SESI PENERANGAN..............
Ramai antara pengunjung ingin tahu,
jika beli kemudian jual..
dan bertanya mahu jual dimana?
Dan mahu simpan
dimana?
Dan banyak lagi persoalan-persoalan yang timbul, yang lebih
parah lagi, beli hari ni, mahu jual hari ini juga..
ada beli hari ni, mahu jual esok..
Bagi saya
pemahaman kaedah pelaburan semacam ini salah BESAR!!!!
Pelaburan adalah
untuk jangka masa panjang, dari 6 bulan ke setahun, baru ada keungtungan
emas dari 25 ke 60 peratus.Kaedah pelaburan perlu difahami. Apa yang
penting selain pelaburan/simpanan, beli harga murah, kemudian jual harga
tinggi, dapat percent jadi dealer dan keuntungan jual/beli kami
bukanlah menggalakkan.
Tumpuan kami sekarang adalah untuk BERMUAMALAT!!!
Ada
dua tujuan pada hemat saya untuk membeli/menukar duit fiat (duit
kertas) kepada dinar emas.
Pertama sebagai mekanisma pelaburan, iatu
simpanan. Simpan bermaksud membeli dengan harga yang kompetetif (tidak
semestinya murah) atau rendah dan Jual dengan harga yang kompetetif
(tidak semestinya mahal) atau tinggi dan mendapat keuntungan. Jangka
masa MESTI dalam lingkungan 6 ke 12 bulan atau lebih. Itu adalah tujuan
pelaburan/simpanan. Keuntungan emas bukanlah keuntungan segera!! Beli
hari ini kemuadian esoknya jual.. atau beli sebentar tadi dan jual
beberapa minit kemudian, sudah tentu ada spreed atau beza harga jual
beli. Tidak ada penjual akan ambil atau beli dengan harga yang sama.
Panduannya ialah, Mesti jual pada/tempat yang kita beli, yang memberi
tawaran spreed yang rendah. Lima ke enam peratus hanyalah sedikit
keuntungan bagi pihak penjual. Ini bukanlah Kaedah yang baik jika beli,
Nampak sedikkt keuntungan terus jual..itu bukan plaburan/simpanan, itu
adalah peniaga, MESTI faham istilah pelaburan atau peniagaan!!!
Pelaburan
atau simpanan mestilah dengan lebihan wang, jangan kita membuat
pelaburan dengan wang yang untuk dibelanjakan, contohnya wang dari
simpanan kita untuk menyimpan emas/dinar, jika tidak kita akan mengalami
masaalah aliran tunai perbelanjaan kita.
Simapan/melaburlah
dengan bijak dan dapatkan ilmu sebanyak mungkin untuk mendapat
keuntungan yang dikehendaki.
Kemudian kita beli sebagai agent/dealer
adalah lebih menguntungkan jika kita ingin menjadi peniaga emas,
dapatkan peratusan keuntungan secara jelas dan satu masa terus, jangan
keuntungan atau peratus keuntungan diberi secara tangguh atau dibayar
secara tetap haribulan sekian-sekian, bagi peniaga, keuntungan terus
adalah lebih baik. Lebih parah lagi, emas dibuat secara keuntungan bonus
dan secara MLM!!
Ingat!!! Emas/dinar adalah barang ribawiah dan peniaga
MESTI berhati-hati mengendalikanya!!!
Simpanan/peaburan
tidaklah salah, didalam al-quran sendiri Allah menyebut “simpan” “orang
yang nyimpan emas dan perak” tetapi ingat!!! Ada bahagian orang lain
disana..
ZAKAT jika cukup nisab dan haulnya.. mesti dipelajari setiap
individu muslim.Tentang Zakat ini, disini saya tidak mahu menyentuh bab
zakat, lain sessi..
Kita tinggalkan BAB PELABURAN/SIMPANAN, Apa yang lebih penting adalah, matawang Syariah ini adalah untuk MUALAMAT, Kita tumpukan muamalah atau jual beli menggunakan dinar dan dirham serta fullus.
Duit
Kertas atau fiat money ini adalah dipengaruhi inflasi, nilai
emas/dinar adalah stabil, kita tumpukan dahulu buat masa ini tentang
hal-hal IBADAH seperti , mengunakan dinar dan dirham, untuk pembayaran
mahar atau mas kahwin, untuk ibadah haji dan umrah, untuk ibadah korban
dan aqiqah, untuk ibadah urusniaga harian atau transaksi jual beli,
pembayaran zakat, samaada zakat fitrah,zakat harta, zakat ternakan,
peniagaan dan lain-lain.. pembayaran gaji dan perkhidmatan dan
lain-lain. Oleh itu perlu saya jelaskan, satu persatu instrumen atau cara
melaksanakan muamalah dengan
dinar dan dirham untuk tujuan tersebut.
Hinggakan perlaksanaan HUKUM
HUDUD sendiri melibatkan dinar dan dirham ini, iaitu pembayaran denda
atau diat, lagi bagi tujuan derma/infak/sedekah dan lain-lain.
Kita lihat satu persatu cara atau instrument jual beli atau transaksi mudah untuk kita amalkan mualamat harian kita…………………….bersambung……
0 comments:
Post a Comment