri Kelantan.
 

Kenali Dinar dan Dirham Kelantan, Matawang Syariah

Copy Right from : http://www.iluvislam.com/uncategorized/6359-kenali-dinar-dan-dirham-kelantan-matawang-syariah.html

Apakah Matawang Syariah?
Matawang syariah adalah Dinar Emas dan Dirham Perak. Matawang ini pernah digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat.


Apakah Dinar?
Mengikut piawaian khalifah umar al-khattab, Dinar diperbuat daripada emas 22karat (917). Nilai satu Dinar pada zaman Rasulullah bersama dengan seekor kambing. Nilai Dinar Kelantan pula adalah RM581 pada tarikh pelancaran iaitu 12 Ogos 2010.

Apakah Dirham?
Dirham pula diperbuat daripada perak tulen (999) dan nilai satu Dirham pada zaman Rasulullah boleh membeli seekor ayam.

Bilakah Dinar Dirham Kelantan dilancarkan?
Pada 12 Ogos 2010 oleh Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apakah Kegunaan Dinar dan Dirham Kelantan?
Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk :
1.    menyempurnakan ibadah zakat,
2.    bayaran mas kahwin,
3.    simpanan.
4.    Bonus dan hadiah

Ianya juga boleh berfungsi sebagai medium pertukaran sukarela untuk barangan atau pun perkhidmatan.

Dimanakah Dinar dan Dirham Kelantan boleh didapati?
Sila hubungi Wakalah Utama / wakil pengedar untuk maklumat lanjut. Dan untuk mengetahui harga semasa sila ke www.dinarkel.com

Apa kaitan Dinar dan Dirham Kelantan sebagai matawang Syariah?
Dinar dan Dirham Kelantan dikatakan matawang syariah kerana ianya halal menurut syarak. Dinar dan Dirham Kelantan menggunakan Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab. Piawaian ini menetapkan hubungan dinar-dirham sebagai berat 7 koin 1 dinar bersamaan dengan berat 10 koin 1 dirham. Secara amnya berat 1 dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (91.7%); manakala 1 koin dirham bersamaan 2.975g perak tulen.

Benarkah perkataan Dinar& Dirham ada di dalam Al Quran?

Perkataan dinar dan dirham disebut didalam Al-Quran pada:

Surah Imran (3):75 yang bermaksud

“Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: “Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi”, dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).”

Surah Yusuf (12):20 yang berbunyi

“Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya dan merekaadalah orang-orang yang tidak menghargainya.”

Bolehkah Kalimah Syahadah digunakan pada Dinar dan Dirham?
Boleh. Kalimah syahadah telah mula digunakan semenjak dinar mula-mula ditempa oleh Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan pada 120H. Dengan menempa kalimah tersebut melambangkan syiar Islam dan deklarasi iman dalam setiap keping dinar dan dirham. Lihat di sini
  
Berikan contoh penggunaan dinar dan dirham di zaman Rasul S.A.W?

Contoh penggunaan dinar oleh Rasul S.A.W.

Hadits daripada Urwah bin Abi Al-Ja’d Al-Bariqi, beliau berkata:

“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberinya satu dinar untuk membeli seekor kambing, lalu ia membeli untuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dua kambing dengan wang tersebut. Maka ia jual seekor dengan harga satu dinar dan membawa satu ekor kambing dan satu dinar kepada Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mendoakannya: “Dia (Urwah ini), seandainya membeli debu tentu akan untung juga”
( Riwayat Abu Dawud [2810] dan at-Tirmizi [1/287])

Contoh penggunaan dirham oleh Rasul S.A.W

“Abu Salamah menceritakan, “Aku pernah bertanya kepada Aisyah RA, “Berapakah mahar Nabi SAW untuk para isterinya?” Aisyah menjawab, “Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy.” Lalu Aisyah bertanya, “Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?” Aku menjawab, “Tidak.” Aisyah menjawab, “Empat puluh dirham.” Aisyah bertanya, “Tahukah kamu, berapa satu nasy itu? “Aku menjawab, “Tidak.” Aisyah menjawab, “Dua puluh dirham.”
(Riwayat Imam Muslim)

Berikan contoh kaitan dinar dan dirham dengan Hukum Syarak?
Contoh dari segi zakat ialah nisab atau ukuran zakat ialah ½dinar bagi setiap 20 dinar dan 5 dirham bagi setiap 200 dirham; yang cukup haulnya. Manakala hudud dijalankan dalam kes kecurian yang nilainya melebihi ¼ dinar.
  
