HARGA DINAR KGT TERTINGGI SEJAK 28 NOVEMBER 2011... HAMPIR 10 BULAN!!!
1 Dinar : RM 839.00
1 Dirham : RM 25.00
Last update: Saturday, 22 Sep 2012 12:00:02 AM (Malaysia)
Take Profit sebelum turun lagi..... hubungi Shahril Rakeb 017-685 4189
STRATEGI PELABURAN EMAS 1. Pengaruh Spread Produk Emas Kepada Pelaburan Anda
Tahukah anda, bahawa Spread / Potongan harga jualan semula / atau susut nilai produk emas pelaburan yang anda pilih amat berpengaruh besar kepada pelaburan anda? Perhatikan pada graf harga emas diatas.
Saya andaikan si A, B, C, D, E dan F bersama2 membeli emas bagi pelaburan mereka. Kesemuanya membeli emas pada waktu dan paras harga yang sama iaitu sekitar $1600/oz, tetapi produk emas yang mereka pilih berbeza diantara satu sama lain, sekaligus menjadikan spread produk pelaburan mereka juga berbeza-beza. Si A memilih produk emas dengan kadar spread sebanyak 2.5%, dan ini menyebabkan dia meraih keuntungan hanya dalam beberapa hari selepas membuat belian, iaitu sebaik sahaja harga emas naik melepasi paras harga $1640/oz.
Si B memilih produk emas dengan kadar spread sebanyak 3.0%, dan ini menyebabkan dia meraih keuntungan hanya dalam beberapa hari selepas si A meraih keuntungan, iaitu selepas harga emas naik melepasi paras harga $1648/oz.
Si C memilih produk emas dengan kadar spread sebanyak 3.5%, menyebabkan dia meraih keuntungan hanya dalam beberapa hari selepas si C meraih keuntungan, iaitu selepas harga emas naik melepasi paras harga $1656/oz.
Si D memilih produk emas dengan kadar spread sebanyak 10%, menyebabkan dia terpaksa menunggu hampir 6 bulan untuk mula meraih keuntungan, iaitu selepas harga emas naik melepasi paras harga $1760/oz.
Si E memilih produk emas dengan kadar spread sebanyak 15%, menyebabkannya masih belum meraih sebarang keuntungan walaupun telah menunggu hampir setahun kerana harga masih gagal melepasi paras harga $1840/oz.
Si F memilih produk emas dengan kadar spread sebanyak 20%, dan terpaksa menerima hakikat yang pelaburan emasnya hanya akan mulai untung mungkin pada tahun berikutnya kerana beliau perlu menunggu paras harga emas melepasi sekitar $1920/oz. (by: Mohd Faizan dasuk)
Yang Benar,
1 comments:
Post a Comment