Kira-kira
200 orang pelabur skim pelaburan emas,
Bestino "berkampung" di luar
pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini untuk meminta Datuk Seri
Najib Abdul Razak campur tangan bagi
menyelesaikan masalah pengeluaran wang mereka.
Wakil Jawatankuasa Bertindak Pelabur Bestino, K Kunasekaran (
bawah)
berkata, tindakan itu diambil setelah masalah masih tidak dapat
diselesaikan walaupun tiga perjumpaan diadakan bersama Menteri Kewangan
Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Isu
ini sudah tiga tahun. Tiga kali kita jumpa dengan menteri kewangan
kedua bersama peguam dan ahli jawatankuasa kami. Dan ini juga merupakan
kali ketiga kami datang ke pejabat perdana menteri.
"Kita tak ada
pilihan. Jadi kita nak jumpa perdana menteri dan mahu minta dia campur
tangan. Dia kata rakyat didahulukan. Kita akan tunggu di sini sampai
dapat berjumpa perdana menteri," katanya.
Pada Februari lalu,
empat pengarah Bestino dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas 322
tuduhan pengubahan wang haram RM156.2 juta dan lima tuduhan menerima
deposit tanpa lesen.
Bank Negara pula merampas aset syarikat itu
di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan
2011 (AMLATFA) berjumlah RM24.2 juta sebagai bahan bukti.
Sebanyak RM411 juta wang dilaburkan oleh 6,764 pelabur dalam Skim Bestino.
Keluhan pelabur
Sementara
itu, seorang pelabur A Kupusamy, 68, dari Ipoh Perak berkata, beliau
melabur dalam skim pelaburan emas itu sebanyak RM50,000.

Kupusamy
yang mula melabur pada Oktober 2008 berkata, beliau mula melabur
apabila ada rakannya yang mengajak untuk membuat pelaburan di Bestino.
"Saya melabur RM50,000. Itu semua duit simpanan saya. Dulu saya seorang mekanik. Sekarang saya dah tak ada apa-apa," katanya.
Selain
itu, menurut seorang bekas pekerja kilang, S Kamalavalli, 58, beliau
bersama suami melabur sebanyak RM95,000 tiga tahun lalu selepas seorang
agen Bestino datang ke rumahnya di Sungai Siput, Perak.

Kamalavalli
yang kini tidak mempunyai pekerjaan berkata, beliau telah melaburkan
semua wang pencennya ke dalam skim pelaburan itu.
"Saya sangat susah hati. Sekarang duit langsung tidak ada. Semua duit KWSP saya masuk dalam skim pelaburan itu.
"Agen itu datang rumah dan paksa saya melabur. Dia tau masa itu saya sudah mahu pencen.
"Sekarang
ini suami saya pun sakit dan anak-anak pun marah saya sebab masukkan
semua duit simpanan. Saya minta perdana menteri dapat tolong kita,"
katanya yang mempunyai tiga orang anak yang juga bekerja di kilang.
"BERSAMA KEMBANGKAN ILMU EMAS"
Yang Benar,
shahril rakeb
.............................................
Shahril Rakeb
Pengurus II
Wakalah NNM GOLD RESOURCES,KGT
(Rangkaian Wakalah - QSSR GOLD RESOURCES)
H/P: 017-685 4189