Apakah kaitan Pemerintah dengan Dinar dan Dirham?
Dinar dan dirham berkait rapat dengan kerajaan. Ini diperhatikan dalam Surah An-Nisa: 59:

“Wahai orang yang beriman! Patuhlah kepada Allah dan patuhlah kepada Pesuruh Allah dan mereka yang memerintah kamu”
(Riwayat Imam Muslim)

Menurut Al-Qurtubi dalam Tafsir Al-Quran beliau, ayat tersebut merupakan perintah supaya umat Islam taat kepada pemerintah dalam tujuh perkara. Perkara pertama ialah penempaan dinar dan dirham; dan enam yang lainnya ialah penetapan berat dan ukuran, keputusan mahkamah, haji, Jumu’ah, dua Hari Raya dan Jihad. Dalam kata lain, urusan dinar ialah urusan agama Islam dan kedaulatan daulah Islam. Penggunaan dinar melambangkan kepatuhan kepada perintah Allah; bukan semata-mata urusan ekonomi.

Apakah Dinar Dan Dirham Kelantan sahaja yang boleh dijadikan matawang?
Tidak semestinya. Di sepanjang sejarah manusia terdapat pelbagai komoditi yang digunakan sebagai wang. Komoditi di atas termasuklah binatang ternak, bijirin, manik-manik, cengkerang, rokok, tembaga dan timah. Emas dan perak telah terpilih sejak berzaman sebagai matawang kerana mempunyaiciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagi, mudah dibawa, diterima khalayak ramai dan tidak mudah dimusnahkan. Imam Malik di dalam Kitab Al-Muwatta menjelaskan bahawa wang ialah apa-apa komoditi yang lazimnya diterima pakai sebagai bahan pertukaran.

Adakah Koin Kijang Emas sama dengan Dinar Kelantan?
Tidak sama. Spesifikasinya berbeza daripada Dinar Kelantan.Kijang Emas ialah koin emas seberat ¼, ½ dan 1 troy ounce yang dilancarkan Bank Negara Malaysia sekitar Julai 2001. 1 troy ounce adalah bersamaan 31.1 g;1 Dinar Kelantan pula 4.25g.

Benarkah wang kertas seperti dolar Amerika, Yen Jepun dan ringgit Malaysia 100% disandarkan dan boleh disaling-tukar dengan emas?
Tidak benar. Berdasarkan sistem kewangan dunia kini, tiada satu pun mata wang nasional yang bersandarkan emas. Wang kertas hanya boleh ditukar dengan wang kertas yang lain. Sebagai contoh; jika seseorang ke bank pusat seperti Bank Negara Malaysia untuk menukarkan sekeping wang $100, beliau akan diberikan SAMA ADA 2 keping wang $50 ATAU 10 keping wang $10; ATAU 100 keping wang $1 tetapi tidak sama sekali ditukarkan dengan emas.
Sandaran kepada “wang kertas BNM” atau lebih dikenali sebagai Ringgit adalah wang kertas yang lain; seperti Dollar Amerika, Yen Jepun, Euro dan seumpamanya. Emas cuma merupakan sebahagian kecil daripada rizab BNM, sekitar 1.5% (Cuma RM1.452 bilion daripada RM94.772 bilion; setakat 30 Jun 2010). Rujuk pautan ini

post by : 
SHAHRIL RAKEB
PENGURUS II,
NNM GOLD RESOURCES, 
Wakalah Rasmi KGT, 
Perbadanan Menteri Besar Kelantan, 
Kerajaan Negeri Kelantan.