Today Price Dinar & Dirham Kelantan (23.08.2011)


click : Dinar & Dirham Price
click : Graft Price Dinar Dirham

    1 Dinar : RM 859.00

       Last update:Tuesday, 23 Aug 2011 12:00:02 AM (Malaysia)

1 dirham : RM 25.00

Last update:Tuesday, 23 Aug 2011 12:00:02 AM

Today Price Dinar & Dirham Kelantan

Click :  Lihat Harga Semasa Dinar & Dirham Pada Hari Ini :



1 Dinar : RM 822.00

Last update:Thursday, 18 Aug 2011 12:00:02 AM (Malaysia)

            

         1 dirham : RM 25.00
              Last update:Thursday, 18 Aug 2011 12:00:02 AM (Malaysia)




Harga Tertinggi sebelum ini adalah 1 Dinar : RM820 pada 11 Aug 2011
Pada 12 Aug 2011 harga turun sedikit menjadikan 1 Dinar : RM818
Pada 13 Aug 2011 pula harga turun agak banyak menjadikan 1 Dinar : RM802
Pada 14 & 15 Aug 2011 merupakan 'market close'..maka tiada urus niaga dijalankan.
Selepas 'market close' harga dinar turun lg menjadikan 1 DInar : RM798 pada 16 Aug 2011
Kemudian,selepas harga turun begitu banyak, harga meniti untuk naik semula..begini lah cara harga DINAR ini naik dan turun...kita lihat...!!
Pada
17 Aug 2011, harga dinar semakin menaik..1 Dinar : RM815
Pada hari ini 18 Aug 2011...1 DINAR :RM822..
begini lah kenaikan harga bagi dinar ini...
turun dan naik...
Jadi sekarang harga 1 DINAR : RM822 adalah YANG TERTINGGI SETAKAT INI....

Saya tidak minta anda jd dealer...klu niat hati anda nk jadi dealer,saya alu-alukan..
Yang ingin saya tegaskan disini adalah
SIMPAN WANG KITA DALAM BENTUK DINAR & DIRHAM...LEBIH MENDATANGKAN MANFAAT!!
Pengalaman saya pada Tahun Baru Cina tahun ini (3 Feb 2011)...harga 1 Dinar : RM621..
Sekarang 1 Dinar  : RM 822..
Bermakna dalam tempoh 6 bulan...Kenaikan harga Dinar adalah RM201
Kalau kita ada simpan satu keping dinar,keuntungan kita adalah RM 201..
kalau kita ada simapan 10 keping Dinar...???bermakna kita sudah untung RM2010..
Simpan dalam bentuk dinar & dirham adalah simpanan ASET yg terbaik..
Wang kita tidak akan meningkat..!!setahun lagi pun tidak akan meningkat..TETAPI EMAS????
hmm....sama-sama kita fikirkan dan ubah persepsi ini...simpan lah sedikit kawangan kita dalam EMAS/JONGKONG/DINAR..
kerana.........EMAS ADALAH KALIS INFLASI....!!
Saya sendiri pun bukan org yg kaya..bukan org senang...saya sendiri pun bekerja makan gaji..
Sekarang ini saya amalkan simpan 1 Dinar SEBULAN sebagai bekalan saya untuk BERKAHWIN!!
Dalam masa 1 TAHUN...percaya atau tidak saya mampu simpan RM10K dalam tempoh  1 TAHUN!!
Itulah realitinya KUASA EMAS @ DINAR...
Sama-sama fikirkan demi masa depan..
Insya'allah....!!!


