BERITA UTUSAN – 11 OGOS 2011
Impak lebih teruk jika meleset?
|
Ketika dalam kemelesetan, emas menjadi satu bentuk pelaburan
lebih menarik kerana dianggap selamat dan bernilai tinggi.
|
SINGAPURA 10 Ogos - Ekonomi Asia yang masih lagi merasai keperitan
kesan kemelesetan ekonomi global pada 2008 mungkin terpaksa bergelut dengan
situasi yang lebih teruk daripada tiga tahun lalu, menurut penganalisis
serantau.
Kebimbangan akan berlaku
kemelesetan ekonomi sekali lagi semakin memuncak selepas penarafan kredit Amerika
Syarikat (AS) diturunkan buat kali pertama dan pasaran menjunam seperti yang
dijangkakan.
Itali dan Sepanyol pula
dijangka akan 'menyertai' negara-negara Eropah yang lain bagi mencari bantuan
kewangan.
''Pada 2008, hutang
lapuk di bank-bank merupakan masalah utamanya.
''Kerajaan-kerajaan
berhutang dengan bank-bank dan berbelanja banyak wang untuk ekonomi dan
sekarang mereka terpaksa menanggungnya.
''Sebab itu keadaan
semakin teruk berbanding sebelum ini dan tiada siapa dapat menolong
mengatasinya,'' menurut Bank DBS.
Perbelanjaan rangsangan
semasa krisis 2008 oleh sembilan ekonomi Asia Timur termasuk China dan Jepun
ekoran bergantung kepada permintaan AS dan Eropah berjumlah AS$1.3 trilion
(RM3.9 trilion), menurut anggaran Bank Pembangunan Asia.
Rizab Persekutuan AS
telah menyuntik lebih AS$1 trilion dolar dalam ekonomi selepas krisis 2008 dan
menambah lebih AS$600 bilion (RM1.8 trilion) pada 2010.
Rizab Singapura negara
terkaya di Asia susut buat kali pertama 2009 apabila ekonomi negara itu
mengalami kemelesetan teruk sejak kemerdekaan, sebelum kembali kukuh dan
berkembang sebanyak 14.5 peratus pada 2010.
Kejatuhan pasaran saham
Asia Isnin lalu menyebabkan Singapura menyemak semula pertumbuhan ekonomi 2011
daripada lima hingga tujuh peratus kepada lima hingga enam peratus disebabkan
ketidaktentuan dalam unjuran global.
Standard & Poor pula
berkata, kapasiti fiskal bagi Jepun, India, Malaysia, Taiwan dan New Zealand
telah merosot kepada tahap pra 2008.
''Sekiranya keadaan
semakin terjejas, ia boleh menyebabkan impak lebih teruk berbanding sebelum
ini,'' kata agensi itu.
Sistem kewangan serantau
mungkin berhadapan dengan pengurangan kecairan dan meningkatkan risiko
pembiayaan semula dalam tempoh sederhana memandangkan kos pinjaman bertambah.
Asia akan mengalami
kesan pelbagai tahap memandangkan kerajaan-kerajaan dipaksa untuk menggunakan
imbangan kira-kira bagi menyokong sektor kewangan, tambah S&P.
''Implikasi bagi
kebolehpercayaan berdaulat di Asia Pasifik akan menjadi negatif berbanding
pengalaman sebelumnya dan lebih banyak tindakan penarafan negatif akan
mengikut,'' katanya.
DBS berkata, apabila
para pelabur mula 'menghidu' kerajaan-kerajaan juga berada dalam situasi
kekangan seperti mereka, emas mula menjadi lebih menarik.
''Dan kesan kepada
ekonomi sebenar, seperti 2008/09, boleh menjadi dramatik,'' tambahnya.
Bagaimanapun, Ketua
Ekonomi Asia Pasifik IHS Global Insight, Rajiv Biswas masih mengekalkan
pendapatnya bahawa bank-bank pusat di rantau ini bersedia untuk berhadapan
dengan krisis lain, hasil pengalaman 2008.
Menurut beliau,
bank-bank pusat di rantau ini telah membangunkan mekanisme sokongan lebih kuat
untuk memastikan kestabilan sistem kewangan dan peruntukan sokongan instrumen
kecairan dalam institusi-institusi kewangan.
''Kali ini, mekanisme
masih digunakan dan bank-bank pusat lebih banyak pengalaman untuk menangani
masalah berkaitan kecairan dalam sistem kewangan mereka,'' tambah Biswas.
Pengukuhan berterusan
ekonomi China dan Jepun boleh mengekang kesan krisis hutang di AS dan Eropah
kepada Asia, ujarnya. - AFP.
"BERSAMA KEMBANGKAN ILMU EMAS"
Yang Benar,
shahril rakeb
.............................................
Shahril Rakeb
Pengurus II
Wakalah NNM GOLD RESOURCES,KGT
(Rangkaian Wakalah - QSSR GOLD RESOURCES)
H/P: 017-685 4189
0 comments:
Post a Comment