Dinar Emas
Pada 12 Ogos
yang lepas, kerajaan negeri Kelantan telah melancarkan dinar dan dirham
yang juga akan digunakan di kira-kira 1,000 premis perniagaan di
sekitar negeri itu, termasuk Pasar Besar Majlis Perbandaran Kota Bharu
(MPKB), Bazar Buloh Kubu dan Pasar Siti Khadijah. Semasa majli
s
perasmiannya juga, Menteri Besar Kelantan secara simboliknya telah
menyerahkan pembayaran gaji pertama kepada Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Mustafa Salleh,
menggunakan dinar.
Persoalannya, untuk urusan lain mungkin tiada masalah,
tetapi
penggunaan dinar emas di Kelantan dalam perniagaan nampaknya masih
kelam -kabut berikutan ramai peniaga yang tidak berapa faham tentang
kegunaannya. Pastinya juga, tentu ada sebab sehinggakan Kerajaan
Kelantan mengumumkan penggunaan matawang ini. Sebenarnya, penggunaan
dinar emas di Kelantan telah diperkenalkan sejak 4 tahun dahulu dan
dikhabarkan penggunaan ini mendapat sambutan yang baik.
Apa itu dinar dan dirham?
Dinar Emas atau Gold Dinar ialah
syiling emas 22
karat atau emas 916% ketulinannya.
1 Dinar bersamaan 4.25gram. Dinar Emas Kelantan dikeluarkan oleh
Perbadanan Kelantan Berhad dan pengeluarannya dikendalikan oleh Kelantan
Gold Trade. Walaubagaimanapun, penggunaan dinar emas dan dirham perak
ini terhad kepada penggunaan seperti dibawah :-
- Pembayaran Gaji.
- Pembayaran Zakat
- Mas Kahwin
- Simpanan.
Ini kerana Seksyen 4 (1) Akta Legal Tender, Akta Bank Pusat 1958 dengan jelas menghalang penggunaan matawang lain selaing Ringgit Malaysia.
Walaupun emas dinar dilancarkan di Kelantan, tidak bererti ianya akan
digunakan sebagai mata wang, sebaliknya ia hanya digunakan sebagai
tujuan diatas. Apa yang ingin diperkenalkan adalah dinar dan dirham
lebih bertujuan sebagai alat tabungan dan pelaburan sahaja
Walaubagaimanapun,
terdapat sedikit salah faham diantara Kerajaan Pusat dan Kerajaan
Negeri berhubung isu ini. Ini adalah kerana mengikut undang-undang,
pengeluaran mata wang sama ada alternatif atau tidak, adalah di bawah
bidang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM)
kerana ia membabitkan urusan dasar serta pengurusan kewangan Malaysia.
Bagi
saya,penggunaan ini tiada masalah, tetapi kenyataan atau kegunaan lain
dinar emas yang mana membolehkannya digunakan dalam urusan jual beli
itulah yang menjadi persoalan dan bercanggah dengan seksyen diatas.
Penggunaan Dinar / Dirham
Seperti
yang sedia maklum, harga emas adalah stabil, oleh itu dinar emas sesuai
dijadikan simpanan. Sebagai contoh, pada 4 tahun yang lalu, kerajaan
negeri telah melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu
dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25 dan
separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76 serta suku
dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38.
Kini,
jika pergi ke kedai emas, dan serahkan satu keping dinar untuk
ditukarkan kepada wang biasa, harganya tentu melambung naik kerana
mengikut harga semasa emas pada tahun lepas sahaja, ianya telah
meningkat kepada 30 peratus.
Jika
kita memiliki Dinar Emas, dan ingin melakukan pembelian, maka Dinar
Emas itu hendaklah ditukarkan kepada ringgit Malaysia dahulu dan ringgit
itulah yang digunakan untuk berjual-beli. Tetapi, dengan rangkaian
kedai yang terpilih di kelantan, urusniaga menggunakan dinar dan dirham
adalah ibarat sistem barter sahaja dan bukannya niat menggantikan
matawang Ringgit.
Kadar
pertukaran di antara Dinar Emas pula adalah berdasarkan harga semasa
emas di dalam pasaran emas, tempatan atau antarabangsa. Harus diingat
bahawa hanya ringgit Malaysia yang diiktiraf sebagai legal tender di
dalam wilayah Malaysia. Matawang lain tidak sah digunakan sebagai alat
pertukaran.
“Mata
wang syariah ini hanya pilihan kepada orang ramai untuk menggunakannya,
tetapi ia juga untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Islam mempunyai
mata wang sendiri untuk perdagangan.
“Sejarah
juga membuktikan bahawa dinar emas dan dirham perak tidak akan terjejas
dengan inflasi sehingga menjejaskan ekonomi negara.
“Sebagai
contoh, pada zaman Rasulullah SAW, harga seekor ayam kira-kira RM13,
lebih kurang harga seekor ayam pada masa sekarang,” katanya kepada
pemberita selepas melancarkan mata wang syariah, dinar dan dirham di
Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini hari ini – Menteri Besar Kelantan
Dinar
emas ini juga tidak diterima untuk membayar barang-barang yang kita
beli di pasar atau di kedai. Juga tiada penjual yang boleh menerima
bayaran dalam bentuk Dinar Emas Kelantan bagi barangan yang dijual.
Tetapi sepertimana pengenalan dinar dalam urusan perniagaan di Kelantan,
mungkin dibolehkan atas persetujuan penjual dan pembeli. Maknanya ia
lebih disifatkan sebagai sistem “barter”.
Kelantan Dinar & Dirham
1/2 Dinar :: RM 293
1 Dinar :: RM 586
2 Dinar :: RM 1 172
5 Dinar :: RM 2 930
8 Dinar :: RM 4 688
1 Dirham :: RM 13
2 Dirham :: RM 26
5 Dirham :: RM 65
10 Dirham :: RM 130
20 Dirham :: RM 260
“Dahulu
Orang Asli tidak menggunakan duit, mereka menggunakan hasil hutan
seperti petai atau tongkat ali untuk ditukar dengan tembakau serta
garam.
“Prinsipnya
adalah sama di sini dan cara tersebut telah digunakan secara meluas
sejak beribu tahun dahulu sebelum kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniah,” –
Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Antara
kegunaan Dinar Emas adalah ianya boleh digunakan sebagai alat simpanan,
membayar zakat, membayar mahar perkahwinan dan sebagai hadiah (untuk
ulang tahun perkahwinan, hari jadi, kakitangan cemerlang dan
sebagainya). Dalam Daulah Islamiah, ia boleh digunakan untuk membayar
denda di bawah pelbagai hukum Islam.
Antara Kelebihan Penggunaan Dinar adalah :-
- Ia merupakan matawang sunah
- Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
- Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide)
- Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase)
- Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)
Maklumat lain berkaitan dinar emas / dirham perak
* satu dirham = 2.975 gram (7/10 mithqal) perak & harganya ialah RM13 (pada hari pelancaran, 12 Ogos 2010)
* Jika satu dinar = 4.25 gram (1 mithqal) dan satu dinar juga bersamaan dengan tujuh dirham.
* 7 dinar = 10dirham (dari segi timbangan beratnya)
*Pengenalan
mata wang syariah dinar emas serta dirham perak adalah sebahagian
daripada sistem barter dan bukannya mata wang kedua untuk negeri ini.
Harga Pasaran Semasa Dinar Emas dan Dirham
Kelantan Dinar & Dirham
1/2 Dinar :: RM 293
1 Dinar :: RM 586
2 Dinar :: RM 1 172
5 Dinar :: RM 2 930
8 Dinar :: RM 4 688
1 Dirham :: RM 13
2 Dirham :: RM 26
5 Dirham :: RM 65
10 Dirham :: RM 130
20 Dirham :: RM 260
Baru-baru
ini, beberapa peniaga menimbulkan persoalan tentang penggunaan dinar
emas dan dirham perak ini terutama membabitkan nilai semasa dinar dan
dirham berbanding ringgit serta ketulenan transaksi yang dilakukan.
Berikutan itu, mereka bimbang untuk memulangkan jumlah baki tepat kepada
pelanggan yang berurusan dengan mereka di kedai masing-masing.
Bagi
saya, seelok-eloknya sebelum memperkenalkan dinar emas, haruslah diberi
penerangan kepada peserta kempen tersebut agar tidak timbul sebarang
kemusykilan, berikan ruang bersoal jawab. Kemudian, mereka harus
dibekalkan dengan maklumat terkini harga pasaran emas supaya urusniaga
dapat dilakukan dengan telus. Ini berikutan harga emas yang tidak tetap.
Kemudian,
bila sudah diperkenalkan, pastinya kelak terdapat syiling tiruan. Oleh
itu, para peniaga juga haruslah diberikan alat khas atau maklumat
berkaitan ketulenan syiling tersebut. Ini memandangkan syiling begitu
mudah untuk dicetak rompak, apatah lagi matawang dinar mempunyai nilai
yang tinggi.
post by :
SHAHRIL RAKEB
PENGURUS II,
NNM GOLD RESOURCES,
Wakalah Rasmi KGT,
Perbadanan Menteri Besar Kelantan,
Kerajaan Negeri Kelantan.
3 comments:
Assalamualaikum Ustaz.
Boleh tahu ½ dinar berapa Ringgit Malaysia hari ini. Sabtu 15 Feb 2020.
Didahului dengan ucapan terima kasih.
1/2 Dinar :: RM 293 masih ke?
Yes truely
Post a Comment