LANGKAH AWAL PENGGUNAAN DINAR DIRHAM;
Dari meja CEO Wakalah NNM Gold Resuources (En. Ismail Johari)
Apabila Anda sudah faham mengenai muslihat wang kertas, bahaya inflasi,
bahaya riba, keburukan perbankan dan kapitalisme yang diuraikan di sini
maupun dari sumber-sumber
lainnya, Anda pasti ingin memulai menggunakan Dinar Dirham dalam
kehidupan sehari-hari. Pertanyaan yang barangkali muncul, bagaimana
memulainya? Apa yang harus dilakukan pertama kali?
Beberapa tindakan yang dapat kita mulai dan paling memungkinkan untuk
menggunakan
dinar dirham adalah sebagai berikut:
1. Menukari tabungan jangka panjang Anda dari Bank/wang kertas ke Dinar Dirham.
2. Bayarlah zakat harta Anda dengan Dinar Dirham.
3. Kalau Anda mau berkahwin, gunakan Dinar Dirham sebagai mahar.
4. Sebarluaskan informasi mengenai Dinar Dirham ini ke keluarga dan teman2 terdekat Anda.
5. Apabila Anda pedagang, mulailah sedikit demi sedikit menggunakan/menerima Dinar Dirham sebagai alat transaksi.
6. Lagi, sebagai pedagang, cubalah menggunakan Dinar Dirham untuk
membayar sebahagian gaji karyawan Anda atau menjadikannya sebagai basis
gaji.
7. Apabila Anda pekerja swasta, informasikan tentang Dinar Dirham ini ke
bos Anda. Ajak beliau untuk menggunakannya dalam transaksi dan membayar
sebahagian gaji Anda.
8. Mulailah membenci riba dan anak2nya.....

Mari kita cuba bahas satu per satu.
Penukaran Tabungan Jangka Panjang/Berlebih dari Bank/wang Kertas ke Dinar Dirham.
Apa maksudnya tabungan jangka panjang/berlebih? Sederhananya, tabungan
yang menurut Anda tidak akan diambil/digunakan dalam waktu minimal 1
tahun. Misalnya tabungan haji, tabungan pendidikan anak, tabungan beli
tanah/rumah, dll.
Untuk apa? Tentu sahaja paling tidak sebagai pelindung nilai dari harta
Anda supaya tidak tergerus inflasi yang merampas hasil jerih payah Anda.
Kenapa tabungan jangka panjang? Tentu sahaja supaya arus belanjawan
harian Anda tidak terganggu. Belum semua orang tahu dan mahu menerima
Dinar Dirham sebagai alat jual beli. Untuk jual beli sehari2, silakan
tetap gunakan uang kertas Anda. Anggap itu kondisi darurat.
Dimana menukarkannya? Silakan datang ke Wakala terdekat
Kalau pakai emas jongkong 24k boleh ke tidak? boleh tidak ada yg melarang, tapi agak sulit kalau mau bayar zakat.
Dimana saya menyimpannya supaya selamat? Terserah Anda, di rumah juga
bisa. Kalau khawatir, sewalah deposit box, atau simpan ke tabungan Dinar
apabila Wakala terdekat mempunyai fasilitinya.
Selain bermanfaat bagi Anda dan keluarga, menarik tabungan jangka
panjang dari Bank juga akan memberi kesan negatif bagi Bank. Semakin
banyak keluarga yang mengambil tabungannya maka akan semakin cepat
sistem Bank menjadi kolaps. Tentu saja kita harus membuat sistem riba
ini kalah dan hancur sedemikian rupa, untuk memulai sistem yang jauh
lebih adil
"Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah pula. Jadi tiada sebab kenapa 50
peratus daripada negara Islam patut hidup dalam kemiskinan dan
kemelaratan. Kini masanya sudah tiba untuk kita ubah sikap kita,
mengubah sistem kewangan kita kepada yang asal, bersih dari riba dan
menadah rahmat kurnia dari Tuhan kita!!"