Click : Lihat Perubahan Harga Emas Dari bulan Januari 2011 - Ogos 2011

Hari Zakat Dinar & Dirham


Majlis yg telah berlangsung pada 13 Ogos 2011

Kempen Kesedaran Berzakat Dengan 'Ayn Sempena Majlis Pembayaran Zakat Dengan Dinar & Dirham (25/08/2011)





Harga Hari Ini (10 Ogos 2011)

Harga Dinar & Dirham 10 Aug 2011
Sungguh tidak disangka,harga boleh mencecah setinggi ini...
Dulu saya mula menceburi dengan harga RM611/dinar pada RAYA TAHUN BARU CINA tahun ini...itu pun dah kira mahal dah bagi saya masa itu...
SEKARANG...........!!!!!!????
Itu lah yang anda perlu tahu tentang kekuasaan emas.
Beli dinar.....Simpan dinar sebagai aset...simpanan kita belum terjamin untuk masa hadaapan..
TIDAK MUSTAHIL 1 DINAR AKAN MENCECAH RM1000 DALAM 6-12 BULAN DARI SEKARANG...!!



Ini lah kuasa emas yang sebenar...aset kita yang sebenar...
Wang kertas tidak menjamin apa-apa...Inflasi pula 6-12 % setahun..sebab itu lah wang kita sentiasa tidak cukup untuk membeli kerana barangan makin mahal...wang kita tidak akan berganda nilainya...TETAPI EMAS.......akan tetap berganda....
Simpanan dalam bentuk Dinar & Dirham adalah jalan yang terbaik kerana Nabi telah bersabda :

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpan lah dinar & dirham (untuk digunakan)"


Jadi,sama-sama kita fikirkan jalan yang terbaik untuk masa hadapan kita,anak-anak kita dan cucu-cicit kita di masa hadapan kelak.Ubah lah pendirian kita...Simpan lah dalam bentuk Dinar & Dirham !!
Wallahua'lam...

Dinar & Dirham Wall

Dinar & Dirham Kelantan
Dealer Wakalah Bayu Melawi

Dijemput Datang Beramai-ramai Bagi Memeriahkan Lagi Majlis....!!!!


Dinar Emas Dan Dirham Perak Sebagai Dasar Kewangan Peribadi

“Kita tidak akan mampu menukar dasar kewangan negara, TETAPI kita mampu untuk menukar dasar kewangan peribadi untuk diri kita sendiri”

Sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah terlalu lama menjadi golongan pengikut tidak kira dalam apa perkara sekalipun. Ini termasuklah dalam penggunaan matawang fiat, bukan sahaja kita di Malaysia malah seluruh umat dan masyarakat dunia terpaksa menggunakannya.

Selagi kita tidak berubah menjadi golongan yang memiliki kuasa dan kata pemutus maka selagi itulah kita akan terus menjadi golongan pengikut dan terbelenggu dengan sistem kapitalis. Keadaan ini jelas terbukti apabila negeri yang mahu memperkenalkan penggunaan dinar telah dicantas dan dibantutkan perkembangannya di peringkat kerajaan pusat. Disebabkan rakyat tiada kuasa pemutus, mahu atau tidak terpaksa juga mengikut. Sama ada mengikut atau melawan akhirnya rakyat juga yang teruk ditekan dan terpaksa tunduk dengan persekitaran ekonomi semasa yang semakin hari semakin meruncing. Tiada gunanya kita bersorak gembira kerana nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar US, sedangkan nilainya tidak membawa apa-apa makna kepada kita kerana kuasa belinya semakin merosot dan bakal menjunam dengan teruk kelak.

Sebagai rakyat Malaysia yang bijak kita seharusnya mencontohi tindakan satu-satunya wilayah di US yang menjadikan emas dan perak sebagai matawang yang sah. Wilayah yang dimaksudkan ialah Utah. Sebagai langkah berhadapan dengan bencana krisis kewangan dunia yang semakin parah akibat salah urus tadbir kerajaan pusat, Wilayah Utah menjadi negeri pertama di US mengambil tindakan perundangan mahkamah melindungi asset rakyatnya dengan menjadikan logam emas dan perak sebagai matawang yang sah di sisi undang-undang negeri tersebut.

