Dinihari Dinar - Souq Qafilah

KOTA BHARU, 5 April: Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012, rakyat serta pelancong yang berkunjung ke negeri itu boleh merasai pengalaman membeli belah di Bazar Tok Guru (BTG) dengan menggunakan matawang syariah dinar dan dirham.


Atas inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan menerusi anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade (KGT) dan Wakala-Wakala (wakil Jualan Dinar Dan Dirham) kedai-kedai di BTG kini menerima urusniaga menggunakan mata wang syariah itu sejak pertengahan bulan Mac lalu.

:- Seorang peniaga di bazar Tok Guru menunjukkan logo yang menunjukkan urusniaga Dinar & Dirham diterima di kedai beliau.










Untuk kemudahan pengunjung dan pembeli, kedai-kedai yang menerima dinar dan dirham boleh dikenalpasti dengan dengan melihat kertas penanda bercetak 'Kami Terima Dinar dan Dirham' yang ditampal di dalam kedai atau bertanyakan terus kepada peniaga.

"Sebanyak 50 peratus peniaga di Bazar Tok Guru, Kota Bharu sudah menerima dinar dan dirham dalam jualan harian mereka dan ini adalah satu perkembangan positif ke arah mengembalikan matawang syariah kepada ummah.

"ini satu usaha murni Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Datuk Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata Pengurus Besar KGT, Tuan Hj. Mahadi Mokhtar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Sementara itu, KGT juga katanya akan menganjurkan Souq Dinar Dirham bagi memberi lebih peluang kepada orang ramai membeli belah dengan menggunakan dinar dan dirham.

Beberapa program diluar Kelantan juga turut diadakan termasuk penganjuran pasar terbuka yang menjalankan jual beli menggunakan dinar dirham yang telah diadakan di Shah Alam dan Bangi baru-baru ini.


Terbaru katanya, ianya akan diadakan di Masjid Al-Husna, Masjid Bandar Sunway, berdekatan dengan Sunway Pyramid, Petaling Jaya pada 7 April ini.

"KGT menjemput peniaga barangan halal untuk menyertai Pasar Terbuka Dinar Dirham tanpa yuran penyertaan dan sewaan tapak hanya perlu bawa kerusi meja sahaja," katanya.

Untuk mendapatka dinar dan dirham KGT, Hubungi Wakalah Kami www.dinarkel.net (wakalah Bayu Melawi -Kelantan EN.ISMAIL JOHARI 0199898965) dan Wakala NNM Gold Resources - Putrajaya EN. SHAHRIL IQBAL B. ABDUL RAKEB 013-5043649)

GAMBAR-GAMBAR DI SOUQ QAFILAH DI MASJID AL-HUSNA, BANDAR BARU SUNWAY, 7 APRIL 2012



Pengunjung wanita dari Johor membuat bayaran fidyah kepada Ustaz Mawaridi (baju putih) sambil diperhatikan oleh Pengarah Urusan Wakalah NNM GOLD RESOURCES, Ismail Johari (baju merah), saya sendiri, Shahril Rakeb (baju biru) dan Fais (baju oren

Puan Norliza (Pelakon dalam Telemovie & Filem Nur Kasih)  memberikan ucapan ringkas tentang pengalaman beliau menggunakan Dinar & Dirham



Antara sahabat-sahabat penguna/pengedar Dinar & Dirham

Wakil dari Singapore menceritakan pengalaman beliau
 

0 comments:

Post a Comment