"Saya berharap kerajaan boleh memberi sedikit dana untuk kita
membangunkan dinar emas ini. Ia supaya sistem ini dapat dibangunkan
dalam masa dua tahun ini di mana yang dijangkakan pengangguran akan
bertambah."
Apa kaitan Dinar danDirham Kelantan sebagai matawang Syariah?
Dinar dan Dirham Kelantan dikatakan matawang syariah kerana ianya halal
menurut syarak. Dinar dan Dirham Kelantan menggunakan Piawaian Khalifah
Umar Al-Khattab. Piawaian ini menetapkan hubungan dinar-dirham sebagai
berat 7 koin 1 dinar bersamaan dengan berat 10 koin 1 dirham. Secara
amnya berat 1 dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (91.7%); manakala 1
koin dirham bersamaan 2.975g perak tulen.
Benarkah perkataan Dinar & Dirham ada di dalam Al Quran?
Perkataan dinar dan dirham disebut didalam Al-Quran pada:
Surah Imran (3):75 yang bermaksud “Dan di antara Ahli Kitab, ada orang
yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta
sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada
pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun,
ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu
menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: “Tidak
ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi”, dan
mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui
(bahawa mereka adalah berdusta).”;
Surah Yusuf (12):20 yang berbunyi “Dan (setelah berlaku perundingan)
mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja
bilangannya dan merekaadalah orang-orang yang tidak menghargainya.”
Bolehkah Kalimah Syahadah digunakan pada Dinar danDirham?
Boleh. Kalimah syahadah telah mula digunakan semenjak dinar mula-mula
ditempa oleh Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan pada 120H. Dengan menempa
kalimah tersebut melambangkan syiar Islam dan deklarasi iman dalam
setiap keping dinar dan dirham.
Berikan contoh penggunaan dinar dan dirham di zaman Rasul s.a.w?
Contoh penggunaan dinar oleh Rasul s.a.w.
Hadits daripada Urwah bin Abi Al-Ja’d Al-Bariqi, beliau berkata:
“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberinya satu dinar
untuk membeli seekor kambing, lalu ia membeli untuk Nabi Shallallahu
‘alaihi wasallam dua kambing dengan wang tersebut. Maka ia jual seekor
dengan harga satu dinar dan membawa satu ekor kambing dan satu dinar
kepada Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi
wa sallam mendoakannya: “Dia (Urwah ini), seandainya membeli debu tentu
akan untung juga” (HR. Abu Dawud (2810) dan At-Tirmidzi (1/287))
Contoh penggunaan dirham oleh Rasul s.a.w.
Abu Salamah menceritakan, “Aku pernah bertanya kepada Aisyah RA,
“Berapakah mahar Nabi SAW untuk para isterinya?” Aisyah menjawab, “Mahar
beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy.”
Lalu Aisyah bertanya, “Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?” Aku
menjawab, “Tidak.” Aisyah menjawab, “Empat puluh dirham.” Aisyah
bertanya, “Tahukah kamu, berapa satu nasy itu? “Aku menjawab, “Tidak.”
Aisyah menjawab, “Dua puluh dirham.” – (HR. Muslim).
Berikan contoh kaitan dinar dan dirham dengan Hukum Syarak?
Contoh dari segi zakat ialah nisab atau ukuran zakat ialah ½dinar bagi
setiap 20 dinar dan 5 dirham bagi setiap 200 dirham; yang cukup haulnya.
Manakala hudud dijalankan dalam kes kecurian yang nilainya melebihi ¼
dinar.
Apakah kaitan Pemerintah dengan Dinar dan Dirham?
Dinar dan dirham berkait rapat dengan kerajaan. Ini diperhatikan dalam
Surah An-Nisa: 59: “Wahai orang yang beriman! Patuhlah kepada Allah dan
patuhlah kepada Pesuruh Allah dan mereka yang memerintah kamu.” (An-Nisa
(3):59)
Menurut Al-Qurtubi dalam Tafsir Al-Quran beliau, ayat tersebut merupakan
perintah supaya umat Islam taat kepada pemerintah dalam tujuh perkara.
