LANGKAH AWAL PENGGUNAAN DINAR DAN DIRHAM, MATAWANG SYARIAH

LANGKAH AWAL PENGGUNAAN DINAR DIRHAM; 

Dari meja CEO Wakalah NNM Gold Resuources (En. Ismail Johari)


Apabila Anda sudah faham mengenai muslihat wang kertas, bahaya inflasi,
bahaya riba, keburukan perbankan dan kapitalisme yang diuraikan di sini
maupun dari sumber-sumber
lainnya, Anda pasti ingin memulai menggunakan Dinar Dirham dalam
kehidupan sehari-hari. Pertanyaan yang barangkali muncul, bagaimana
memulainya? Apa yang harus dilakukan pertama kali?

Beberapa tindakan yang dapat kita mulai dan paling memungkinkan untuk
menggunakan
dinar dirham adalah sebagai berikut:

1. Menukari tabungan jangka panjang Anda dari Bank/wang kertas ke Dinar Dirham.
2. Bayarlah zakat harta Anda dengan Dinar Dirham.
3. Kalau Anda mau berkahwin, gunakan Dinar Dirham sebagai mahar.
4. Sebarluaskan informasi mengenai Dinar Dirham ini ke keluarga dan teman2 terdekat Anda.
5. Apabila Anda pedagang, mulailah sedikit demi sedikit menggunakan/menerima Dinar Dirham sebagai alat transaksi.
6. Lagi, sebagai pedagang, cubalah menggunakan Dinar Dirham untuk membayar sebahagian gaji karyawan Anda atau menjadikannya sebagai basis gaji.
7. Apabila Anda pekerja swasta, informasikan tentang Dinar Dirham ini ke bos Anda. Ajak beliau untuk menggunakannya dalam transaksi dan membayar sebahagian gaji Anda.
8. Mulailah membenci riba dan anak2nya.....



Mari kita cuba bahas satu per satu.

Penukaran Tabungan Jangka Panjang/Berlebih dari Bank/wang Kertas ke Dinar Dirham.

Apa maksudnya tabungan jangka panjang/berlebih? Sederhananya, tabungan yang menurut Anda tidak akan diambil/digunakan dalam waktu minimal 1 tahun. Misalnya tabungan haji, tabungan pendidikan anak, tabungan beli tanah/rumah, dll.

Untuk apa? Tentu sahaja paling tidak sebagai pelindung nilai dari harta Anda supaya tidak tergerus inflasi yang merampas hasil jerih payah Anda.

Kenapa tabungan jangka panjang? Tentu sahaja supaya arus belanjawan harian Anda tidak terganggu. Belum semua orang tahu dan mahu menerima Dinar Dirham sebagai alat jual beli. Untuk jual beli sehari2, silakan tetap gunakan uang kertas Anda. Anggap itu kondisi darurat.

Dimana menukarkannya? Silakan datang ke Wakala terdekat

Kalau pakai emas jongkong 24k boleh ke tidak? boleh tidak ada yg melarang, tapi agak sulit kalau mau bayar zakat.

Dimana saya menyimpannya supaya selamat? Terserah Anda, di rumah juga bisa. Kalau khawatir, sewalah deposit box, atau simpan ke tabungan Dinar apabila Wakala terdekat mempunyai fasilitinya.

Selain bermanfaat bagi Anda dan keluarga, menarik tabungan jangka panjang dari Bank juga akan memberi kesan negatif bagi Bank. Semakin banyak keluarga yang mengambil tabungannya maka akan semakin cepat sistem Bank menjadi kolaps. Tentu saja kita harus membuat sistem riba ini kalah dan hancur sedemikian rupa, untuk memulai sistem yang jauh lebih adil



"Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah pula. Jadi tiada sebab kenapa 50 peratus daripada negara Islam patut hidup dalam kemiskinan dan kemelaratan. Kini masanya sudah tiba untuk kita ubah sikap kita, mengubah sistem kewangan kita kepada yang asal, bersih dari riba dan menadah rahmat kurnia dari Tuhan kita!!"

"Saya berharap kerajaan boleh memberi sedikit dana untuk kita membangunkan dinar emas ini. Ia supaya sistem ini dapat dibangunkan dalam masa dua tahun ini di mana yang dijangkakan pengangguran akan bertambah."


Apa kaitan Dinar danDirham Kelantan sebagai matawang Syariah?

Dinar dan Dirham Kelantan dikatakan matawang syariah kerana ianya halal menurut syarak. Dinar dan Dirham Kelantan menggunakan Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab. Piawaian ini menetapkan hubungan dinar-dirham sebagai berat 7 koin 1 dinar bersamaan dengan berat 10 koin 1 dirham. Secara amnya berat 1 dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (91.7%); manakala 1 koin dirham bersamaan 2.975g perak tulen.

Benarkah perkataan Dinar & Dirham ada di dalam Al Quran?

Perkataan dinar dan dirham disebut didalam Al-Quran pada:
Surah Imran (3):75 yang bermaksud “Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: “Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi”, dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).”;
Surah Yusuf (12):20 yang berbunyi “Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya dan merekaadalah orang-orang yang tidak menghargainya.”

Bolehkah Kalimah Syahadah digunakan pada Dinar danDirham?

Boleh. Kalimah syahadah telah mula digunakan semenjak dinar mula-mula ditempa oleh Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan pada 120H. Dengan menempa kalimah tersebut melambangkan syiar Islam dan deklarasi iman dalam setiap keping dinar dan dirham.

Berikan contoh penggunaan dinar dan dirham di zaman Rasul s.a.w?

Contoh penggunaan dinar oleh Rasul s.a.w.
Hadits daripada Urwah bin Abi Al-Ja’d Al-Bariqi, beliau berkata: “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberinya satu dinar untuk membeli seekor kambing, lalu ia membeli untuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dua kambing dengan wang tersebut. Maka ia jual seekor dengan harga satu dinar dan membawa satu ekor kambing dan satu dinar kepada Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mendoakannya: “Dia (Urwah ini), seandainya membeli debu tentu akan untung juga” (HR. Abu Dawud (2810) dan At-Tirmidzi (1/287))

Contoh penggunaan dirham oleh Rasul s.a.w.
Abu Salamah menceritakan, “Aku pernah bertanya kepada Aisyah RA, “Berapakah mahar Nabi SAW untuk para isterinya?” Aisyah menjawab, “Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy.” Lalu Aisyah bertanya, “Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?” Aku menjawab, “Tidak.” Aisyah menjawab, “Empat puluh dirham.” Aisyah bertanya, “Tahukah kamu, berapa satu nasy itu? “Aku menjawab, “Tidak.” Aisyah menjawab, “Dua puluh dirham.” – (HR. Muslim).

Berikan contoh kaitan dinar dan dirham dengan Hukum Syarak?

Contoh dari segi zakat ialah nisab atau ukuran zakat ialah ½dinar bagi setiap 20 dinar dan 5 dirham bagi setiap 200 dirham; yang cukup haulnya. Manakala hudud dijalankan dalam kes kecurian yang nilainya melebihi ¼ dinar.

Apakah kaitan Pemerintah dengan Dinar dan Dirham?

Dinar dan dirham berkait rapat dengan kerajaan. Ini diperhatikan dalam Surah An-Nisa: 59: “Wahai orang yang beriman! Patuhlah kepada Allah dan patuhlah kepada Pesuruh Allah dan mereka yang memerintah kamu.” (An-Nisa (3):59)
Menurut Al-Qurtubi dalam Tafsir Al-Quran beliau, ayat tersebut merupakan perintah supaya umat Islam taat kepada pemerintah dalam tujuh perkara. Perkara pertama ialah penempaan dinar dan dirham; dan enam yang lainnya ialah penetapan berat dan ukuran, keputusan mahkamah, haji, Jumu’ah, dua Hari Raya dan Jihad. Dalam kata lain, urusan dinar ialah urusan agama Islam dan kedaulatan daulah Islam. Penggunaan dinar melambangkan kepatuhan kepada perintah Allah; bukan semata-mata urusan ekonomi.

Apakah Dinar Dan Dirham Kelantan sahaja yang boleh dijadikan matawang?

Tidak semestinya. Di sepanjang sejarah manusia terdapat pelbagai komoditi yang digunakan sebagai wang. Komoditi di atas termasuklah binatang ternak, bijirin, manik-manik, cengkerang, rokok, tembaga dan timah. Emas dan perak telah terpilih sejak berzaman sebagai matawang kerana mempunyaiciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagi, mudah dibawa, diterima khalayak ramai dan tidak mudah dimusnahkan. Imam Malik di dalam Kitab Al-Muwatta menjelaskan bahawa wang ialah apa-apa komoditi yang lazimnya diterima pakai sebagai bahan pertukaran.

Adakah Koin Kijang Emas sama dengan Dinar Kelantan?

Tidak sama. Spesifikasinya berbeza daripada Dinar Kelantan.Kijang Emas ialah koin emas seberat ¼, ½ dan 1 troy ounce yang dilancarkan Bank Negara Malaysia sekitar Julai 2001. 1 troy ounce adalah bersamaan 31.1 g, 1 Dinar Kelantan pula 4.25g.

Benarkah wang kertas seperti dolar Amerika, Yen Jepun dan ringgit Malaysia 100% disandarkan dan boleh disaling-tukar dengan emas?

Tidak benar. Berdasarkan sistem kewangan dunia kini, tiada satu pun mata wang nasional yang bersandarkan emas. Wang kertas hanya boleh ditukar dengan wang kertas yang lain. Sebagai contoh; jika seseorang ke bank pusat seperti Bank Negara Malaysia untuk menukarkan sekeping wang $100, beliau akan diberikan SAMA ADA 2 keping wang $50 ATAU 10 keping wang $10; ATAU 100 keping wang $1 tetapi tidak sama sekali ditukarkan dengan emas.

Adakah Dinar Kelantan sejenis Wang Fiat?

Dinar Kelantan bukan wang fiat, ianya alat tukar sukarela . Wang fiat adalah wang yang nilainya dikuatkuasakan oleh undang-undang negara. Wang fiat menjadi wang sah melalui perintah atau paksaan kerajaan. Wang fiat diperakukan sebagai medium melangsaikan hutang melalui undang-undang. Jika pemiutang tidak mahu menerima wang fiat sebagai bayaran melangsaikan hutang, beliau boleh dibawa ke mahkamah! Wang fiat merupakan nota janji kerajaan. Wang fiat sesuatu negara tidak menjadi wang sah di luar sempadannya kerana undang-undang sesebuah negara hanya berlaku di dalam sempadan nagara itu sahaja. Dinar Kelantan boleh diterima di mana saja, asal saja ada kesudian pembeli dan penjual.

Dinar Kelantan ialah koin emas, bukankah Ringgit disandarkan kepada emas?

Sandaran kepada “wang kertas BNM” atau lebih dikenali sebagai Ringgit adalah wang kertas yang lain; seperti Dollar Amerika, Yen Jepun, Euro dan seumpamanya. Emas cuma merupakan sebahagian kecil daripada rizab BNM, sekitar 1.5% (Cuma RM1.452 bilion daripada RM94.772 bilion; setakat 30 Jun 2010). Rujuk Bank Negara Malaysia

Mengapa perlu umat Islam beralih daripada wang kertas atau wang fiat kepada koin dinar seperti Dinar dan dirham Kelantan?

Mengapa tidak? Penggunaan dinar serta dirham adalah antara sunnah Rasul s.a.w. Selain daripada berpeluang mengikuti jejak langkah baginda,umat Islam dapat disatukan melalui penggunaan dinar yang tidak mengenal sempadan. Corak tempaan dinar mungkin berbeza-beza tetapi berat dan ketulenannya adalah serupa di serata pelusuk daulah Islamiah. Satu Dinar, Satu Ummah



Segerakan guna dinar emas


Merudumnya ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang berasaskan sistem ekonomi kapitalis menyebabkan banyak negara turut dilanda kegawatan ekonomi. Jatuhnya sebuah negara kaya seperti greece,perdana menteri dan menteri kewangannya meletak jawatan,disusuli menteri2nya,dan membentuk kerajaan sementara, dan yang terbaru negara italy,berlaku perkara yang sama, mengundang malapetaka yang sangat dasyat, huru hara dalam negara, demontrasi disana sini, rakyat menderita kelaparan dan sebagainya adalah natijah daripada kegagalan sistem bank pusat dan kejatuhan sistem kapitalis

Bagaimanapun, budaya ekonomi Islam sebenar adalah berasaskan dinar. Ini sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya. (ali-‘Imran: 75)
Ini mengingatkan kita kepada saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang penggunaan dinar emas pada tahun 2002.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto NAIM AZIZ menemu bual Dekan Institut Kewangan dan Perbankan Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera bagi mengupas isu ini.