Idea berkenaan timbul kerana masyarakat US khususnya di wilayah Utah sudah hilang kepercayaan terhadap matawang Dollar. Langkah bijak tersebut telah dipelopori oleh Brad Galves seorang wakil Republikan yang menaja usul tersebut sebagai bantahan terhadap polisi kewangan Rizab Persekutuan (Federal Reserves).

Justeru adalah wajar sekiranya setiap kerajaan negeri di Malaysia berusaha menghasilkan satu matawang dinar dan dirham negeri yang rasmi dan diiktiraf mengikut piawaian seperti yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan dan Perak sebagai backup atau persediaan untuk rakyat mengharungi ketidak tentuan ekonomi ketika ini dan pada masa mendatang.

Namun untuk melihat semua usaha itu berlaku mungkin akan mengambil masa yang lama. Adalah sesuatu yang mustahil untuk kita mengubah dasar kewangan negeri mahupun negara. Maka ada baiknya kita sendiri menukar dasar kewangan peribadi dengan menyimpan dan menabung dalam bentuk emas dan perak bagi menjamin masa depan hidup kita dan juga keluarga. Walaupun masih banyak lagi negeri yang tidak mempunyai dinarnya secara rasmi, namun usaha individu dan syarikat persendirian yang memperkenalkan keluaran dinar dan dirham masing-masing dilihat sebagai suatu langkah alternatif yang positif untuk memberikan peluang kepada rakyat untuk memiliki dinar dan dirham dan bermuamalat dengannya. Kita sebagai umat Islam harus yakin dengan wang sunnah (dinar dan dirham) ini. Dengan tindakan berpatah balik menjadikan emas dan perak sebagai medium wang tunai ia secara tidak langsung akan menghidupkan semula muamalah dan sunnah Rasulallah SAW.

Kesimpulannya apa yang terjadi di Utah sebenarnya membuka mata kita untuk melihat betapa rakyat US merasa marah dan tidak berpuas hati terhadap polisi kewangan dan hutang negara mereka. Namun mudah sahaja mereka mengajar kerajaan iaitu dengan menukarkan dollar mereka kepada emas dan perak. Sesungguhnya ia adalah suatu tindakan yang amat bijak dan wajar untuk kita contohi demi menyelamatkan kewangan dan asset hasil titik peluh kita sendiri. Renung-renungkan dan selamat beramal... Wallahualam.

p/s: Walaupun nilai dollar jatuh , namun US masih lagi selamat kerana mereka memiliki simpanan emas terbesar di dunia. Tapi buat tanah tumpahnya darahku, berapakah simpanan emas yang negara kita ada??? Sayangnya simpanan emas kita antara yang paling sedikit di Asia... sangat-sangat menyedihkan...


Duit DIGITAL Vs Duit SUNNAH



dduiiiitt....duuiiiittt......jangan pergi....
maarrii deekkaattt......maarriii raapppaattt.........


Camne laa nak nampak duit, sbb abis semua duit kertas jadi duit digital.. tu yg tak nampak dan tak leh nak pegang tuu. ‘Walla wei! tak feel laa itu mcm sbb tak leh nak pegang.. camner nk kira selai2.. camne nak cium bau duit’.. hahaha...


Begitulah al-kisahnya.. klu semua duit kertas nie nnt digantikan dengan duit digital. Mungkin ada yg faham dan ada juga yg terpinga2 ape tu duit digital??? Ramai juga yg tak sedar, mereka sebenarnya telah lama menggunakan duit digital nie. Di antara contoh duit digital terpopular ialah VISA mastercard dan segala mcm tok nenek kad kredit.. skrg siap pakai gelombang lg huhu.. debit kad, paypal, perbankan internet, dan bermacam2 lg. Kewujudannya dlm kehidupan manusia umpama duri dalam daging.. mana taknya, cth mcm kad kredit sendiri, pengguna yg tk berhemah akan membelanjakan wangnya tanpa melihat sendiri cash flow wang itu.. tau2 bila smpi bil mula laa menepuk dahi tgk jumlah hutang yg tak terkawal. Kata kunci di situ ialah ‘hutang’.


