MAKLUMAN TERKINI!!!

PELABUR EMAS BOLEH FAILKAN TUNTUTAN

KOSMO! SELASA 23 OKTOBER 2012

KUALA LUMPUR - Aset yang dirampas semasa siasatan dijalankan bagi kes-kes jenayah melibatkan skim kewangan haram menggunakan emas hanya boleh diuruskan atas perintah mahkamah.
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan di sini semalam berkata, pelabur mungkin boleh mengfailkan tuntutan pihak ketiga kepada mahkamah bagi pemulangan wang atau emas mereka namun maklumat berkenaan perkara itu akan diberitahu apabila prosiding mahkamah selesai.
Kenyataan BNM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) itu dikeluarkan bagi menjawab soalan-soalan orang ramai berkaitan serbuan ke atas syarikat-syarikat yang disyaki menjalankan kegiatan kewangan haram menggunakan emas.
Kenyataan itu menyebut aset dan emas yang dirampas semasa serbuan akan didokumenkan dengan teliti, diambil kira dan disimpan di tempat selamat.
KOSMO! SELASA 23 oktober 2012
Katanya, operasi mencari dan merampas aset-aset tersebut adalah bagi mengelak syarikat yang disyaki daripada menyembunyi bahan bukti selain menghalang daripada lesap.
Harian Metro ; 23 OKTOBER 2012
Ujarnya, pada masa ini siasatan masih lagi dijalankan namun tempoh siasatan bergantung kepada tahap keseriusan sesuatu kes.

Pihak berkuasa baru-baru ini menyerbu beberapa syarikat yang menjalankan perniagaan pelaburan emas dan turut membekukan semua aset dan akaun syarikat tersebut selepas disyaki mengambil deposit haram.




"BERSAMA KEMBANGKAN ILMU EMAS"

Yang Benar,
            shahril rakeb
.............................................
Shahril Rakeb
Pengurus II
Wakalah NNM GOLD RESOURCES
,KGT
(Rangkaian Wakalah - QSSR GOLD RESOURCES)
H/P: 017-685 4189

0 comments:

Post a Comment