Mega: Apakah peranan sektor perbankan dalam krisis kewangan global sekarang?

DR. AHAMED KAMEEL: Amat jelas bahawa sektor perbankan bertanggungjawab dalam kejatuhan sistem kewangan yang melanda dunia. Dalam hal ini, saya memetik kata-kata Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy iaitu, “laissez faire telah mati”.
Sektor perbankan dipertanggungjawabkan di atas krisis ini kerana banyak ‘mencipta wang’ tanpa had yang tidak disandarkan kepada apa-apa, pada kadar yang jauh lebih tinggi daripada kemampuan sebenar perkembangan ekonomi sesebuah negara sehingga menyebabkan bubbles.
Wang dan sistem kewangan amat berkaitan dengan penghasilan kekayaan. Dalam hal ini, institusi kewangan memainkan peranan penting. Ia memobilisasi simpanan sedia ada dan menyalurkan kepada para pelabur agar dapat digunakan untuk penghasilan kekayaan.
Sebab itu, peranan institusi kewangan ini tidak boleh dipandang remeh.
Namun, apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

Adakah perbankan Islam selamat daripada krisis ini?

DR. AHAMED KAMEEL: Buat masa ini, bank-bank Islam kelihatan stabil dan mampu mengatasi krisis memandangkan mereka tidak melabur dalam instrumen hutang seperti tanggungan hutang berasaskan kolateral (collateralized debt obligations) atau instrumen derivatif (credit default swaps) yang menyebabkan kejatuhan sistem kewangan.

Bagaimanapun, semua bank adalah saling berkaitan antara satu sama lain melalui rangkaian transaksi perakaunan. Oleh itu, kejatuhan bank-bank konvensional akibat pengecutan kredit (credit crunch) akan juga menjejaskan perbankan Islam.
Pada masa ini, perbankan Islam telah bergabung dengan perbankan konvensional. Oleh kerana itu, mereka saling berkaitan melalui rekod-rekod perakaunan. Ini mengakibatkan bank yang mengamalkan sistem perbankan Islam kurang berdaya tahan dalam menangani kemelesetan kewangan global.

Sebagai rakan kongsi bank konvensional, bank Islam turut beroperasi dalam ruang lingkup sistem perbankan rezab berkadar (fractional reserve banking) yang menggunakan ‘wang fiat’ yang tidak disandarkan dengan komoditi sebenar seperti emas dan perak.

Bagaimana penggunaan dinar emas boleh mengatasi kerapuhan kredit yang dialami sekarang?

DR. AHAMED KAMEEL: Jika bank dan kewangan Islam mahu memainkan peranan yang lebih bermakna ke arah peningkatan ummah, ia harus kembali kepada bentuk asal. Menyandarkan wang kepada ekonomi benar melalui komoditi utama.

Sekarang adalah masa yang sesuai memperkenalkan dinar emas sebagai mata wang. Ia boleh mengelakkan penghasilan wang yang akan mewujudkan bubbles. Tanpa usaha dan langkah tersebut adalah mustahil memerangi masalah kemelesetan ekonomi global.
Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah melihat kebaikan dinar emas untuk digunakan sebagai wang seragam dan sama nilai sejak 2002 lagi. Tetapi pada ketika gagasan ini agak baru, dipandang remeh dan dilihat sebagai saingan dan meniru euro dolar di Eropah. Ramai yang tidak percaya dolar AS akan runtuh sebagai mana hari ini.

Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar. Dinar emas telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya.
Dalam ekonomi, dinar boleh berperanan untuk meningkatkan serta mempertahankan kekayaan. Emas juga tidak mudah runtuh dan nilainya akan meningkat semasa inflasi. Bukan seperti mata wang di mana semasa inflasi nilainya akan jatuh.

Saya yakin apabila harga barang diletakkan pada kadar emas inflasi tidak akan berlaku. Emas tidak boleh dicipta sesuka hati dan nilainya bukan sahaja tetap, tetapi ia juga tidak mudah rosak walaupun ditanam beratus-ratus tahun lamanya. Sebab itu, selepas krisis ekonomi pada tahun 1997 akibat penyangak mata wang George Soros, kerajaan mengenalpasti bahawa dinar emaslah penyelesaiannya.

Penggunaan dinar emas bukan bermakna kita mesti memikul emas setiap kali berurus niaga. Sebaliknya, ia menjadi asas kepada kedudukan simpanan kewangan kita.
Antara mekanisme berbelanja ialah mewujudkan sistem pembayaran emas elektronik seperti kad debit yang digunakan sekarang. Dengan itu, kita boleh berbelanja tanpa menggunakan wang fizikal.

Spekulator mata wang pun tidak boleh membuat spekulasi sebab dinar emas ini adalah benar bukan seperti wang yang boleh dicetak sesuka hati yang tiada nilai intrinsik.
Contohnya, Semasa Perang Vietnam 1969-1975, AS dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan.

Ironi dalam hal ini adalah tidak yakinnya negara-negara Islam termasuk anggota OIC menggunakan dinar emas. Bagaimana mengatasinya?

DR. AHAMED KAMEEL: Antara sebab paling kuat adalah kita sudah terlalu lama dalam sistem kewangan sedia ada. Kita sangka sistem perbankan AS itu yang terbaik.
Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua mata wang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan mata wang AS.
Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan. Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.

Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya. Ia runtuh dalam pemerintahan Uthmaniah yang membuat pinjaman wang dari Britain.

Jangan kita bimbang membebaskan diri daripada sistem kewangan konvensional yang mengamalkan riba. Ingatlah firman Allah yang bermaksud: Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu... (al-Baqarah: 279)

Dinar emas disasarkan kepada negara-negara Islam yang menyertai Persidangan Negara-negara Islam (OIC). Dinar emas diharap menjadi mekanisme pasaran global yang dapat mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Negara-negara Islam yang banyak mengeksport petroleum diharap dapat menjayakan wawasan murni yang pernah digunakan oleh Rasulullah.

Apabila kita terima dolar sebagai mata wang antarabangsa, mereka boleh menciptanya begitu sahaja lalu membeli barang dari seluruh dunia. Itulah yang akan dilakukan dengan wang pembiayaan AS700 bilion dan beberapa trilion oleh Federal Reserve bagi menangani krisis kewangan termasuk Lehman Brothers di AS.
Saya berharap kerajaan boleh memberi sedikit dana untuk kita membangunkan dinar emas ini. Ia supaya sistem ini dapat dibangunkan dalam masa dua tahun ini di mana yang dijangkakan pengangguran akan bertambah.

Jika kita melaksanakan suruhan Allah, insya-Allah kita akan dipelihara daripada kesulitan. Malah diberi rezeki daripada pelbagai cara. Allah berfirman yang maksudnya: Jika sekiranya penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan ayat-ayat kami itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya. (al-A’raaf: 96)

Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang maksudnya: Dan jika mereka sungguh-sungguh menjalankan (hukum) Taurat, Injil dan (al-Quran) yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, nescaya mereka akan mendapat makanan dari atas mereka dan dari bawah mereka...(al-Maidah: 66)

Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah pula. Jadi tiada sebab kenapa 50 peratus daripada negara Islam patut hidup dalam kemiskinan. Kini masanya sudah tiba untuk kita ubah sikap kita, mengubah sistem kewangan kita kepada yang asal, bersih dari riba dan menadah rahmat kurnia dari Tuhan kita.

SEKARANG... INILAH HASILNYA!!!

PLN Yunani Sabotase Aliran Listrik ke Kantor Pemerintah
Rabu, 16 November 2011 16:31 WIB
Today Analysis Forex
• Akankah Pelemahan GBPUSD Berlanjut ke 1.5660?
• USDCHF Masih Solid Dalam Channel Bullish
• EURUSD Berpotensi Rebound Sebelum Turun Lebih Jauh
• EUR: Cenderung Bearish, Bidik 1.3311
• GBP: Terpuruk, Pecah Resistance 1.5800, Potensial ke 1.5866
Monexnews - Pekerja di perusahaan milik negara melakukan sabotase terhadap kantor pemerintahan Yunani. Karyawan perusahaan listrik memutus pasokan energi ke Departemen Kesehatan karena institusi bersangkutan belum kunjung membayar tunggakan jutaan euro.
Para pekerja, yang berasal dari serikat buruh GENOP, memutus aliran listrik selama 4 jam. Mereka menuntut instansi pemerintah itu melunasi tagihan dari Public Power Corporation (PLN negara Yunani) senilai 3,8 juta euro. Sedangkan total tagihan pemerintah pusat kepada PPC sudah mencapai 141 juta euro.
Kementerian kesehatan di Athena mengatakan bahwa sambungan listrik akan kembali normal pada siang hari waktu setempat. Pekerja PPC juga memprotes pajak properti baru terhadap penggunaan listrik rumah tangga. Dalam aturan itu, pihak yang tidak membayar tagihan listrik akan langsung terkena pemutusan aliran. Hal itu sangat memberatkan warga yang saat ini tertekan oleh himpitan ekonomi nasional. Besaran pungutan baru ditetapkan antara 50-20 sen euro per meter persegi. Kebijakan baru itu diharapkan mampu memberi pemasukan segara sekitar 2 miliar euro di akhir tahun.
"Pajak itu sulit diterima," ujar Presiden GENOP, Nikos Fotopoulos kepada media Kathimerini. Ia menilai kebijakan sebagai upaya jalan pintas di saat pemerintah sendiri gagal melunasi tagihan listriknya.

"BERSAMA KEMBANGKAN ILMU EMAS"

Yang Benar,

            shahril rakeb
.............................................
Shahril Rakeb
Pengurus II
Wakalah NNM GOLD RESOURCES,KGT
(Rangkaian Wakalah - QSSR GOLD RESOURCES)
H/P: 017-685 4189

DINAR KGT LEBIH TERJAMIN TULEN!!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sekadar berkongsi maklumat.....
KGT mendapat pengiktirafan dari "World Islamic Mint" @ WIM adalah bagi mengelakkan perkara-perkara PENIPUAN sebegini....Jadi inilah hasilnya...


Jangan terlalu ghairah serta 'degil' melabur dan membeli emas dari syarikat TIDAK 

BERLESEN', khususnya apabila emas yang dijual TIDAK dibenarkan di buka dari sampul 

atau bar code tertentu. Bimbang nanti emas palsu sebegini yang dibeli rupanya. Luarnya 

kelihatan emas, dalamnya palsu.





"BERSAMA KEMBANGKAN ILMU EMAS"

Yang Benar,
 
            shahril rakeb
.............................................
Shahril Rakeb
Pengurus II
Wakalah NNM GOLD RESOURCES,KGT
(Rangkaian Wakalah - QSSR GOLD RESOURCES)
H/P: 017-685 4189

Maklumat Terkini Status Penyiasatan Terhadap Genneva Malaysia Sdn Bhd

Embargo : Untuk Siaran Segera    

Maklumat Terkini Status Penyiasatan Terhadap Genneva Malaysia Sdn Bhd

Susulan serbuan baru-baru ini terhadap beberapa syarikat yang disyaki mengendalikan skim pelaburan haram menggunakan emas, agensi penguatkuasaan dengan ini  memberikan maklumat terkini seperti yang berikut, khususnya berkaitan dengan penyiasatan terhadap Genneva Malaysia Sdn Bhd.

Laporan awal perakaunan forensik telah menunjukkan kerugian besar yang dialami syarikat itu pada tahun 2012 dan syarikat tersebut mempunyai liabiliti melebihi 10 kali asetnya. Operasi sebenar syarikat tersebut iaitu menjual emas pada kadar kira-kira 20-25 peratus lebih tinggi daripada pasaran, membayar pulangan kira-kira 2-3 peratus sebulan kepada pelanggan dan membeli balik emas daripada pelanggan pada harga asal belian emas tidak merupakan sesuatu yang dapat dikekalkan.  Dalam keadaan sedemikian, aliran tunai yang membolehkan syarikat meneruskan operasinya banyak bergantung pada wang pelaburan daripada pelanggan baharu.

Dokumentasi yang disita menunjukkan bahawa lebih daripada 8,000 pelabur syarikat tersebut yang telah membuat pembayaran untuk pelaburan emas masih belum menerima emas mereka yang jumlahnya melebihi 4,000 kilogram. Selain itu, didapati bahawa terdapat pelabur yang telah menyerahkan emas mereka kepada syarikat tersebut tetapi masih belum menerima bayaran balik tunai yang jumlahnya melebihi RM80 juta.

Agensi-agensi penguatkuasaan telah menerima banyak rayuan daripada pihak yang terlibat dengan Genneva Malaysia Sdn Bhd untuk melepaskan wang yang dibekukan (RM99.8 juta) dan emas yang disita (126 kilogram) yang disimpan sebagai bukti 1 bagi kesalahan yang disyaki. Wang dan emas tersebut dikehendaki untuk tujuan penyiasatan dan hanya akan dilepaskan dengan arahan mahkamah. Orang ramai dinasihati supaya merujuk kepada sesawang Bank Negara Malaysia untuk maklumat lanjut.  Maklumat lanjut akan diberikan mengikut perkembangan siasatan. Semua usaha sedang dibuat untuk mempercepatkan siasatan bagi mencapai penyelesaian awal. 


Kenyataan bersama oleh:
Bank Negara Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
3 Disember 2012



1 Angka awal yang dikeluarkan mengenai emas yang disita (142.7 kilogram) dan wang yang dibekukan dalam akaun bank dan wang tunai (berjumlah RM101.92 juta) merujuk kepada semua empat syarikat yang disyaki menjalankan skim pelaburan haram menggunakan emas, termasuk Genneva Malaysia Sdn Bhd
Bank Negara Malaysia
03 Disember 2012

KERUGIAN PELABURAN EMAS SEPANJANG TAHUN 2012

Dipetik dari website : http://www.hargaemas.com.my/kerugian-pelaburan-emas-sepanjang-2012

Tahun 2012 ini adalah tahun yang cukup suram untuk pelaburan dan perniagaan emas, bukan sahaja kerana kejatuhan pasaran emas tetapi juga krisis-krisis skim pelaburan yang merugikan ramai pihak dan  syarikat emas sendiri. Laporan akhbar menyiarkan lebih dari 20 syarikat emas diserbu pihak berkuasa dan beratus lagi disenarai hitam Security Commision (SC), anggaran kasar kerugian yang dialami  warga Malaysia berkemungkinan melebihi RM15 bilion sepanjang tahun ini.

Genneva-Gold-Investors-Scammed

Antara kerugian-kerugian terbesar dicatatkan didalam dunia pelaburan emas sepanjang tahun 2012.

1. Krisis Bestino Golden House (Kerugian dianggarkan RM411 Juta, 7000 Individu terlibat)
Syarikat pelaburan emas Bestino mula beroperasi sekitar tahun 2008 dengan skim pembelian jongkong emas bernilai RM10,000 – RM50,000 dan juga terbitan 400 juta saham tanpa kelulusan SC.  Skim pelaburan Bestino ini menjanjikan pulangan dividen sebanyak 36% setahun menarik minat 6740 orang ramai untuk melabur,
Operasi pelaburan Bestino mula mengalami masalah apabila disiasat Security Commision pada awal tahun 2011 apabila Empat pengarah syarikat Bestino didakwa di Mahkamah Ipoh atas kesalahan pengubahanan wang haram dan menyebabkan aset mereka dibekukan. Pada awal tahun 2012, syarikat tidak dapat membayar dividen 3% bulanan kepada pelabur menyebabkan pelabur memberi tekanan untuk memulangkan kembali capital mereka. Pada pertengahan 2012, pengarah syarikat berjanji untuk mencairkan ‘aset’ mereka di luar negara yang bernilai hampir ‘400 juta’ untuk tujuan membayar balik modal pelabur tetapi membatalkan kembali kerana bimbang  wang yang dibawa masuk akan dibekukan semula Bank Negara. Krisis antara syarikat dan pelabur masih berlanjutan dan belum dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.

2. Penipuan emas (tungsten) di dalam Ar-Rahnu. (Kerugian RM80 juta, ratusan terlibat)
Pada April 2012, seorang pemilik kedai emas membuat laporan polis mendakwa diperdayakan pihak Pajak Gadai Ar-Rahnu di sebuah bank di Bandar Ipoh, mangsa yang membeli kira-kira 2kilogram emas dari pelanggan mendakwa emas yang dibeli sebenarnya campuran tungsten-emas dan disahkan pusat peleburan emas. Ekoran laporan yang dibuat, pihak bank terbabit memeriksa seluruh cawangannya di Malaysia dan menemui kira-kira ratusan emas palsu yang bernilai hampir RM80 juta didalam akaun emas Ar-Rahnu. Sindiket yang melakukan penipuan ini masih dibawah siasaran serta turut melibatkan pihak dalaman bank itu sendiri.

3. Pelaburan emas 999 padu dan Jongkong Emas 999.9 (Kerugian lebih RM2billion, >20,000 terlibat)
Pelaburan emas 999  melibatkan lebih ramai pelabur berbangsa melayu bermula sekitar awal 2010 menggunakan Jongkong Emas Pamp Suisse 999.9 dan juga emas padu 999, skim pelaburan ini tidak diuruskan mana-mana syarikat dan lebih berbentuk perniagaan jual beli emas, Pada tahun 2011 harga emas naik ke kemuncaknya pada bulan September, kenaikan harga emas yang tinggi ini menarik minat beribu pelabur baru untuk membeli emas. Dari spekulasi Bank-bank utama di Malaysia berkenaan kenaikan harga hingga mencecah RM400/gram dalam tempoh masa singkat, mendorong ramai pelabur menukar portfolio mereka kepada emas.
Tetapi  sayangnya, walaupun spekulasi berterusan dari broker dan penganalisis pasaran, harga emas hanya mampu bertahan beberapa bulan sebelum jatuh teruk pada awal 2012 ekoran kejatuhan ekonomi eropah, ramai pelabur yang membeli ketika harga puncak tersebut terpaksa menanggung kos simpan emas atau menerima risiko emas mereka akan dilelong apabila tamat tempoh waktu simpanan.  Akhirnya pelabur terpaksa mengeluarkan emas dan menyimpannya sendiri dan ramai juga yang terpaksa menjual emas mereka untuk mengelak terus membayar upah simpan.

4. Pelaburan Emas Genneva (Kerugian lebih RM10bilion, >50,000 terlibat)
Pelaburan emas ini diuruskan oleh Genneva Malaysia Sdn Bhd , sebuah syarikat  berpangkalan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur  melibatkan ramai pelabur VVIP dan pelabur berbangsa cina.  Didalam bentuk pelaburan  ini , Genneva menjanjikan pelabur pulangan dividen (2%) setiap bulan dalam bentuk hibah selagi emas disimpan pelanggan dalam tempoh 6 bulan, selepas tamat  6 bulan pelabur boleh menjual emas semula kepada Genneva dengan harga belian dahulu, ataupun membeli semula dan  terus menikmati pulangan hibah 2% setiap bulan.
Pada bulan Oktober 2012, pihak berkuasa Malaysia dan Singapura menyerbu pusat operasi Geneva Malaysia Sdn Bhd dan Geneva Pte Ltd dan merampas kira-kira 200kg emas dan wang tunai yang belum diserahkan kepada pelabur.
Oleh kerana pelaburan emas Genneva melibatkan amaun yang besar, kes emas Genneva beberapa kali kedengaran di sidang parlimen dan tekanan berterusan kepada Kementerian Kewangan serta Bank Negara Malaysia yang terlibat dalam operasi keatas syarikat.. Kes emas Genneva masih didalam siasatan dan kerugian yang dicatatkan merupakan terbesar dalam pelaburan emas Malaysia tahun ini.

"BERSAMA KEMBANGKAN ILMU EMAS"

Yang Benar,
 

            shahril rakeb
.............................................
Shahril Rakeb
Pengurus II
Wakalah NNM GOLD RESOURCES,KGT
(Rangkaian Wakalah - QSSR GOLD RESOURCES)
H/P: 017-685 4189