Emas Dijangka Cecah RM6,100 Seauns

Ruang Niaga Kosmo - Khamis 20 September 2012

PETALING JAYA - Rangkaian runcit barangan kemas terbesar di Malaysia, Poh Kong Holdings Sdn Bhd. (Poh Kong), menganjurkan harga emas di Pasaran global meningkat kepada AS$1,800 (RM5,490) seauns (31.2 gram) menjelang akhir tahun ini.
Antara faktor yang memacu statistik tersebut ialah sentimen yang kian bertambah terhadap jaminan aset termasuk emas.
Pada masa ini,emas dijual pada harga AS$1,770 (RM5,398) bagi 31.2 gram.
Pengarah Eksekutif Poh Kong, Ermin Siow berkata, harga akan kekal menggalakkan sehingga tahun 2015 dan yang pastinya tahun hadapan ia akan mencecah AS$2,00 (RM6,100) bagi 31.2 gram.
Menurutnya, kebimbangan berterusan terhadap ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan negara utama yang lain seperti CHina akan pastinya menjadi pemacu kepada harga-harga emas pada masa akan datang.
"Walaupun lebih daripada 60 peratus perdagangan dunia ditransaksikan dalam dolar AS yang tidak menentu nampaknya akan membataskan peningkatannya.
"Suntikan modal ketiga yang dilaksanakan oleh kerajaan juga tidak menunjukkan apa-apa tanda pembaharuan kepada ekonomi negara, jadi, ini mendesak para pelabur untuk membeli banyak emas dan bukan dolar AS," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media mengenai Tinjauan Trend Permintaan Emas di sini semalam.
Siow menerangkan, trend meningkat dalam pembelian emas untuk dibuat pelaburan juga telah melonjakkan melonjakkan harga emas baru-baru ini.
Tambah beliau, permintaan global untuk tujuan pelaburan naik 14.4 peratus untuk tahun akhir 30 Jun 2012.
Selain itu, Siow menerangkan, jumlah eksport barangan kemas (emas, perak dan platinum) tahun lepas meningkat8.8 peratus kepada RM5.841 billion daripada RM5.368 billiom pada 2010, dengan Emiriah Arab Bersatu menjadi pasaran eksport terbesar.
China pula merupakan pengeluar emas terbesar di dunia berdasarkan kepada potensi rizab emasnya, juga merupakan pasaran terbesar untuk komoditi berikutan asas populasinya yang terbesar, mengambil tempat India tahun lepas.

0 comments:

Post a Comment