EXPO PERDAGANGAN DUNIA ISLAM 2012

EXPO PERDAGANGAN DUNIA ISLAM 2012 & KONVENSYEN HALAL SEDUNIA BERASASKAN DINAR DIRHAM

 Dari Meja CEO NNM GOLD RESOURCES........

Dikupas semula oleh Pengurus II NNM GOLD RESOURCES........

Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah segala puji bagi Allah s.w.t kerana dilimpahkan nikmat iman dan kesihatan serta kenikmatan yang melimpah ruah, syukur alhamdullillah kerana kita diberi kesempatan untuk menghirup lagi udara segar pagi ini.. Telah banyak program-program yang kami lalui dan yang kami atur untuk memartabatkan Matawang Syariah, Kerjaan Islam Negeri Kelantan, Sekarang masih berlansung Expo Pertanian Negeri Kelantan 2012 yang diadakan pada 5 hingga 10 Jun 2012 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-iv, Kota Bahru Kelantan yang di rasmikan Olah KDYMM As-Sultan Kelantan. DYMM Sultan Muhammad Ke-V. Sama-sama lah kita hadir untuk menambahkan ilmu pertanian dengan tema “PERTANIAN SATU IBADAH”.

Sementara itu satu lagi expo akan berlangsung pada 15 hingga 20 Jun 2012 ini di tempat yang sama dan Perasmian diadakan di Kelantan Trade Center (KTC) oleh DYMM As-Sultan Kelantan dan YAB Dato' Bentara Setia Dato' Menteri Besar Kelantan iatu Pelancaran Versi baru Matawang Syariah, Dinar dan Diraham Kerajaan Islam Negeri Kelantan, Bersama Karnival/Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 dan Konvensyen Halal Sedunia Berasaskan Dinar Dan Dirham.

Kerajaan negeri Kelantan akan menganjurkan Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 & Konvensyen Halal Sedunia Berasaskan Dinar Dan Dirham sebagaimana berikut:

Tarikh : 15 - 20 Jun 2012
Masa : 10 Pagi - 10 Malam
Tempat : Perkarangan Stadium Muhammad ke iv & Kompleks Balai Islam Kota Bharu (18 Jun 2012)

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

ANTARA ACARA MENARIK:
1. PESTA MAKANAN ANTARABANGSA
2. PRODUK DUNIA ISLAM
3. PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN ANTARABANGSA
4. PAMERAN ANIMASI DAN MULTIMEDIA
5. PRODUK WARISAN KELANTAN
6. PAMERAN TEKNOLOGI PEMOTORAN DAN MOTOSIKAL
7. PADANAN PERNIAGAAN

 






































"DINAR DIRHAM PENYATUAN UMMAH"


Yang Benar,
           Shahril Rakeb
................................................
Shahril Rakeb / 017-685 4189
PENGURUS II,
NNM GOLD RESOURCES,
WAKALAH KERAJAAN NEGERI KELANTAN (PMBK)

0 comments:

Post a Comment