PENGHINAAN YANG TIDAK SEPATUTNYA!!!!


Published On: Thu, Jun 21st, 2012

Skandal KGT: Kerajaan PAS Kelantan Diminta Beri Penjelasan




Kerajaan PAS Kelantan telah diminta untuk memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu urus niaga dinar dan dirham yang kini menjadi isu di negeri itu.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata penjelasan adalah perlu bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri tersebut di dalam pelaksanaan urus niaga di pasaran yang telah menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat.
“Ia untuk mengelak kekeliruan di kalangan rakyat yang tidak mendapat penjelasan sebenar mengenai perkara itu terutama apabila iannya sudah menjadi isu selepas beberapa laporan polis dibuat berhubung perkara berkenaan,” katanya kepada pemberita pada majlis Malam Anugerah Kecemerlangan Mahsiswa dan Malam Pra Graduan 2012 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini malam Rabu.

Turut hadir ialah Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Prof Madya, Dr Mohd Shukri Omar.
Laporan media, Rabu, melaporkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah mendesak kerajaan Kelantan supaya menggantung urus niaga dinar dan dirham bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan sepenuhnya terhadap apa yang didakwa sebagai berlaku ‘skandal mata wang syariah’ di negeri ini.

Mereka juga meminta Datuk Husam Musa selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri menjelaskan mengenai isu itu.
Isu berkenaan timbul selepas tiga laporan polis dibuat terhadap dakwaan berlaku salah laku yang membabitkan seorang daripada pegawai kanan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) iaitu sebuah syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Ketiga-tiga laporan polis itu dibuat oleh bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad pada 31 Januari lepas, seorang pelabur Jepun, Takao Kono pada 28 Mei dan seorang rakyat Perancis, Mohamed Esfih pada 1 Jun.

Terdahulu dalam ucapanya, Mohd Fatmi yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Baharu meminta pelajar supaya mensyukuri nikmat pembangunan yang diberikan melalui institusi pendidikan itu.
Katanya kerajaan membelanjakan kira-kira RM3 bilion setahun untuk membiayai kira-kira 200,000 pelajar UiTM di seluruh negara di mana bagi setiap pelajar, kerajaan membelanjakan RM15,000. – BERNAMA

:- PERLUKAH SAMPAI EDIT FOTO MCM 2??
SEBAGAI UMAT,PERLU BERSATU...BUKAN SALING BENCI-MEMBENCI,KATA-MENGATA..
http://peraktoday.com/wp/?p=69595

Wallahualam...

HARGA DINAR TERTINGGI SEJAK 28 NOVEMBER 2011...

 
HARGA DINAR KGT TERTINGGI SEJAK 28 NOVEMBER 2011... HAMPIR 10 BULAN!!! 
1 Dinar : RM 839.00 
1 Dirham : RM 25.00 
Last update: Saturday, 22 Sep 2012 12:00:02 AM (Malaysia)
Take Profit sebelum turun lagi..... hubungi Shahril Rakeb 017-685 4189

 
 
STRATEGI PELABURAN EMAS 1. Pengaruh Spread Produk Emas Kepada Pelaburan Anda

 

Tahukah anda, bahawa Spread / Potongan harga jualan semula / atau susut nilai produk emas pelaburan yang anda pilih amat berpengaruh besar kepada pelaburan anda? Perhatikan pada graf harga emas diatas.
Saya andaikan si A, B, C, D, E dan F bersama2 membeli emas bagi pelaburan mereka. Kesemuanya membeli emas pada waktu dan paras harga yang sama iaitu sekitar $1600/oz, tetapi produk emas yang mereka pilih berbeza diantara satu sama lain, sekaligus menjadikan spread produk pelaburan mereka juga berbeza-beza. Si A memilih produk emas dengan kadar spread sebanyak 2.5%, dan ini menyebabkan dia meraih keuntungan hanya dalam beberapa hari selepas membuat belian, iaitu sebaik sahaja harga emas naik melepasi paras harga $1640/oz.

Si B memilih produk emas dengan kadar spread sebanyak 3.0%, dan ini menyebabkan dia meraih keuntungan hanya dalam beberapa hari selepas si A meraih keuntungan, iaitu selepas harga emas naik melepasi paras harga $1648/oz.

Si C memilih produk emas dengan kadar spread sebanyak 3.5%, menyebabkan dia meraih keuntungan hanya dalam beberapa hari selepas si C meraih keuntungan, iaitu selepas harga emas naik melepasi paras harga $1656/oz.

Si D memilih produk emas dengan kadar spread sebanyak 10%, menyebabkan dia terpaksa menunggu hampir 6 bulan untuk mula meraih keuntungan, iaitu selepas harga emas naik melepasi paras harga $1760/oz.

