Duit DIGITAL Vs Duit SUNNAH



dduiiiitt....duuiiiittt......jangan pergi....
maarrii deekkaattt......maarriii raapppaattt.........


Camne laa nak nampak duit, sbb abis semua duit kertas jadi duit digital.. tu yg tak nampak dan tak leh nak pegang tuu. ‘Walla wei! tak feel laa itu mcm sbb tak leh nak pegang.. camner nk kira selai2.. camne nak cium bau duit’.. hahaha...


Begitulah al-kisahnya.. klu semua duit kertas nie nnt digantikan dengan duit digital. Mungkin ada yg faham dan ada juga yg terpinga2 ape tu duit digital??? Ramai juga yg tak sedar, mereka sebenarnya telah lama menggunakan duit digital nie. Di antara contoh duit digital terpopular ialah VISA mastercard dan segala mcm tok nenek kad kredit.. skrg siap pakai gelombang lg huhu.. debit kad, paypal, perbankan internet, dan bermacam2 lg. Kewujudannya dlm kehidupan manusia umpama duri dalam daging.. mana taknya, cth mcm kad kredit sendiri, pengguna yg tk berhemah akan membelanjakan wangnya tanpa melihat sendiri cash flow wang itu.. tau2 bila smpi bil mula laa menepuk dahi tgk jumlah hutang yg tak terkawal. Kata kunci di situ ialah ‘hutang’.


‘Ada dua cara untuk menakluki sesuatu bangsa dan menjadikan mereka hamba, satu dengan pedang satu lagi dengan HUTANG.’

(John Adams 1735 – 1826)
Itulah bahayanya kad kredit... salah satu tools atau alat untuk duit digital berfungsi... 
Beberapa tahun kebelakangan nie, kekerapan penggunaan duit digital dilihat telah mula melonjak naik secara mendadak. Penggunaannya secara tak langsung akan menggantikan penggunaan duit kertas sedikit demi sedikit, secara beransur2 tak ubah mcm konsep ‘paperless’. Bukan setakat dokumen2 di pejabat je yg nak di ‘paperless’ kan.. duit kertas pun nak di ‘paperless’ kan jugak?? ape ke jadahnya!!! Ape ke hal nya!!!

Beberapa bulan yg lepas aku rasa cuak dan sedikit upset bila aku dapat tau ada pihak kat Malaysia nie beriya2 benor mengalu-alukan penggunaan sistem wang digital utk produk mereka.. adush!!.. dlm hati aku.. saat2 itu telah tiba.. era duit digital akan menguasai dunia sepenuhnya dlm sedikit masa lagi.. ia memberikan gambaran bahawa kita semua akan ATAU mungkin juga telah memasuki fasa yg ke 3 iaitu fasa terakhir zaman kemuncak pemerintahan ‘geng2 tgn ghaib’ utk menguasai ekonomi dunia sblm sesuatu yg telah diceritakan dalam Al-Quran berlaku.

Klu kita tgk betul2.. duit digital nie lebih banyak bermain dgn angka2 jer.. kebanyakan dari kita tak pegang sangat pun duit cash dlm tgn.. semuanya dok tertimbun dlm akaun, dlm bentuk angka2.. ada yg 4 angka, ada yg 5 angka dan ada yg 7 angka.. wow!!! Kaya tu hahaha.. kaya duit kertas.. apa barang kertas!!! Setakat angka2nya je yg banyak.. tapi nilainya hampehhh!!!! Habuk pun tarak!

Bayangkan jika korang mempunyai RM 100,000 dalam akaun... tiba2 tiga kosong di belakangnya dicantas, dibuang dan disepak terajang nilainya oleh penyanggak matawang.. berapa hinggit yang tinggal?? RM 100 jer.. tak ke sedih dan naye namanya... sure haru biru korang jadinya...

