Jumaat 22 Jun 2012
Ia telah datang kepada
perhatian World Islamic Mint (WIM) tulisan pelbagai media mengenai WIM
yang memerlukan penjelasan. Berikut adalah maklum balas kepada isu-isu
yang dibangkitkan khusus mengenai WIM. Kenyataan ini tidak merupakan
satu perbincangan yang menyeluruh mengenai WIM tetapi hanya bertujuan
menjawab perkara yang dibangkitkan.
WIM
hanya mengakui Dinar dirham yang dihasilkan oleh Mint (Penempa) yang
berlesen. Dalam kes Dinar & Dirham Kelantan terbitan Kerajaan Negeri
Kelantan, WIM telah melesenkan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT)
sebagai Mint rasmi pengeluar syiling tersebut. Antara syarat-syarat Mint
berlesen adalah syiling dikeluarkan mengikut piawaian seperti yang
disahkan oleh WIM, contohnya ianya ditempa oleh penempa yang diluluskan
antara lainnya termasuk Emirates Gold atau Kazakhstan State Mint. WIM
tidak menempa syiling tersebut secara langsung tetapi boleh
menyelaraskan aktiviti-aktiviti tersebut.
Yuran pelesenan 1% diperolehi WIM daripada pengeluaran oleh Mint berlesen adalah untuk menyokong operasi WIM.
Shaykh
Umar Ibrahim Vadillo merupakan antara pengasas WIM sebagai organisasi
antarabangsa, yang mempunyai perwakilan di Malaysia.
WIM
menetapkan harga runcit yang disyorkan (RRP) antarabangsa sebagai garis
panduan untuk pelbagai mata wang tukaran. Di Malaysia, suatu kadar
rujukan ditetapkan untuk Ringgit Malaysia berdasarkan RRP dan pertukaran
matawang asing. Kedua-dua RRP & kadar rujukan adalah penilaian yang
dibuat WIM untuk Dinar dan dirham (DnD), yang diperolehi dengan
menggunakan formula yang terdiri daripada nilai pasaran logam asas
syiling (emas atau perak) dan premium yang termasuk kos penempaan &
kos bukan penempaan. Formula ini mencerminkan pengiraan WIM untuk
melaksanakan satu model mata wang syariah yang berdaya maju, dengan
sandaran premium untuk menyokong operasi pelaksanaan itu. Kadar WIM
terpakai apabila DnD diedarkan kepada orang ramai melalui
Wakalah-Wakalah (ejen) lantikan Mint. Mint yang dilesenkan oleh WIM
mengakui kadar yang ditetapkan oleh WIM dan menggunakan penilaian yang
sama dalam mekanisme belian balik (tolak apa-apa diskaun berkenaan)
melalui Wakalah atau Mint itu sendiri. WIM tidak bertanggungjawab untuk
penilaian dalam jualan yang berikutnya / penggunaan DnD kerana ini
adalah tertakluk kepada persetujuan bersama antara pihak-pihak yang
berjual-beli. Walau bagaimanapun, dalam amalan, pengguna DnD WIM
mengiktiraf penilaian seperti yang ditetapkan oleh WIM dan oleh itu
menilai DnD dengan penilaian setara dalam urus niaga menggunakan DnD.
Di
sini, ianya adalah penting untuk menunjukkan bahawa dasar di atas untuk
menetapkan RRP & kadar dalam matawang tukaran (yang bersifat fiat,
contohnya USD $, RM, dll) bukan untuk mempromosikan kesetaraan wang fiat
dan mata wang syariah, tetapi melibatkan realiti peranan Wakalah dalam
menukarkan wang fiat yang dipegang oleh orang ramai kepada Dinar dirham.
Dari
penjelasan di atas, ia boleh diperhatikan bahawa penilaian yang
ditetapkan oleh WIM mengambil kira tanggungjawab Mint untuk
memperkenalkan model yang berdaya maju untuk melaksanakan mata wang
syariah. Tanggungjawab ini termasuk kewajipan tukaran-balik (belian
balik) pada kadar yang ditetapkan (tolak diskaun untuk mengelakkan
spekulasi dan tidak menggalakkan tukaran-balik) dan bukan merupakan
harga yang sewenang-wenangnya dikuatkuasakan yang menyebabkan kerugian
secara sengaja kepada pengguna. Perlaksanaan ini berbeza daripada mata
wang fiat yang dikeluarkan oleh US Federal Reserve untuk
sekurang-kurangnya dua sebab: (1) Dinar dirham bukanlah mata wang yang
sah diperlakukan di bawah perundangan kerana penggunaannya adalah atas
pilihan pengguna, dan, (2) Dinar dirham diperbuat daripada logam
berharga dengan nilai intrinsik, produk yang mana dalam bentuk duit
syiling memegang nilaiannya tersendiri yang unik untuk berkhidmat fungsi
sebagai mata wang syariah.
Keputusan
untuk menetapkan KGT—sebagai sebuah anak syarikat 100% milik negeri di
bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)—sebagai Mint berlesen WIM
untuk Kerajaan Negeri Kelantan adalah susunan yang paling sesuai dengan
senario semasa dan struktur tadbir urus negeri terkini, yang
dipersetujui oleh semua pihak dari peringkat awal. Ia tidak semestinya
satu-satunya pilihan yang ada dan apa-apa susunan yang serasi boleh
dipertimbangkan sekiranya diberi pilihan yang lebih baik. Peranan
penyeliaan dan pengawasan WIM adalah demi kepentingan keseragaman dalam
pelaksanaan mata wang syariah di seluruh dunia.
WIM
tidak cuba untuk memonopoli mata wang syariah. Walaupun WIM
menggalakkan pelaksanaan standard yang seragam di bawah WIM atas
sebab-sebab yang jelas yang memberi manfaat kepada pengguna, ia tidak
menafikan atau menyangkal pihak-pihak lain yang cuba untuk melaksanakan
model mata wang syariah mereka sendiri dengan syarat bahawa
undang-undang syariah berkenaan dipatuhi.
WIM
tidak akan mengulas mengenai takrif riba oleh pihak-pihak tertentu yang
mendakwa WIM mempromosikan riba dalam mata wang syariah, disebabkan
kekurangan rujukan dan sumber penghakiman syariah yang boleh dipercayai
dalam tulisan-tulisan itu. Walaubagaimanapun, adalah penting dikatakan
bahawa apa-apa hujah yang mendasarkan nilai intrinsik DnD kepada nilai
wang fiat adalah tidak berasas, kerana nilai intrinsik DnD sebenar
adalah pada sifatnya yang diakui (contohnya 4.25g emas 917 bagi 1 Dinar
Emas), dan perbandingan penilaian dengan apa-apa objek lain adalah
berasaskan kepada persetujuan bersama. Oleh itu, hujah-hujah yang
dibentangkan mengenai riba berasaskan perbandingan nilai intrinsik
bersandarkan nilaian wang fiat adalah suatu kesilapan.
0 comments:
Post a Comment