‘Ada dua cara untuk menakluki sesuatu bangsa dan menjadikan mereka hamba, satu dengan pedang satu lagi dengan HUTANG.’

(John Adams 1735 – 1826)
Itulah bahayanya kad kredit... salah satu tools atau alat untuk duit digital berfungsi... 
Beberapa tahun kebelakangan nie, kekerapan penggunaan duit digital dilihat telah mula melonjak naik secara mendadak. Penggunaannya secara tak langsung akan menggantikan penggunaan duit kertas sedikit demi sedikit, secara beransur2 tak ubah mcm konsep ‘paperless’. Bukan setakat dokumen2 di pejabat je yg nak di ‘paperless’ kan.. duit kertas pun nak di ‘paperless’ kan jugak?? ape ke jadahnya!!! Ape ke hal nya!!!

Beberapa bulan yg lepas aku rasa cuak dan sedikit upset bila aku dapat tau ada pihak kat Malaysia nie beriya2 benor mengalu-alukan penggunaan sistem wang digital utk produk mereka.. adush!!.. dlm hati aku.. saat2 itu telah tiba.. era duit digital akan menguasai dunia sepenuhnya dlm sedikit masa lagi.. ia memberikan gambaran bahawa kita semua akan ATAU mungkin juga telah memasuki fasa yg ke 3 iaitu fasa terakhir zaman kemuncak pemerintahan ‘geng2 tgn ghaib’ utk menguasai ekonomi dunia sblm sesuatu yg telah diceritakan dalam Al-Quran berlaku.

Klu kita tgk betul2.. duit digital nie lebih banyak bermain dgn angka2 jer.. kebanyakan dari kita tak pegang sangat pun duit cash dlm tgn.. semuanya dok tertimbun dlm akaun, dlm bentuk angka2.. ada yg 4 angka, ada yg 5 angka dan ada yg 7 angka.. wow!!! Kaya tu hahaha.. kaya duit kertas.. apa barang kertas!!! Setakat angka2nya je yg banyak.. tapi nilainya hampehhh!!!! Habuk pun tarak!

Bayangkan jika korang mempunyai RM 100,000 dalam akaun... tiba2 tiga kosong di belakangnya dicantas, dibuang dan disepak terajang nilainya oleh penyanggak matawang.. berapa hinggit yang tinggal?? RM 100 jer.. tak ke sedih dan naye namanya... sure haru biru korang jadinya...

Itulah bahayanya duit elektronik yg aku panggil duit digital.. sangat mudah untuk dimanipulasi.
Suka atau tidak, sedar atau tak sistem kewangan digital nie terpaksa juga diterima secara paksa rela oleh semua umat manusia di dunia. Paling menyedihkan bila mana ada pihak2 yg menyambut kedatangannya bagai nak rak!! Umpama ianya seperti permulaan gaya hidup moden yg baru. Perlu diingat! Setiap yg bermula pasti akan berakhir. Pernah tak terfikir selepas era duit digital nie TAMAT dan berakhir nnt, manusia nak pakai duit apa pulak??? Ibarat mcm fesyen jugak laa.. fesyen dan trend doulu2 skrg dah byk yg muncul kembali.. kira mcm wat comeback laa konon2nya haha. Duit pun mcm tu jugak.. pd masa hadapan manusia akan kembali kepada fitrah asalnya menggunakan duit emas dan perak. Ya!! secara tepatnya dinar dan dirham.Tetapi penggunaannya nanti bkn shj dipelopori oleh umat Islam sepenuhnya, sebaliknya ia juga turut dikuasai dan dimanipulasi oleh ‘geng2 tgn ghaib’. Depa nie mmg bijak.. membuat kerosakan, pastu membetulkannya semula.. ala2 prof. Klon menyebarkan virus kat Metrofulus, kemudian mencipta ubat penawarnya.. begitulah sifat puak2 tgn ghaib nie sejak azali lg. Kegawatan ekonomi yg berlaku setiap 10 tahun sekali, adakah itu satu kebetulan??? Itu semua adlh helah dan rancang dia org semata2.. masalah ekonomi yg sedang melanda skrg nie pun adalah angkara kerja2 masa silam mereka pada tahun 1971 dahulu. Semua propaganda, agenda dan fahaman di dunia nie termasuk laa ramalan kiamat 2012, semuanya tu temberang belaka utk meracuni dan menguasai fikiran manusia2 yg bodoh jer. 
Untuk pengetahuan korang semua, depa tu laa yg sebenarnya byk menyimpan emas sekarang nie. Bila tiba masanya nnt, depa akan menggunakan emas2 yg dh disimpan tu sbg matawang setelah sistem kewangan digital ciptaan depa tu dengan sengaja dihancurkan oleh depa sendiri. Depa peduli ape, sbb depa dah banyak simpan emas. Jadi depa boleh buat apa2 saje yg depa suka.

