Banyak terpapar diblog, akhbar membicarakan berganda-ganda keuntungan
dengan melabur atau membeli emas, adakah benar emas menguntungkan? Bagi
saya
YES, emas memang menguntungkan, pengalaman saya menjalankan urusan
jual beli emas dan pada masa yang sama, emas yang saya beli saya anggap
sebagai pelaburan agak menguntungkan,
Bagaimanapun kadang-kadang emas yang dibeli terpaksa dijual pada
harga rendah kerana indeks emas jatuh, kadang-kadang pula saya mendapat
keuntungan dengan menjual emas yang dibeli ketika indeks rendah pada
harga yang tinggi. Begitulah sebenarnya permainan emas.
Ada juga visitor yang bertanya bagaimana boleh mereka menjana
pendapatan bulanan daripada pelaburan emas, saya sebenarnya tidak pasti bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan hanya membeli dan
berharap harga emas naik setiap bulan untuk overlap, mungkin ada caranya
tetapi fokus saya tidak disitu, tidak kepada pelaburan.
Dengan mengharapkan kepada pelaburan sahaja, saya rasa sukar untuk
menjana pendapatan setiap bulan kerana harga emas ada pasang surutnya,
contohnya awal tahun 2011, harga emas dari Januari hingga Mac dalam
posisi menurun, bagaimana boleh menjana pendapatan? tetapi dari segi
jualan, saya rasa bulan Januari hingga Mac 2011 adalah rekod terbaik
saya menjual emas hampir 1kg setiap hari kerana banyak permintaan
lebih-lebih lagi di kawasan desa.
Saya menulis artikel ini untuk berkongsi sedikit cara kepada pelabur
emas sebelum anda meneruskan pembelian emas dan cara-cara ini mungkin
dapat membantu menggandakan keuntungan anda.
1. Harga/Masa : faktor ini mungkin faktor utama
dalam jual beli emas, memilih masa yang sesuai untuk membeli emas pada
harga yang rendah contohnya ketika indeks emas jatuh mendadak adalah
cara terbaik, tetapi sebagai pelabur yang menganggap masa itu sendiri
emas, setiap jam setiap minit, peniagaan mesti mendapat keuntungan,
menunggu harga emas jatuh kadang-kadang seperti menunggu kucing
bertanduk, apabila sekadar menunggu, masa sendiri terbuang dan duit
mungkin dibelanjakan.. Jujurnya, tiada siapa pun yang tahu bila harga
emas naik atau turun, tiada siapa yang dapat mengawal harga emas walau
Amerika sekalipun.
2. Jenis emas (barang kemas/ gold bar) : pendapat
saya, pelabur harus mengikut trend emas semasa, contohnya pada 2010
ramai pelabur membeli emas jongkong seperti pamp suisse, lady fortuna,
dinar kelantan didalam portfolio pelaburan mereka, kerana nilainya
ketika itu tinggi, dan sangat mudah untuk dijual, manakala pada 2011
pula, trend emas pergi kearah gelang tangan padu samada pasir atau
gajah, mengikut trend semasa lebih penting dari anda memandai membeli
produk dari kedai yang tidak mudah untuk dijual seperti bunga raya,
kijang, atau etc. Kualiti emas mungkin sama tetapi jika permintaan untuk
suatu item yang menjadi trend pembelian, ramai pembeli atau pelabur
boleh membeli pada harga lebih tinggi dari harga jualan.
3. Meningkatkan modal pelaburan : keuntungan emas
semestinya berdasarkan berapa gram emas ditangan pelabur, bukan
disebabkan design cantik, ataupun nilai sentimental emas kepada anda.
Jika saya mempunyai kemampuan dan kelayakan untuk membuat pinjaman modal
dari mana-mana institusi seperti Agrobank, Bank Rakyat, Felda dengan
interest yang rendah dibawah 4% setahun, saya pasti akan membuat
pinjaman. Ini kerana kenaikan harga emas sejak bertahun-tahun lalu
hampir 30-40% jauh lebih tinggi dari interest pinjaman.
4. Mengurangkan pinjaman ar-rahnu : Bagi mereka yang
menggunakan platform Ar-Rahnu untuk pelaburan, cuba membayar sedikit
demi sedikit ansuran kepada Bank setiap bulan untuk merendahkan caj
bulanan dari 0.75% sehingga 0.50% sahaja, pelabur juga boleh
mengurangkan pinjaman mereka beransur-ansur dari 70% kepada 50%, 40%
mengikut kemampuan. Sehingga akhirnya emas tersebut menjadi milik anda
sepenuhnya.
5. Menjual kepada kawan : Jangan menunggu harga emas
naik baru hendak menjual, selepas membeli, cuba tanya kawan-kawan anda
samada mereka berminat dengan pelaburan emas? mengikut pengalaman saya,
ramai yang sangat berminat dengan emas, cuma mereka tidak tahu cara,
dimana dan masa untuk mencari tapak pelaburan. Saya tidak menjalankan
kajian tetapi saya sangat jarang berjumpa dengan mereka yang sangat
benci dengan emas, dan rumah yang tidak terisi walau sedikit pun dengan
emas. Adakah anda tahu, anda boleh menjana keuntungan dari pelaburan
juga dengan merefer pelanggan kepada kami.
6. Kenali emas dan memperbanyakkan pengetahuan berkenaan emas : Apabila sudah melabur dan apa langkah seterusnya? saya cadangkan anda
mengenali perniagaan emas itu sendiri, emas tidak terhad kepada jongkong
atau emas 999 sahaja, ada pelbagai lagi cabang emas yang menguntungkan
seperti emas 916, 750 , emas dan permata. Dengan mempelajari banyak
cabang emas, mungkin anda boleh menjalankan perniagaan /carigali kecilan
emas pada masa akan datang. Aktiviti carigali emas kini menjadi trend
di Amerika dimana ramai yang membawa keluarga keluar bercuti sambil
mengorek emas, tidak mungkin trend ini akan berjangkit kepada negara
kita suatu masa akan datang.
7. Pelaburan Baru/Produk Baru : pendapat saya, anda
tidak perlu hanya mengikut satu produk sahaja dalam pelaburan anda
seperti kesetiaan melampau peminat public gold membeli emas mereka
sahaja, banyak lagi pelaburan emas baru yang bakal muncul pada 2013 ini,
contohnya Dinar Pahang, Emas Rakyat, 1Gram GCP, emas padu 916 dan juga
akaun simpanan beberapa bank utama.
Snippet: Seperti dinyatakan didalam Al-Quran, akan tiba suatu masa
datangnya Dajal atau (Fitnah) maka dunia akan ditimpa bencana atau
peperangan, dimana anda jika ia terjadi dizaman kita? jika saya menjadi
Doktor, saya mungkin boleh mencari makan dengan merawat pesakit, jika
saya menjadi pekebun, saya boleh makan dengan tanaman saya tanam jika
tidak diracun. Tetapi jika saya kontraktor kelas A, jaguh internet,
pakar kewangan, cikgu, mungkin ketika itu tiada kerja saya boleh lakukan
kecuali urusniaga emas yang tetap akan berjalan. Saya pengarah
syarikat? saya pengurus kanan jabatan kerajaan? tetapi jika berlaku
perang saya bukan sapa-sapa :)
Dipetik dari website : http://www.hargaemas.com.my/10-cara-untuk-menggandakan-keuntungan-pelaburan-emas
"BERSAMA KEMBANGKAN ILMU EMAS"
Yang Benar,
shahril rakeb
.............................................
Shahril Rakeb
Pengurus II
Wakalah NNM GOLD RESOURCES,KGT
(Rangkaian - QSSR GOLD RESOURCES)
H/P: 017-685 4189