KEMBALINYA MATAWANG SYARIAH DIABAD INI

 SAMBUTAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN PADA PENGGUNAAN MATAWANG SYARIAH SUATU LONJAKAN DI MATA ALLAH SWT!

Di abad ini kita umat Nabi Muhammad SAW dengan cara sengaja atau tidak sengaja ada keraguan tersemat di jiwa yang meragui cara Islam!
Mampukah Syariat Islam membawa balik emas dinar dan dirham perak sebagai matawang di abad ini? Nampak macam kembali ke zaman kuno semula? Kalau begitulah yang Islam Syariatkan mengapa para alim ulama’ selama ini berdiam diri? Mampukah Islam membawa kembali kegemilangan ekonomi yang mampu bersaing dengan sistem Kapitalis?

Persoalan seperti – koin dinar & dirham berat tembus kocek; kena rompak nanti bawa koin dinar & dirham atau tak cukup emas dan perak untuk kegunaan masyarakat dan lain-lain sebenarnya adalah berpunca daripada runtuhnya suatu keyakinan terhadap Allah SWT sendiri!




Ya! Keyakinan kita terhadap ‘Akbar’ nya Allah SWT adalah perkara pokok yang secara sengaja atau tidak sengaja tersembunyi di dalam kalbu kita! Dan ini Syirik!! Ya! Kepercayaan serta keimanan kita terhadap Allah SWT sebagai tuhan yang Maha sempurna adalah goyang sebenarnya!





Inilah sebenarnya pangkal segala ketidak yakinan yang mempersoalkan meteodologi secara Syarak ini. Jika benar keimanan dalam jiwa kita akan ‘Akbarnya’ Allah SWT’; sudah tentu keyakinan kita adalah bersifat ‘total’ Cuma yang perlu dibincangkan hanyalah cara mencapai kepada suatu keadaan atau suasana di mana masyarakat kita tidak lagi bergelombang di dalam amalan riba yang jelas diperangi oleh Allah SWT. Sepertimana yang diterangkan dalam Surah Ali Imran ayat 103:

وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَا‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yangbersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya.Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”

Pada pandangan penulis, analogi pergantungan kita kepada ketaatan dan keyakinan kepada Allah SWT sepatutnya adalah sepertimana “Tarzan” Raja Rimba yang bergantung pada ‘tali Allah’ dengan penuh yakin dan tawakkal kepada Allah Azzawajalla.
Keyakinan inilah yang akan membuah ‘ketaqwaan’ sebenar bukan sekadar berpandangan secara ‘apologetik.’



Sebenarnya, ‘cara’ untuk mencapai ke arah sebuah masyarakat yang bebas dari amalan-amalan riba telah pun ada ‘formulasi’nya yang telah sempurna yang dicontohi oleh Nabi kita Junjungan Rasulullah SAW.
Jelas cara atau metodologinya – oleh yang demikian jawapan kepada persoalan cara ini sudah pun terjawab. Di sinilah sebenarnya penglibatan ahli-ahli ilmuan dan cendikiawan Islam memsainkan peranan yang utama dalam menegakkan kembali sistem ‘deenul Islam’ kita.

Maka para ilmuan – penulis menganjurkan tuan-tuan dan puan-puan lah adalah yang lebih arif dalam memeperjuangkan perkara ini sebenarnya, bukan penulis yang tiada keilmuan pengajaran Islam secara formal!

Tuan-tuan dan puan-puan ahli-ahli ilmuan dalam pelbagai bidang mesti bangun membangkitkan kembali masyarakat kita yang buta kepada perundangan Islam untuk membincangkan intipati solusi Syarak dalam pelbagai bidang berkaitan dengan cabang Hukum Syariah ‘Muamalat’ ini.





Malah bidang ‘muamalah’ adalah merangkumi semua aspek kehidupan ‘hablun minnanas’. Penulis difahamkan ini termasuk semua bidang ilmu hukum Syariat – ‘Jenayat,’ Muamalat dan ‘Munakahat’!



Ini bermakna apabila ‘obor api’ dinyalakan oleh Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) dengan menempa koin-koin dinar dan dirham Kelantan sebagai ‘Matwang Syariah’ di abad ini; ‘obor api’ ini harus disemarakkan oleh semua cendikiawan-cendikiawan penampilkan keilmuan serta kepakaran dalam pelbagai bidang ilmu yang amat luas ini.
Tugas ini mesti disambung oleh semua para-para ilmuan ini agar ‘api’ kebangkitan Islam menjadi semarak

0 comments:

Post a Comment