Sebenarnya depa semua nie bijak, sbb semua isi kandungan Al-Quran dan sunnah Rasulallah depa dah kaji dgn teliti. Mana2 yg boleh di manipulasi depa akan eksploitasi habis2an, contohnya seperti menyimpan emas dan perak. Ada ke dalam Al-Quran sebut, waima Rasulallah sendiri menyuruh kita simpan dan gunakan duit kertas atau duit digital??

Jawapannya.. TAK ADA.. Rasulallah suruh kita gunakan dinar dan dirham. Al-Quran sendiri pun berulang kali menyebut emas dan perak, bukannya duit fiat kertas. Maka lihatlah wahai sekalian umat manusia, apabila ‘geng2 yg penuh muslihat’ ini mula memanipulasikan wang emas dan perak suatu masa nnt, maka pd masa itu yg akan merana dan menderita adalah manusia2 yg mengikut telunjuk dan mengamalkan sistem kewangan palsu mereka. Ketika itu, hanya bangsa yg memiliki/menyimpan emas dan perak sahaja yg akan mampu survive.

Jadi kepada sesiapa yg musykil ttg emas nie.. percaya dan ingat satu je.. emas dan perak nie ada disebut dalam Al-Quran. Al-Quran tu pegangan dan panduan kita seumur hidup, sepanjang zaman sampai hari kiamat. Jadi tak payah laa nak pening2 kepala dan teragak2 utk melabur dan menyimpan dlm emas dan perak. Mmg emas tk bagi pulangan cash flow pd setiap bulan, tp emas nie penyimpan nilai yg kukuh serta mampu melindungi wang anda dari susut nilai. Jadi simpanlah emas, tak rugi pun.. wang sunnah tu. Cukup je berat dan cukup haulnya bayar laa zakat insya’Allah berkat dan bertambah subur lg harta. Sesuai dengan sifat emas dan perak itu sendiri ‘harta yang berkembang nilainya’.

Oleh itu marilah kita menyokong dan sama2 berjuang dengan mereka yang benar2 mahu menegakkan syiar ISLAM. YAKIN laa, Islam akan kembali kuat dan disegani seiring dengan kegemilangan penggunaan DINAR dan DIRHAM sbg matawang ISLAM yang unggul.. Insya’Allah.

Justeru dalam tempoh 50 tahun mendatang nie mari laa kita mempersiapkan diri, anak2 dan cucu cicit kita dengan bekalan yg sepatutnya spt ilmu pengetahuan, kebolehan survival diri (mmanah,brenang, bkuda, bcucuk tnm) termasuk juga didikan agama yg sempurna, ilmu Al-Quran serta tafsirannya, pengukuhan akidah dan iman sbg pegangan serta bekalan. Cabaran hidup pd masa akn dtg sukar utk digambarkan.. justeru lakukan sesuatu bkn untuk diri kita semata2 tapi utk anak2 kita dan generasi masa hadapan. Hanya yg benar2 beriman dan bertaqwa shj yg dapat mengharungi cabaran itu dgn selamat. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yg kuat iman dan taqwanya.. Insya’Allah.. Ameenn..