Perkara pertama ialah penempaan dinar dan dirham; dan enam yang lainnya
ialah penetapan berat dan ukuran, keputusan mahkamah, haji, Jumu’ah, dua
Hari Raya dan Jihad. Dalam kata lain, urusan dinar ialah urusan agama
Islam dan kedaulatan daulah Islam. Penggunaan dinar melambangkan
kepatuhan kepada perintah Allah; bukan semata-mata urusan ekonomi.
Apakah Dinar Dan Dirham Kelantan sahaja yang boleh dijadikan matawang?
Tidak semestinya. Di sepanjang sejarah manusia terdapat pelbagai
komoditi yang digunakan sebagai wang. Komoditi di atas termasuklah
binatang ternak, bijirin, manik-manik, cengkerang, rokok, tembaga dan
timah. Emas dan perak telah terpilih sejak berzaman sebagai matawang
kerana mempunyaiciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik,
mudah dibahagi, mudah dibawa, diterima khalayak ramai dan tidak mudah
dimusnahkan. Imam Malik di dalam Kitab Al-Muwatta menjelaskan bahawa
wang ialah apa-apa komoditi yang lazimnya diterima pakai sebagai bahan
pertukaran.
Adakah Koin Kijang Emas sama dengan Dinar Kelantan?
Tidak sama. Spesifikasinya berbeza daripada Dinar Kelantan.Kijang Emas
ialah koin emas seberat ¼, ½ dan 1 troy ounce yang dilancarkan Bank
Negara Malaysia sekitar Julai 2001. 1 troy ounce adalah bersamaan 31.1
g, 1 Dinar Kelantan pula 4.25g.
Benarkah wang kertas seperti dolar Amerika, Yen Jepun dan ringgit
Malaysia 100% disandarkan dan boleh disaling-tukar dengan emas?
Tidak benar. Berdasarkan sistem kewangan dunia kini, tiada satu pun mata
wang nasional yang bersandarkan emas. Wang kertas hanya boleh ditukar
dengan wang kertas yang lain. Sebagai contoh; jika seseorang ke bank
pusat seperti Bank Negara Malaysia untuk menukarkan sekeping wang $100,
beliau akan diberikan SAMA ADA 2 keping wang $50 ATAU 10 keping wang
$10; ATAU 100 keping wang $1 tetapi tidak sama sekali ditukarkan dengan
emas.
Adakah Dinar Kelantan sejenis Wang Fiat?
Dinar Kelantan bukan wang fiat, ianya alat tukar sukarela . Wang fiat
adalah wang yang nilainya dikuatkuasakan oleh undang-undang negara. Wang
fiat menjadi wang sah melalui perintah atau paksaan kerajaan. Wang fiat
diperakukan sebagai medium melangsaikan hutang melalui undang-undang.
Jika pemiutang tidak mahu menerima wang fiat sebagai bayaran
melangsaikan hutang, beliau boleh dibawa ke mahkamah! Wang fiat
merupakan nota janji kerajaan. Wang fiat sesuatu negara tidak menjadi
wang sah di luar sempadannya kerana undang-undang sesebuah negara hanya
berlaku di dalam sempadan nagara itu sahaja. Dinar Kelantan boleh
diterima di mana saja, asal saja ada kesudian pembeli dan penjual.
Dinar Kelantan ialah koin emas, bukankah Ringgit disandarkan kepada emas?
Sandaran kepada “wang kertas BNM” atau lebih dikenali sebagai Ringgit
adalah wang kertas yang lain; seperti Dollar Amerika, Yen Jepun, Euro
dan seumpamanya. Emas cuma merupakan sebahagian kecil daripada rizab
BNM, sekitar 1.5% (Cuma RM1.452 bilion daripada RM94.772 bilion; setakat
30 Jun 2010). Rujuk Bank Negara Malaysia
Mengapa perlu umat Islam beralih daripada wang kertas atau wang fiat kepada koin dinar seperti Dinar dan dirham Kelantan?
Mengapa tidak? Penggunaan dinar serta dirham adalah antara sunnah Rasul
s.a.w. Selain daripada berpeluang mengikuti jejak langkah baginda,umat
Islam dapat disatukan melalui penggunaan dinar yang tidak mengenal
sempadan. Corak tempaan dinar mungkin berbeza-beza tetapi berat dan
ketulenannya adalah serupa di serata pelusuk daulah Islamiah. Satu
Dinar, Satu Ummah
Segerakan guna dinar emas
Merudumnya ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang berasaskan sistem ekonomi
kapitalis menyebabkan banyak negara turut dilanda kegawatan ekonomi.
Jatuhnya sebuah negara kaya seperti greece,perdana menteri dan menteri
kewangannya meletak jawatan,disusuli menteri2nya,dan membentuk kerajaan
sementara, dan yang terbaru negara italy,berlaku perkara yang sama,
mengundang malapetaka yang sangat dasyat, huru hara dalam negara,
demontrasi disana sini, rakyat menderita kelaparan dan sebagainya adalah
natijah daripada kegagalan sistem bank pusat dan kejatuhan sistem
kapitalis
Bagaimanapun, budaya ekonomi Islam sebenar adalah berasaskan dinar. Ini
sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dan di antara ahli-ahli kitab,
ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta
sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan
ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya
satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu,
kecuali kalau kamu selalu menuntutnya. (ali-‘Imran: 75)
Ini mengingatkan kita kepada saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad tentang penggunaan dinar emas pada tahun 2002.
Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto NAIM AZIZ menemu bual Dekan
Institut Kewangan dan Perbankan Islam Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera bagi mengupas
isu ini.
Mega: Apakah peranan sektor perbankan dalam krisis kewangan global sekarang?
DR. AHAMED KAMEEL: Amat jelas bahawa sektor perbankan bertanggungjawab
dalam kejatuhan sistem kewangan yang melanda dunia. Dalam hal ini, saya
memetik kata-kata Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy iaitu, “laissez
faire telah mati”.
Sektor perbankan dipertanggungjawabkan di atas krisis ini kerana banyak
‘mencipta wang’ tanpa had yang tidak disandarkan kepada apa-apa, pada
kadar yang jauh lebih tinggi daripada kemampuan sebenar perkembangan
ekonomi sesebuah negara sehingga menyebabkan bubbles.
Wang dan sistem kewangan amat berkaitan dengan penghasilan kekayaan.
Dalam hal ini, institusi kewangan memainkan peranan penting. Ia
memobilisasi simpanan sedia ada dan menyalurkan kepada para pelabur agar
dapat digunakan untuk penghasilan kekayaan.
Sebab itu, peranan institusi kewangan ini tidak boleh dipandang remeh.
Namun, apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh
negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah
gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau
antarabangsa.
Adakah perbankan Islam selamat daripada krisis ini?
DR. AHAMED KAMEEL: Buat masa ini, bank-bank Islam kelihatan stabil dan
mampu mengatasi krisis memandangkan mereka tidak melabur dalam instrumen
hutang seperti tanggungan hutang berasaskan kolateral (collateralized
debt obligations) atau instrumen derivatif (credit default swaps) yang
menyebabkan kejatuhan sistem kewangan.
Bagaimanapun, semua bank adalah saling berkaitan antara satu sama lain
melalui rangkaian transaksi perakaunan. Oleh itu, kejatuhan bank-bank
konvensional akibat pengecutan kredit (credit crunch) akan juga
menjejaskan perbankan Islam.
Pada masa ini, perbankan Islam telah bergabung dengan perbankan
konvensional. Oleh kerana itu, mereka saling berkaitan melalui
rekod-rekod perakaunan. Ini mengakibatkan bank yang mengamalkan sistem
perbankan Islam kurang berdaya tahan dalam menangani kemelesetan
kewangan global.
Sebagai rakan kongsi bank konvensional, bank Islam turut beroperasi
dalam ruang lingkup sistem perbankan rezab berkadar (fractional reserve
banking) yang menggunakan ‘wang fiat’ yang tidak disandarkan dengan
komoditi sebenar seperti emas dan perak.
Bagaimana penggunaan dinar emas boleh mengatasi kerapuhan kredit yang dialami sekarang?
DR. AHAMED KAMEEL: Jika bank dan kewangan Islam mahu memainkan peranan
yang lebih bermakna ke arah peningkatan ummah, ia harus kembali kepada
bentuk asal. Menyandarkan wang kepada ekonomi benar melalui komoditi
utama.
Sekarang adalah masa yang sesuai memperkenalkan dinar emas sebagai mata
wang. Ia boleh mengelakkan penghasilan wang yang akan mewujudkan
bubbles. Tanpa usaha dan langkah tersebut adalah mustahil memerangi
masalah kemelesetan ekonomi global.
Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah melihat
kebaikan dinar emas untuk digunakan sebagai wang seragam dan sama nilai
sejak 2002 lagi. Tetapi pada ketika gagasan ini agak baru, dipandang
remeh dan dilihat sebagai saingan dan meniru euro dolar di Eropah. Ramai
yang tidak percaya dolar AS akan runtuh sebagai mana hari ini.
Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah
digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi,
iaitu dinar. Dinar emas telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al
Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke
Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya.
Dalam ekonomi, dinar boleh berperanan untuk meningkatkan serta
mempertahankan kekayaan. Emas juga tidak mudah runtuh dan nilainya akan
meningkat semasa inflasi. Bukan seperti mata wang di mana semasa inflasi
nilainya akan jatuh.
Saya yakin apabila harga barang diletakkan pada kadar emas inflasi tidak
akan berlaku. Emas tidak boleh dicipta sesuka hati dan nilainya bukan
sahaja tetap, tetapi ia juga tidak mudah rosak walaupun ditanam
beratus-ratus tahun lamanya. Sebab itu, selepas krisis ekonomi pada
tahun 1997 akibat penyangak mata wang George Soros, kerajaan
mengenalpasti bahawa dinar emaslah penyelesaiannya.
Penggunaan dinar emas bukan bermakna kita mesti memikul emas setiap kali
berurus niaga. Sebaliknya, ia menjadi asas kepada kedudukan simpanan
kewangan kita.
Antara mekanisme berbelanja ialah mewujudkan sistem pembayaran emas
elektronik seperti kad debit yang digunakan sekarang. Dengan itu, kita
boleh berbelanja tanpa menggunakan wang fizikal.
Spekulator mata wang pun tidak boleh membuat spekulasi sebab dinar emas
ini adalah benar bukan seperti wang yang boleh dicetak sesuka hati yang
tiada nilai intrinsik.
Contohnya, Semasa Perang Vietnam 1969-1975, AS dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan.
Ironi dalam hal ini adalah tidak yakinnya negara-negara Islam termasuk
anggota OIC menggunakan dinar emas. Bagaimana mengatasinya?
DR. AHAMED KAMEEL: Antara sebab paling kuat adalah kita sudah terlalu
lama dalam sistem kewangan sedia ada. Kita sangka sistem perbankan AS
itu yang terbaik.
Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua mata wang
negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan mata
wang AS.
Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi
kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan. Akibatnya wang kertas
dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.
Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan
tahun lamanya. Ia runtuh dalam pemerintahan Uthmaniah yang membuat
pinjaman wang dari Britain.
Jangan kita bimbang membebaskan diri daripada sistem kewangan
konvensional yang mengamalkan riba. Ingatlah firman Allah yang
bermaksud: Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba)
maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu...
(al-Baqarah: 279)
Dinar emas disasarkan kepada negara-negara Islam yang menyertai
Persidangan Negara-negara Islam (OIC). Dinar emas diharap menjadi
mekanisme pasaran global yang dapat mengatasi masalah penyangak mata
wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Negara-negara Islam yang
banyak mengeksport petroleum diharap dapat menjayakan wawasan murni yang
pernah digunakan oleh Rasulullah.
Apabila kita terima dolar sebagai mata wang antarabangsa, mereka boleh
menciptanya begitu sahaja lalu membeli barang dari seluruh dunia. Itulah
yang akan dilakukan dengan wang pembiayaan AS700 bilion dan beberapa
trilion oleh Federal Reserve bagi menangani krisis kewangan termasuk
Lehman Brothers di AS.
Saya berharap kerajaan boleh memberi sedikit dana untuk kita
membangunkan dinar emas ini. Ia supaya sistem ini dapat dibangunkan
dalam masa dua tahun ini di mana yang dijangkakan pengangguran akan
bertambah.
Jika kita melaksanakan suruhan Allah, insya-Allah kita akan dipelihara
daripada kesulitan. Malah diberi rezeki daripada pelbagai cara. Allah
berfirman yang maksudnya: Jika sekiranya penduduk sesebuah negeri itu
beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka
berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan ayat-ayat kami
itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya. (al-A’raaf: 96)
Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang maksudnya: Dan jika mereka
sungguh-sungguh menjalankan (hukum) Taurat, Injil dan (al-Quran) yang
diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, nescaya mereka akan mendapat
makanan dari atas mereka dan dari bawah mereka...(al-Maidah: 66)
Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah pula. Jadi tiada sebab kenapa 50
peratus daripada negara Islam patut hidup dalam kemiskinan. Kini masanya
sudah tiba untuk kita ubah sikap kita, mengubah sistem kewangan kita
kepada yang asal, bersih dari riba dan menadah rahmat kurnia dari Tuhan
kita.
SEKARANG... INILAH HASILNYA!!!
PLN Yunani Sabotase Aliran Listrik ke Kantor Pemerintah
Rabu, 16 November 2011 16:31 WIB
Today Analysis Forex
• Akankah Pelemahan GBPUSD Berlanjut ke 1.5660?
• USDCHF Masih Solid Dalam Channel Bullish
• EURUSD Berpotensi Rebound Sebelum Turun Lebih Jauh
• EUR: Cenderung Bearish, Bidik 1.3311
• GBP: Terpuruk, Pecah Resistance 1.5800, Potensial ke 1.5866
Monexnews - Pekerja di perusahaan milik negara melakukan sabotase
terhadap kantor pemerintahan Yunani. Karyawan perusahaan listrik memutus
pasokan energi ke Departemen Kesehatan karena institusi bersangkutan
belum kunjung membayar tunggakan jutaan euro.
Para pekerja, yang berasal dari serikat buruh GENOP, memutus aliran
listrik selama 4 jam. Mereka menuntut instansi pemerintah itu melunasi
tagihan dari Public Power Corporation (PLN negara Yunani) senilai 3,8
juta euro. Sedangkan total tagihan pemerintah pusat kepada PPC sudah
mencapai 141 juta euro.
Kementerian kesehatan di Athena mengatakan bahwa sambungan listrik akan
kembali normal pada siang hari waktu setempat. Pekerja PPC juga
memprotes pajak properti baru terhadap penggunaan listrik rumah tangga.
Dalam aturan itu, pihak yang tidak membayar tagihan listrik akan
langsung terkena pemutusan aliran. Hal itu sangat memberatkan warga yang
saat ini tertekan oleh himpitan ekonomi nasional. Besaran pungutan baru
ditetapkan antara 50-20 sen euro per meter persegi. Kebijakan baru itu
diharapkan mampu memberi pemasukan segara sekitar 2 miliar euro di akhir
tahun.
"Pajak itu sulit diterima," ujar Presiden GENOP, Nikos Fotopoulos kepada
media Kathimerini. Ia menilai kebijakan sebagai upaya jalan pintas di
saat pemerintah sendiri gagal melunasi tagihan listriknya.
"BERSAMA KEMBANGKAN ILMU EMAS"
Yang Benar,
shahril rakeb
.............................................
Shahril Rakeb
Pengurus II
Wakalah NNM GOLD RESOURCES,KGT
(Rangkaian Wakalah - QSSR GOLD RESOURCES)
H/P: 017-685 4189