Si E memilih produk emas dengan kadar spread sebanyak 15%, menyebabkannya masih belum meraih sebarang keuntungan walaupun telah menunggu hampir setahun kerana harga masih gagal melepasi paras harga $1840/oz.

Si F memilih produk emas dengan kadar spread sebanyak 20%, dan terpaksa menerima hakikat yang pelaburan emasnya hanya akan mulai untung mungkin pada tahun berikutnya kerana beliau perlu menunggu paras harga emas melepasi sekitar $1920/oz. (by: Mohd Faizan dasuk)


"BERSAMA KEMBANGKAN ILMU EMAS"

Yang Benar,
            shahril rakeb
.............................................
Shahril Rakeb
Pengurus II
Wakalah NNM GOLD RESOURCES
,KGT
(Rangkaian - QSSR GOLD RESOURCES)
H/P: 017-685 4189

Emas Dijangka Cecah RM6,100 Seauns

Ruang Niaga Kosmo - Khamis 20 September 2012

PETALING JAYA - Rangkaian runcit barangan kemas terbesar di Malaysia, Poh Kong Holdings Sdn Bhd. (Poh Kong), menganjurkan harga emas di Pasaran global meningkat kepada AS$1,800 (RM5,490) seauns (31.2 gram) menjelang akhir tahun ini.
Antara faktor yang memacu statistik tersebut ialah sentimen yang kian bertambah terhadap jaminan aset termasuk emas.
Pada masa ini,emas dijual pada harga AS$1,770 (RM5,398) bagi 31.2 gram.
Pengarah Eksekutif Poh Kong, Ermin Siow berkata, harga akan kekal menggalakkan sehingga tahun 2015 dan yang pastinya tahun hadapan ia akan mencecah AS$2,00 (RM6,100) bagi 31.2 gram.
Menurutnya, kebimbangan berterusan terhadap ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan negara utama yang lain seperti CHina akan pastinya menjadi pemacu kepada harga-harga emas pada masa akan datang.
"Walaupun lebih daripada 60 peratus perdagangan dunia ditransaksikan dalam dolar AS yang tidak menentu nampaknya akan membataskan peningkatannya.
"Suntikan modal ketiga yang dilaksanakan oleh kerajaan juga tidak menunjukkan apa-apa tanda pembaharuan kepada ekonomi negara, jadi, ini mendesak para pelabur untuk membeli banyak emas dan bukan dolar AS," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media mengenai Tinjauan Trend Permintaan Emas di sini semalam.
Siow menerangkan, trend meningkat dalam pembelian emas untuk dibuat pelaburan juga telah melonjakkan melonjakkan harga emas baru-baru ini.
Tambah beliau, permintaan global untuk tujuan pelaburan naik 14.4 peratus untuk tahun akhir 30 Jun 2012.
Selain itu, Siow menerangkan, jumlah eksport barangan kemas (emas, perak dan platinum) tahun lepas meningkat8.8 peratus kepada RM5.841 billion daripada RM5.368 billiom pada 2010, dengan Emiriah Arab Bersatu menjadi pasaran eksport terbesar.
China pula merupakan pengeluar emas terbesar di dunia berdasarkan kepada potensi rizab emasnya, juga merupakan pasaran terbesar untuk komoditi berikutan asas populasinya yang terbesar, mengambil tempat India tahun lepas.

DINAR TRLARIS DI PASARAN!!!


DINAR TERLARIS DIPASARAN, BAGI TUJUAN MUAMALAT, PELABURAN DAN PERNIAGAAN,
UNTUK DAPATKAN HUBUNGI KAMI!!!

1. DINAR KERAJAAN NEGERI PAHANG (916/22K/4.25G)



2. DINAR KERAJAAN NEGERI PERAK (999.0/24K/4.25G)



3. DIRHAN KERAJAAN NEGERI PERAK (999/2.175G)



4. DINAR SRI AYU/ MAKKAH (916/22K/4.25G)



5. DINAR GCP (999/24K/4.25G)



6.DINAR PUBLIC GOLD (916/22K/4.25)




7. DINAR MUSLIM



8. DINAR KELANTAN GOLD (PARADISE) 916/22K/4.25G




Kenyataan Media Puan Hajjah Nik Mahani Mohamed

UNTUK EDARAN

KENYATAAN MEDIA NIK MAHANI MOHAMED
Saya percaya rakyat malaysia amnya adalah rakyat yg berakal dan boleh memahami semua perkara dengan saksama.

Tindakan Polis Kelantan menutup siasatan kes jenayah dan jenayah komersil ke atas KGT bukanlah bererti Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) dan pengurusannya tidak bersalah kerana ianya di gugurkan atas sebab kes-kes laporan dibuat oleh orang awam. Di dalam kes melibatkan syarikat, polis memaklumkan hanya akan bertindak terhadap laporan yang dibuat oleh pemilik atau Ahli Lembaga Pengarah syarikat sendiri.

Jika tiada apa yang hendak disembunyikan mengapa Pengerusi KGT, YB Dato’ Haji Husam Bin Musa baru-baru ini membuat kenyataan mengelirukan kepada media dengan mengakui bahawa KGT hanyalah syarikat berasaskan keuntungan dan dinar & dirham KGT setaraf dengan barang perhiasan sahaja. Sedangkan,

Pada 12 Ogos 2010, KGT telah melancarkan dinar & dirham itu sebagai matawang syariah dan mendapat pujian dunia kerana bertindak berani mahu mengembalikan matawang syariah.
KGT menyenaraikan 1,000 kedai dan premis yang menjalankan transaksi menggunakan dinar & dirham KGT.
KGT membiayai program-program yang mempromosikan dinar & dirham KGT sebagai ‘matawang alternatif’.
Saya sebagai bekas Pengarah Eksekutif KGT bersama ratusan aktivis merasa tertipu oleh kenyataan Pengerusi KGT tersebut. Kami telah menghabiskan masa dan tenaga terlibat dalam pelbagai program secara sukarela untuk mempromosikan agenda KGT iaitu menyahut seruan Allah S.W.T ke arah penghapusan riba dengan membawa kembali matawang syariah di abad ini.

Saya berpendapat menerusi kenyataan Pengerusi KGT baru-baru ini, beliau telah mengakui bahawa KGT telah mengelirukan rakyat dan para peniaga dengan niat sebenar penjualan dinar & dirham Kelantan oleh KGT.

Ianya tidak lain dan tidak bukan sekadar memperdagangkan tuntutan Islam dengan tujuan meraih kepentingan peribadi pihak-pihak tertentu.
Menerusi kenyataan itu bererti dinar & dirham KGT tidak ada bezanya berbanding koin-koin emas dan perak yang berada di pasaran termasuklah yang ditempa oleh pihak bukan Islam.
KGT tidak seharusnya mengambil tindakan undang-undang ke atas media massa dan saya kerana hasrat kami adalah mempertahankan intergriti KGT sebagai pengeluar matawang syariah.

Sebaliknya sekiranya KGT dan pengerusinya ikhlas menjaga nama baik KGT, mereka sepatutnya membuat laporan polis ke atas Umar Ibrahim Vadillo, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif KGT dan Penasihat syarikat tersebut, atas sebab-sebab berikut,

Memesongkan pemahaman umat Islam terhadap piawaian World Islamic Mint (WIM) yang Umar Ibrahim Vadillo juga adalah pemilik dan pengarah urusannya.
Umar Ibrahim Vadillo menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KGT untuk memberi faedah kepada World Islamic Mint. Selain menerima gaji dari KGT, Umar juga menerima komisen yang dipanggil royalti yang dibayar oleh KGT kepada WIM.
Umar Ibrahim Vadillo telah menggunakan nama KGT untuk mencari dana luar bagi membiayai aktiviti-aktiviti dan cita-citanya termasuklah yang mengakibatkan seorang warga Jepun kehilangan wang berjumlah USD 1 juta.
Hanya dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap Umar Ibrahim Vadillo sahaja Pengerusi KGT dan KGT sendiri boleh membersihkan namanya dari sebarang keraguan bersekongkol dengan Umar dan aktivitinya.

Akhir sekali saya berharap kemelut yang melanda ini tidak akan menjejaskan kepercayaan umat Islam terhadap pentingnya matawang dinar & dirham bagi membersihkan diri dari riba yang menyelubungi dunia kewangan hari ini. Insiden yang berlaku lewat ini bukanlah akibat kecacatan di dalam matawang syariah tetapi adalah disebabkan kelemahan kita sebagai manusia.

Saya menyeru umat Islam di Malaysia dan pertubuhan-pertubuhan serta parti-parti politik Melayu untuk bersatu memajukan dinar & dirham sebagai matawang syariah abad ini.

Wasaalam wrt wbrt.

Nik Mahani Mohamed

Dinar KGT........sambungan...


KELEBIHAN DINAR KGT

1. Dinar KGT mudah dijual semula dan bukan pada Wakalah yang kita beli Dinar tersebut sahaja, malah mana-mana Wakalah yang berdaftar sebagai PENGEDAR SAH (atas budi bicara Wakalah walaupun Dinar Emas tersebut dibeli dari Wakalah lain dan disertakan resit rasmi pembelian wakalah) serta mana-mana Ar-Rahn PKB seluruh Malaysia tanpa perlu mengemukakan resit pembelian dari mana-mana Wakalah kerana Ar-Rahn PKB adalah Agensi di bawah Kerajaan Negeri Kelantan.

klik :
Zon Timur   - Kelantan                        http://www.arrahn.pkb.net.my/rangkaian/kelantan
                   - Pahang                           http://www.arrahn.pkb.net.my/rangkaian/pahang

Zon Tengah - Kuala Lumpur               http://www.arrahn.pkb.net.my/rangkaian/zon-tengah

Zon Utara   - Kedah.Perlis/P.Pinang    http://www.arrahn.pkb.net.my/rangkaian/zon-utara

2. Dinar KGT adalah SEPENUHNYA dibawah KERAJAAN NEGERI KELANTAN dan bukan keluaran dari mana-mana Syarikat Pengedar dan Pengeluar Emas Fizikal sebagai contoh Kedai Emas Husin (sebagai contoh) atau mana-mana syarikat emas yang lain.

3. Adalah diuruskan oleh orang melayu bumiputra dan secara langsung boleh membuktikan orang melayu BOLEH BERJAYA.



"BERSAMA KEMBANGKAN ILMU EMAS"

Yang Benar,

            shahril rakeb
.............................................
Shahril Rakeb
Pengurus II
Wakalah NNM GOLD RESOURCES
,KGT
(Rangkaian - QSSR GOLD RESOURCES)
H/P: 017-685 4189
www.kuasaemaskini.blogspot.com

Dinar KGT

Dinar KGT sudah hampir lebih 5 tahun saya dalam urusan JUAL-BELI. Kenapa saya buat sedangkan ada yang murah dari Dinar KGT???

Sebenarnya ialah ia adalah KUASA MEMBELI kita. Kita berminat atau tidak semua adalah diatas tangan kita sendiri. Itu yang UTAMA. Mahal pun tidaklah sampai MEMBEBANKAN. Sama seperti kita membeli BARANG KEMAS di kedai-kedai emas seperti POH KONG, HABIB JUWELS,WAH CHAN dan sebagainya. Harga yang dijual adalah LEBIH TINGGI dari harga market dunia dan belum DITAMBAH lagi dengan KOS UPAH barang kemas tersebut.
Dinar KGT

Bagi saya lagi membebankan. TETAPI mengapa kita masih beli sedangkan kita sedia maklum harganya MAHAL dan ada kos upah yang TINGGI dan MEMBEBANKAN???... Kita masih mahu membeli KERANA kita BERMINAT dan KUASA MEMBELI ditangan kita dan bukan DIKAWAL oleh Kerajaan.

Yang menyebabkan Dinar KGT SEDIKIT mahal dari Dinar Public Gold, Sri AYu dan Dinar dari mana-mana syarikat emas yang ada mengeluarkan dinar emas adalah :-

1. Dinar KGT adalah emas yang ditempa dari DUBAI oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

2. Dinar KGT telah diDAFTARkan dibawah WIM (World Islamic Mint) iaitu Badan yang mengesahkan serta mengistiharkan bahawa Dinar KGT adalah TULEN EMAS 22K.

3. Kos pengangkutan dari DUBAI ke Malaysia selepas dikenakan TAX.

Dinar Public Gold
Dinar yang dikeluarkan oleh Syarikat-syarikat emas yang lain adalah EMAS TULEN juga kerana saya sendiri pun ada juga menyimpan serta membuat jual beli selain Dinar KGT kerana MASING-MASING ada KELEBIHAN tersendiri dan TIDAK BERMAKNA  ia BUKAN EMAS TULEN.

SUKA SAYA TEGASKAN DISINI.......

WIM (World Islamic Mint) adalah seperti HALAL.
Sebagai contoh :
Dinar Sri Ayu
Jika kita merupakan syarikat pengeluaran makanan packing dan menjual barangan makanan kita dipasaran..TETAPI masyarakat mengatakan bahawa barang makanan kita TIDAK HALAL untuk dimakan, adakah kita sebagai pengeluar suka mendengarnya???
Semestinya TIDAKKAN!!!

Jadi kita minta Jabatan-jabatan yang berkaitan untuk membuat ANALISA dan MENGSAHIHKAN barang makanan kita bagi mendapatkan pemohonan serta KELULUSAN HALAL bagi barangan yang kita jual dan FEES akan dikenakan setiap tahun bagi barangan keluaran syarikat kita tersebut dan MUNGKIN tidak termasuk GOVERNMENT TAX lagi.
Jadi itulah fungsi WIM sebagai Badan yang MENGISHTIHARKAN KUALITI DINAR EMAS KGT adalah BENAR-BENAR EMAS BERKELUTENAN 22K (karat).

Kelebihan Dinar KGT.....................................bersambung,


"BERSAMA KEMBANGKAN ILMU EMAS"

Yang Benar,




             shahril rakeb
.............................................
Shahril Rakeb
Pengurus II
Wakalah NNM GOLD RESOURCES
,KGT
(Rangkaian - QSSR GOLD RESOURCES)
H/P: 017-685 4189
www.kuasaemaskini.blogspot.com