Apa laa yg aku merepek dan merapu panjang berjela-jela nie hahaha... repekan dan rapuan yg ada kebenarannya. Kpd yg benar2 ‘melihat’ dan membaca dgn mata hati, ini bukan propa tp ini betul2 sebuah kenyataan yg kita semua mesti hadapi.. Wallahualam.

Dinar Dan Dirham Dalam Muamalat Islam



Dinar & Dirham Kelantan

Islam mempunyai model ekonomi yang tersendiri. Model Islam bukannya kapitalis atau sosialis. Ia datang dari Al Quran dan Sunnah, sejarahnya selama 1400 tahun, dari permulaan Islam sehinggalah jatuhnya khilafah pada abad ke 20. Model Islam mempertahankan dan mengakui hak harta secara individu dan hak Allah ( waqaf ) dan mesti mengikut aqad -aqad yang dipersetujui oleh Islam. 
Mu’amalat Islam menggunakan barangan fizikal (a’in) sebagai wang. Dinar emas dan dirham perak telah diketahui sebagai matawang shari’ah. Kedua barangan ini ( emas dan perak ) mempunyai status istimewa kerana disebut dalam Al Quran dan menjadi kayu ukur dalam pekara asas dalam Islam seperti zakat dan pekara berkaitan dengan hudud. 
Dinar dan dirham adalah asas untuk mengekalkan kestabilan matawang. Matawang ini turun-naik tetapi ia tidak menyebabkan inflasi. Dinar dan dirham tidak menghadapi inflasi kerana ia tidak boleh diganti dengan wang hutang ( credit money ) kerana wang berdasarkan hutang tidak boleh digunakan sebagai matawang mengikut shariat Islam. 


Didalam sebuah seminar Ekonomi Dinar Emas 2007 baru – baru ini Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menyatakan bahawa " Sememangnya budaya ekonomi Islam adalah berteraskan dinar dan dirham. Dalam al-Quranul karim, perkataan dinar dan dirham ada termaktub dalam Surah Ali Imran ayat 75 dan juga dalam surah Yusof ayat 20. "



وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِقِنْطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ وَمِنْهُمْ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍ 
لَا يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ إِلَّا مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَائِمًا 
Maksudnya: 
Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya….. 
(Surah Ali Imran : 75) 



