Dipetik dari website : http://www.hargaemas.com.my/kerugian-pelaburan-emas-sepanjang-2012
Tahun 2012 ini adalah tahun yang cukup suram untuk pelaburan dan perniagaan
emas, bukan sahaja kerana kejatuhan pasaran emas tetapi juga
krisis-krisis skim pelaburan yang merugikan ramai pihak dan syarikat
emas sendiri. Laporan akhbar menyiarkan lebih dari 20 syarikat
emas
diserbu pihak berkuasa dan beratus lagi disenarai hitam Security
Commision (SC), anggaran kasar kerugian yang dialami warga Malaysia
berkemungkinan melebihi RM15 bilion sepanjang tahun ini.
Antara kerugian-kerugian terbesar dicatatkan didalam dunia pelaburan emas sepanjang tahun 2012.
1.
Krisis Bestino Golden House (Kerugian dianggarkan RM411 Juta, 7000 Individu terlibat)
Syarikat pelaburan
emas
Bestino mula beroperasi sekitar tahun 2008 dengan skim pembelian
jongkong emas bernilai RM10,000 – RM50,000 dan juga terbitan 400 juta
saham tanpa kelulusan SC. Skim pelaburan Bestino ini menjanjikan
pulangan dividen sebanyak 36% setahun menarik minat 6740 orang ramai
untuk melabur,
Operasi pelaburan Bestino mula mengalami masalah apabila disiasat
Security Commision pada awal tahun 2011 apabila Empat pengarah syarikat
Bestino didakwa di Mahkamah Ipoh atas kesalahan pengubahanan wang haram
dan menyebabkan aset mereka dibekukan. Pada awal tahun 2012, syarikat
tidak dapat membayar dividen 3% bulanan kepada pelabur menyebabkan
pelabur memberi tekanan untuk memulangkan kembali capital mereka. Pada
pertengahan 2012, pengarah syarikat berjanji untuk mencairkan ‘aset’
mereka di luar negara yang bernilai hampir ‘400 juta’ untuk tujuan
membayar balik modal pelabur tetapi membatalkan kembali kerana bimbang
wang yang dibawa masuk akan dibekukan semula Bank Negara. Krisis antara
syarikat dan pelabur masih berlanjutan dan belum dapat diselesaikan
sehingga ke hari ini.
2. Penipuan emas (tungsten) di dalam Ar-Rahnu. (Kerugian RM80 juta, ratusan terlibat)
Pada April 2012, seorang pemilik
kedai emas
membuat laporan polis mendakwa diperdayakan pihak Pajak Gadai Ar-Rahnu
di sebuah bank di Bandar Ipoh, mangsa yang membeli kira-kira 2kilogram
emas dari pelanggan mendakwa emas yang dibeli sebenarnya campuran
tungsten-emas dan disahkan pusat peleburan emas. Ekoran laporan yang
dibuat, pihak bank terbabit memeriksa seluruh cawangannya di Malaysia
dan menemui kira-kira ratusan
emas
palsu yang bernilai hampir RM80 juta didalam akaun emas Ar-Rahnu.
Sindiket yang melakukan penipuan ini masih dibawah siasaran serta turut
melibatkan pihak dalaman bank itu sendiri.
3. Pelaburan emas 999 padu dan Jongkong Emas 999.9 (Kerugian lebih RM2billion, >20,000 terlibat)
Pelaburan
emas 999
melibatkan lebih ramai pelabur berbangsa melayu bermula sekitar awal
2010 menggunakan Jongkong Emas Pamp Suisse 999.9 dan juga emas padu 999,
skim pelaburan ini tidak diuruskan mana-mana syarikat dan lebih
berbentuk perniagaan jual beli emas, Pada tahun 2011
harga emas
naik ke kemuncaknya pada bulan September, kenaikan harga emas yang
tinggi ini menarik minat beribu pelabur baru untuk membeli emas. Dari
spekulasi Bank-bank utama di Malaysia berkenaan kenaikan harga hingga
mencecah RM400/gram dalam tempoh masa singkat, mendorong ramai pelabur
menukar portfolio mereka kepada
emas.
Tetapi sayangnya, walaupun spekulasi berterusan dari broker dan penganalisis pasaran,
harga emas
hanya mampu bertahan beberapa bulan sebelum jatuh teruk pada awal 2012
ekoran kejatuhan ekonomi eropah, ramai pelabur yang membeli ketika harga
puncak tersebut terpaksa menanggung kos simpan emas atau menerima
risiko emas mereka akan dilelong apabila tamat tempoh waktu simpanan.
Akhirnya pelabur terpaksa mengeluarkan
emas dan menyimpannya sendiri dan ramai juga yang terpaksa menjual emas mereka untuk mengelak terus membayar upah simpan.
4. Pelaburan Emas Genneva (Kerugian lebih RM10bilion, >50,000 terlibat)
Pelaburan emas ini diuruskan oleh Genneva Malaysia Sdn Bhd , sebuah
syarikat berpangkalan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur melibatkan
ramai pelabur VVIP dan pelabur berbangsa cina. Didalam bentuk
pelaburan ini , Genneva menjanjikan pelabur pulangan dividen (2%)
setiap bulan dalam bentuk hibah selagi
emas
disimpan pelanggan dalam tempoh 6 bulan, selepas tamat 6 bulan pelabur
boleh menjual emas semula kepada Genneva dengan harga belian dahulu,
ataupun membeli semula dan terus menikmati pulangan hibah 2% setiap
bulan.
Pada bulan Oktober 2012, pihak berkuasa Malaysia dan Singapura
menyerbu pusat operasi Geneva Malaysia Sdn Bhd dan Geneva Pte Ltd dan
merampas kira-kira 200kg emas dan wang tunai yang belum diserahkan
kepada pelabur.
Oleh kerana
pelaburan emas
Genneva melibatkan amaun yang besar, kes emas Genneva beberapa kali
kedengaran di sidang parlimen dan tekanan berterusan kepada Kementerian
Kewangan serta Bank Negara Malaysia yang terlibat dalam operasi keatas
syarikat.. Kes
emas Genneva masih didalam siasatan dan kerugian yang dicatatkan merupakan terbesar dalam pelaburan emas Malaysia tahun ini.
"BERSAMA KEMBANGKAN ILMU EMAS"
Yang Benar,
shahril rakeb
.............................................
Shahril Rakeb
Pengurus II
Wakalah NNM GOLD RESOURCES,KGT
(Rangkaian Wakalah - QSSR GOLD RESOURCES)
H/P: 017-685 4189