PELABURAN EMAS - JANGAN TERTIPU DENGAN KEUNTUNGAN SEGERA YANG DITAWARKAN!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lagi berita yg mungkin kurang sedap didengari...
Baru-baru ini gempar dengan SYARIKAT EMAS yang telah dibekukan aset oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Nasihat saya sebagai salah seorang pelabur mengesyorkan :

1. Siasat latar belakang syarikat tersebut dahulu sebelum membuat apa-apa pelaburan emas.
2. Baca dan fahami dengan teliti mengenai corak pelaburan yang dibuat/disarankan/tawarkan.
3. Fahami sepenuhnya cara pergerakkan pelaburan sama ada SKILL MULTY LEVEL MARKETING (MLM) atau JUAL BELI sahaja.
4. Perlu faham bahawa PELABURAN EMAS BUKAN untuk MEMBUAT CASH dalam masa yang singkat kerana EMAS ITU sendiri adalah EMAS TULEN dan jual beli sahaja adalah mengguntungkan dan BUKAN TUNGGU SETIAP BULAN WANG MASUK KEDALAM AKAUN!!
5. Buat pilihan bijak.Tanya kepada rakan-rakan yang mengetahui tentang emas dengan lebih lanjut.
6. Perlu faham bahawa MEMBELI & MENYIMPAN EMAS FIZIKAL MENDAPAT KEUNTUNGAN MENGAMBIL MASA 6 BULAN HINGGA 12 BULAN dan KEUNTU|NGAN EMAS TERSEBUT ADALAH PADA NILAI EMAS FIZIKAL TERSEBUT DAN BUKAN DALAM BENTUK CASH YANG TERUS MASUK KE AKAUN BANK ANDA.

Anatara Syarikat yang boleh dipercayai / telah mendapat pengiktirafan  :-

1. Kelantan Golden Trade (KGT) - terdapat 15 Wakalah KGT diseluruh negara dan produk adalah keluaran Kerajaan Negeri Kelantan. - Dinar & Dirham
2. Syarikat Emas Public Gold - Barang Kemas serta Jongkong.
3. Syarikat Emas Sri Ayu - Barang Kemas serta Jongkong.
4. Syarikat Emas GSR - Barang Kemas serta Jongkong.
5. Syarikat Emas Sinar Gold - Barang Kemas
(dan ada lagi syarikat emas yang diiktiraf & ini adalah antara sebahagian yang biasa saya berurusan)

Semua syarikat-syarikat diatas adalah menjalankan aktiviti JUAL - BELI EMAS FIZIKAL dan tidak sama sekali menawarkan tawaran KEUNTUNGAN LUMAYAN SETIAP BULAN dan konsep syarikat-syarikat ini adalah sama seperti KEDAI EMAS seperti Poh Kong, Wah Chan dan sebagainya.

Kosmo : Selasa, 9 Oktober 2012
Kosmo : Khamis, 11 Oktober 2012

0 comments:

Post a Comment