وَشَرَوْهُ بِثَمَنٍ بَخْسٍ دَرَاهِمَ مَعْدُودَةٍ وَكَانُوا فِيهِ مِنَ الزَّاهِدِينَ
Maksudnya: 
Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja... 
(Surah Yusof : 20) 
Kedua-dua ayat al-Quran ini menceritakan, bahawa penggunaan wang dinar dan dirham, telah pun berlangsung sejak ribuan tahun, sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w lagi. 
Selain daripada ayat al-Quran, terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan, tentang penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang, sehingga ke zaman Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda : maksudnya: 
"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. Dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu. 
Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis di atas membuktikan bahawa, asas sistem matawang yang digunakan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, sejak zaman nabi-nabi yang terdahulu, sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w, adalah dalam bentuk mata wang dinar dan dirham. 
Bahkan sistem inilah, yang telah diamalkan di sepanjang pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin, sehingga berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan atau Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 Masihi.
Sejarah juga telah membuktikan bahawa negeri Kelantan berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Siam suatu ketika dahulu, pihak Kerajaan Kelantan sentiasa membayar ufti kepada kerajaan Siam pada setiap tahun, dengan menghantarkan sebilangan kepingan-kepingan wang emas, yang digubah dalam bentuk bunga emas. 
Ini membuktikan bahawa, penggunaan wang dinar emas bukan hanya digunakan umat Islam di Timur Tengah sahaja, tetapi telah digunakan secara meluas sehingga ke Asia Tenggara, termasuk Negeri Kelantan sejak ratusan tahun yang lalu. 
Saranan supaya kembali kepada penggunaan wang dinar emas, sebagai teras ekonomi pada zaman globalisasi ini, bukanlah dimonopoli oleh penganut agama Islam sahaja. 
Bahkan ramai juga ahli-ahali ekonomi dari kalangan bukan Islam, yang inginkan wang komoditi, khasnya dalam bentuk kepingan emas dan perak kerana kestabilan dan jaminan kebebasan yang dikandungnya. 
Mereka berpendapat, alasan utama mengapa sistem wang komoditi seperti dinar emas, tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu, bukanlah disebabkan kekurangan kemahiran teknikal tetapi kerana wang komoditi mampu menggantikan sistem monetari konvensional. 
Oleh kerana penggantian tersebut boleh menjadi ancaman besar, khasnya kepada kepentingan ekonomi Amerika dan Yahudi sedunia menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan itu gemar membuat alasan bahawa kononnya jika emas dan dinar dijadikan sebagai matawang ia akan mudah tercicir, atau poket akan cepat tembus, kerana berat membawa wang dari emas. 
Emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dollar hanya pada awal tahun 1970-an. Wang dollar tidak lagi disandarkan kepada emas, tetapi nilainya turun naik mengikut gelora permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. 
Justeru, kita perlu melihat usaha pengembalian dinar dan dirham ini, sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan lebih telus. 
Bukannya satu agenda untuk meraih populariti. Bahkan sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan semula kefahaman umat Islam khasnya, berhubung peradaban dan sejarah penggunaan dinar dan dirham, serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang, terutamanya dengan mempelopori penggunaan dinar sebagai simpanan, mas kahwin, membayar zakat, pemberian hadiah, dan sedekah untuk bekal akhirat sebagai harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu, sebagai upah kepada perkhidmatan atau sumbangan yang tertentu dan sebagainya. 
Sementara itu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed ketika membentangkan kertas kerja bertajuk " Dinar – Jalan kehadapan" dalam Persidangan Ekonomi Dinar Emas Antarabangsa 2007 berkata "Dengan menggunakan Dinar Emas, sebahagian daripada kuasa Sistem Perbankan Barat dan Dollar As akan terhapus. Dan hasil daripada itu, pengaruh negara-negara ini juga akan terhapus. 
Selagi Sistem Kewangan Antarabangsa dan amalan perbankan sekarang dikekalkan, selagi itulah dunia akan terus didominasi oleh jurubank yang berkuasa. Mereka beroperasi melalui proksi, yakni menerusi kerajaan negara-negara Barat yang mereka biayai untuk menjadikan mereka berkuasa dari sudut ketenteraan. 
"Sebaliknya jika kita enggan menggunakan Dinar Emas dalam perdagangan, negara Islam yang kaya sebenarnya akan memiskinkan dan melemahkan dirinya dan akan terus terdedah kepada tekanan kuasa Barat yang jelas membiayai pembunuhan umat Islam di Palestin, Iraq dan Afghanistan," katanya lagi.
Di Indonesia kajian yang dilakukan keatas kos menunaikan haji menunjukkan peningkatan kos dalam wang kertas rupiah sedangkan kos dalam dinar menurun. Pada tahun 1998 kos naik haji dalam dinar ialah 98 dinar menurun ke 68 dinar tahun 2000 dan menurun secara constant sehingga 46 dinar tahun 2007. Kos dalam rupiah meningkat sebanyak 2.5 kali ganda dan kos dalam dinar menurun sebanyak 1.5 kali ganda maknanya kos menurun 15 – 20 persen setahun. Sebab itulah di Indonesia ada Tabungan untuk disimpan dalam emas yang disebut sebagai kos Naik Haji.

Hubungi

Saya menjual dan membeli Dinar&Dirham,Emas Public Gold,GCP serta barang kemas lama dan baru. 
Hubungi saya 
0176854189


atau email ke


shahril_4151@yahoo.com