Itulah bahayanya duit elektronik yg aku panggil duit digital.. sangat mudah untuk dimanipulasi.
Suka atau tidak, sedar atau tak sistem kewangan digital nie terpaksa juga diterima secara paksa rela oleh semua umat manusia di dunia. Paling menyedihkan bila mana ada pihak2 yg menyambut kedatangannya bagai nak rak!! Umpama ianya seperti permulaan gaya hidup moden yg baru. Perlu diingat! Setiap yg bermula pasti akan berakhir. Pernah tak terfikir selepas era duit digital nie TAMAT dan berakhir nnt, manusia nak pakai duit apa pulak??? Ibarat mcm fesyen jugak laa.. fesyen dan trend doulu2 skrg dah byk yg muncul kembali.. kira mcm wat comeback laa konon2nya haha. Duit pun mcm tu jugak.. pd masa hadapan manusia akan kembali kepada fitrah asalnya menggunakan duit emas dan perak. Ya!! secara tepatnya dinar dan dirham.Tetapi penggunaannya nanti bkn shj dipelopori oleh umat Islam sepenuhnya, sebaliknya ia juga turut dikuasai dan dimanipulasi oleh ‘geng2 tgn ghaib’. Depa nie mmg bijak.. membuat kerosakan, pastu membetulkannya semula.. ala2 prof. Klon menyebarkan virus kat Metrofulus, kemudian mencipta ubat penawarnya.. begitulah sifat puak2 tgn ghaib nie sejak azali lg. Kegawatan ekonomi yg berlaku setiap 10 tahun sekali, adakah itu satu kebetulan??? Itu semua adlh helah dan rancang dia org semata2.. masalah ekonomi yg sedang melanda skrg nie pun adalah angkara kerja2 masa silam mereka pada tahun 1971 dahulu. Semua propaganda, agenda dan fahaman di dunia nie termasuk laa ramalan kiamat 2012, semuanya tu temberang belaka utk meracuni dan menguasai fikiran manusia2 yg bodoh jer. 
Untuk pengetahuan korang semua, depa tu laa yg sebenarnya byk menyimpan emas sekarang nie. Bila tiba masanya nnt, depa akan menggunakan emas2 yg dh disimpan tu sbg matawang setelah sistem kewangan digital ciptaan depa tu dengan sengaja dihancurkan oleh depa sendiri. Depa peduli ape, sbb depa dah banyak simpan emas. Jadi depa boleh buat apa2 saje yg depa suka.

Sebenarnya depa semua nie bijak, sbb semua isi kandungan Al-Quran dan sunnah Rasulallah depa dah kaji dgn teliti. Mana2 yg boleh di manipulasi depa akan eksploitasi habis2an, contohnya seperti menyimpan emas dan perak. Ada ke dalam Al-Quran sebut, waima Rasulallah sendiri menyuruh kita simpan dan gunakan duit kertas atau duit digital??

Jawapannya.. TAK ADA.. Rasulallah suruh kita gunakan dinar dan dirham. Al-Quran sendiri pun berulang kali menyebut emas dan perak, bukannya duit fiat kertas. Maka lihatlah wahai sekalian umat manusia, apabila ‘geng2 yg penuh muslihat’ ini mula memanipulasikan wang emas dan perak suatu masa nnt, maka pd masa itu yg akan merana dan menderita adalah manusia2 yg mengikut telunjuk dan mengamalkan sistem kewangan palsu mereka. Ketika itu, hanya bangsa yg memiliki/menyimpan emas dan perak sahaja yg akan mampu survive.

Jadi kepada sesiapa yg musykil ttg emas nie.. percaya dan ingat satu je.. emas dan perak nie ada disebut dalam Al-Quran. Al-Quran tu pegangan dan panduan kita seumur hidup, sepanjang zaman sampai hari kiamat. Jadi tak payah laa nak pening2 kepala dan teragak2 utk melabur dan menyimpan dlm emas dan perak. Mmg emas tk bagi pulangan cash flow pd setiap bulan, tp emas nie penyimpan nilai yg kukuh serta mampu melindungi wang anda dari susut nilai. Jadi simpanlah emas, tak rugi pun.. wang sunnah tu. Cukup je berat dan cukup haulnya bayar laa zakat insya’Allah berkat dan bertambah subur lg harta. Sesuai dengan sifat emas dan perak itu sendiri ‘harta yang berkembang nilainya’.

Oleh itu marilah kita menyokong dan sama2 berjuang dengan mereka yang benar2 mahu menegakkan syiar ISLAM. YAKIN laa, Islam akan kembali kuat dan disegani seiring dengan kegemilangan penggunaan DINAR dan DIRHAM sbg matawang ISLAM yang unggul.. Insya’Allah.

Justeru dalam tempoh 50 tahun mendatang nie mari laa kita mempersiapkan diri, anak2 dan cucu cicit kita dengan bekalan yg sepatutnya spt ilmu pengetahuan, kebolehan survival diri (mmanah,brenang, bkuda, bcucuk tnm) termasuk juga didikan agama yg sempurna, ilmu Al-Quran serta tafsirannya, pengukuhan akidah dan iman sbg pegangan serta bekalan. Cabaran hidup pd masa akn dtg sukar utk digambarkan.. justeru lakukan sesuatu bkn untuk diri kita semata2 tapi utk anak2 kita dan generasi masa hadapan. Hanya yg benar2 beriman dan bertaqwa shj yg dapat mengharungi cabaran itu dgn selamat. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yg kuat iman dan taqwanya.. Insya’Allah.. Ameenn..

Apa laa yg aku merepek dan merapu panjang berjela-jela nie hahaha... repekan dan rapuan yg ada kebenarannya. Kpd yg benar2 ‘melihat’ dan membaca dgn mata hati, ini bukan propa tp ini betul2 sebuah kenyataan yg kita semua mesti hadapi.. Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment