SERANGAN TERHADAP DINAR DAN DIRHAM


Siaran Akhbar

Serangan terkini terhadap Dinar dan Dirham serta Kelantan Golden Trade (KGT) menerusi TV3 semalam adalah dirujuk. Isu yang sama berulang sejak seminggu yang lalu tanpa apa-apa maklumat yang kukuh.

Justeru, jika TV3 boleh menyiarkan tuduhan itu, saya memohon untuk muncul memberikan penjelasan di TV3 melalui siaran langsung pada bila-bila masa. Diharap TV3 bersedia memberikan keadilan jika ia benar-benar berpihak kepada kebenaran.
Saya juga mencadangkan agar TV3 menganjurkan forum terbuka secara langsung antara saya dan Dato’ Dr Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan mengenai isu ini. Saya berharap Dato’ Dr Awang Adek boleh bersetuju dan saya memberikan tempoh 21 hari untuk menyatakan persetujuan.

Sekian, terima kasih.



Dato’ Husam Haji Musa

Exco Kerajaan Negeri Kelantan

5 Sya’aban 1433 / 25 jun 2012



http://www.sinarharian.com.my/nasional/husam-mahu-debat-awang-adek-letak-syarat-1.60563

Husam mahu debat, Awang Adek letak syarat
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
25 Jun 2012
Husam mahu debat, Awang Adek letak syarat



 Husam Musa, Awang Adek

KOTA BHARU - Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa mencabar untuk berdebat dengan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin mengenai isu syarikat yang mengeluarkan dinar dan dirham, Kelantan Golden Trade (KGT).


Cadangan ini dibuat Husam ekoran kenyataan Dr Awang Adek Adek semalam yang mahukan Kerajaan Negeri menyiasat skandal yang membabitkan KGT.


"Saya minta TV3 menganjurkan forum terbuka secara langsung antara saya dengan Dr Awang mengenai isu ini, saya harap beliau bersetuju dan memberikan tempoh 21 hari," katanya kepada Sinar Harian hari ini.


Dalam pada itu, Awang Adek menjelaskan kepada Sinar Harian bahawa beliau mahu Husam terlebih dahulu menjelaskan dahulu skandal tersebut, dan sekiranya memuaskan beliau akan mempertimbangakan cabaran tersebut.


Isu tersebut timbul apabila bekas Bekas Pegawai Perhubungan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali “Kickdefella” mendedahkan skandal yang syarikat KGT yang membabitkan laporan polis terhadap bekas pegawai kanan syarikat tersebut yang didakwa menipu.



http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11229-kgt-husam-cabar-tv3-anjur-forum-dengan-awang

BM-Premium A IP
BM-Premium B IP
BM-Premium C IP

KGT: Husam cabar TV3 anjur forum dengan Awang

Harakahdaily, 25 Jun 2012



KUALA LUMPUR: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa mencadangkan agar TV3 menganjurkan forum terbuka antara beliau dengan Datuk Dr Awang Adek Husein mengenai Kelantan Golden Trade (KGT).

Cadangan ini dibuat Husam ekoran serangan terkini terhadap dinar dan dirham serta Kelantan Golden Trade (KGT) menerusi TV3 malam tadi.

Isu sama berulang sejak seminggu lalu tanpa apa-apa maklumat konkrit, kata Husam.

"Jika TV3 boleh menyiarkan tuduhan itu, saya juga memohon untuk muncul memberikan penjelasan di TV3 melalui siaran langsung pada bila-bila masa.

"Diharap TV3 bersedia memberikan keadilan jika ia berpihak kepada kebenaran," kata Husam yang juga Naib Presiden PAS.

Husam juga mencadangkan TV3 menganjurkan forum terbuka secara langsung antara beliau dengan Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan mengenai isu ini.

"Saya berharap Dr Awang boleh bersetuju dan saya memberikan tempoh 21 hari untuk menyatakan persetujuan," kata Husam dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebelum TV3 dan Awang Adek campur tangan, akhbar Umno, Utusan Malaysia menyiarkan dakwaan seorang blogger terhadap KGT.

Dakwaan blogger itu sudah dijawab Husam dan juga pengurusan KGT sebelum ini.

Namun ia tidak berhenti di situ apabila Awang Adek pula campur tangan.



Cemerlang



Ketika serangan terhadap KGT berjalan, jualan dirham dan dinar mencatat sejarah dalam Exco Perdagangan di Kota Bharu apabila jualannya mencecah RM500,000.

KGT berjaya menjual dinar dan dirhamnya hampir RM500,000 dalam tempoh enam hari beroperasi sempena Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 dan Konvensyen Halal berasaskan dinar dan dirham bermula 15 Jun lalu.

Pengarah Ekspo, Zulkifli Mamat mendakwa rekod jualan terbaru membanggakan berbanding jualan pada Ekspo Cheng Hoo yang lalu kira-kira RM200,000.



 Utusan Malaysia 24 jun 2012,

2 comments:

Unknown said...

Kalau tak betul, saman ajelah.... Tak payah nak bising-bising...

Shahril Rakeb said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment