Kenyataan Akhbar KGT

KENYATAAN AKHBAR

Tarikh: 19 Jun 2012

Sepanjang pengetahuan Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (“KGT”), tidak ada laporan polis pernah dibuat ke atas mana-mana pegawai kami, khususnya KGT sendiri sebagai sebuah syarikat. Bilangan pegawai KGT juga adalah kecil.

Sukacita jika nama pegawai berkenaan disebut supaya KGT tidak secara liar dikaitkan dengan gambaran yang salah. Pada masa yang sama, suka ditegaskan KGT tidak pernah melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti lain selain menempa, mengedar dan menjual koin-koin dinar dan dirham Kerajaan Negeri Kelantan.

Saya berharap pihak-pihak berkenaan lebih teliti dan professional dalam laporan dan kenyataan mereka serta tidak sewenang-wenangnya merosakkan nama baik KGT. Sementara itu kami sedang mendapatkan nasihat perundangan bagi melindungi integriti dan reputasi KGT terhadap dakwaan-dakwaan yang tidak benar.


Sekian.


Mahadi Mokhtar
Pengurus Besar
Kelantan Golden Trade (KGT)


Sidang Media Khas Dato' Husam Musa 18 Jun 2012
http://www.youtube.com/watch?v=DD9qBQv5ST0

EXPO PERDAGANGAN DUNIA ISLAM DAN KONVENSION HALAL BERASASKAN DINAR & DIRHAM

CEO NNM GOLD RESOURCES

 Malam Pelancaran Dinar Dan Dirham Hologram Pertama Di Dunia

CEO dan Pengurus NNM GOLD















BERMULA HARI INI : Ekspo Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Berasaskan Dinar Dirham

Kerajaan Negeri Kelantan bakal anjurkan sebuah ekspo perdagangan bertaraf dunia - Ekspo Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Berasaskan Dinar Dirham yang bakal berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan .

Tarikh : 15 - 20 Jun 2012
Masa : 10 Pagi - 10 Malam
Tempat : Perkarangan Stadium Muhammad ke iv & Kompleks Balai Islam Kota Bharu (18 Jun 2012)
Disempurnakan Oleh: YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat (MENTERI BESAR kELANTAN)


ANTARA ACARA MENARIK:
1. PESTA MAKANAN ANTARABANGSA
2. PRODUK DUNIA ISLAM
3. PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN ANTARABANGSA
4. PAMERAN ANIMASI DAN MULTIMEDIA
5. PRODUK WARISAN KELANTAN
6. PAMERAN TEKNOLOGI PEMOTORAN DAN MOTOSIKAL
7. PADANAN PERNIAGAAN
8. Pelancaran dinar dan dirham hologram pertama didunia


GAMBAR SEKITAR KARNIVAL Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Berasaskan Dinar Dirham

Wan Azim Wan Azlan (Pengurus Wakalah NNM Gold Resources) Bersama YB Hj Zulkifli Mamat (Tim Exco Kerajaan Negeri Kelantan) Pengerusi Bersama Karnival Bertaraf Dunia di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bahru, Kelantan.


Orang Kuat KGT, Pn Norhayati (kak T), Di booth KGT, Mempamerkan Dinar Dan Dirham Hologram Pertama Didunia

Wakalah Bayu Melawi Sdn. Bhd (En. Azhar Dato' Isahak/En. Ismail Johari) Kota Bahru, Kelantan


Wakalah Al-Fitriah (Hj awalludin) Kuala Lumpur turut menyertai karnival

Persiapan Terakhir pentas pentang tadi untuk perasmian oleh Tok Guru Malam ini

EXPO PERDAGANGAN DUNIA ISLAM 2012

EXPO PERDAGANGAN DUNIA ISLAM 2012 & KONVENSYEN HALAL SEDUNIA BERASASKAN DINAR DIRHAM

 Dari Meja CEO NNM GOLD RESOURCES........

Dikupas semula oleh Pengurus II NNM GOLD RESOURCES........

Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah segala puji bagi Allah s.w.t kerana dilimpahkan nikmat iman dan kesihatan serta kenikmatan yang melimpah ruah, syukur alhamdullillah kerana kita diberi kesempatan untuk menghirup lagi udara segar pagi ini.. Telah banyak program-program yang kami lalui dan yang kami atur untuk memartabatkan Matawang Syariah, Kerjaan Islam Negeri Kelantan, Sekarang masih berlansung Expo Pertanian Negeri Kelantan 2012 yang diadakan pada 5 hingga 10 Jun 2012 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-iv, Kota Bahru Kelantan yang di rasmikan Olah KDYMM As-Sultan Kelantan. DYMM Sultan Muhammad Ke-V. Sama-sama lah kita hadir untuk menambahkan ilmu pertanian dengan tema “PERTANIAN SATU IBADAH”.

Sementara itu satu lagi expo akan berlangsung pada 15 hingga 20 Jun 2012 ini di tempat yang sama dan Perasmian diadakan di Kelantan Trade Center (KTC) oleh DYMM As-Sultan Kelantan dan YAB Dato' Bentara Setia Dato' Menteri Besar Kelantan iatu Pelancaran Versi baru Matawang Syariah, Dinar dan Diraham Kerajaan Islam Negeri Kelantan, Bersama Karnival/Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 dan Konvensyen Halal Sedunia Berasaskan Dinar Dan Dirham.

Kerajaan negeri Kelantan akan menganjurkan Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 & Konvensyen Halal Sedunia Berasaskan Dinar Dan Dirham sebagaimana berikut:

Tarikh : 15 - 20 Jun 2012
Masa : 10 Pagi - 10 Malam
Tempat : Perkarangan Stadium Muhammad ke iv & Kompleks Balai Islam Kota Bharu (18 Jun 2012)

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

ANTARA ACARA MENARIK:
1. PESTA MAKANAN ANTARABANGSA
2. PRODUK DUNIA ISLAM
3. PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN ANTARABANGSA
4. PAMERAN ANIMASI DAN MULTIMEDIA
5. PRODUK WARISAN KELANTAN
6. PAMERAN TEKNOLOGI PEMOTORAN DAN MOTOSIKAL
7. PADANAN PERNIAGAAN

 






































"DINAR DIRHAM PENYATUAN UMMAH"


Yang Benar,
           Shahril Rakeb
................................................
Shahril Rakeb / 017-685 4189
PENGURUS II,
NNM GOLD RESOURCES,
WAKALAH KERAJAAN NEGERI KELANTAN (PMBK)

DARI MEJA CEO NNM GOLD RESOURCES

SESI PENERANGAN..............

Ramai antara pengunjung ingin tahu, jika beli kemudian jual..
dan bertanya mahu jual dimana? 
Dan mahu simpan dimana? 
Dan banyak lagi persoalan-persoalan yang timbul, yang lebih parah lagi, beli hari ni, mahu jual hari ini juga..
ada beli hari ni, mahu jual esok..
Bagi saya pemahaman kaedah pelaburan semacam ini salah BESAR!!!!
Pelaburan adalah untuk jangka masa panjang, dari 6 bulan ke setahun, baru ada keungtungan emas dari 25 ke 60 peratus.Kaedah pelaburan perlu difahami. Apa yang penting selain pelaburan/simpanan, beli harga murah, kemudian jual harga tinggi, dapat percent jadi dealer dan keuntungan jual/beli kami bukanlah menggalakkan.
Tumpuan kami sekarang adalah untuk BERMUAMALAT!!!

Ada dua tujuan pada hemat saya untuk membeli/menukar duit fiat (duit kertas) kepada dinar emas.
Pertama sebagai mekanisma pelaburan, iatu simpanan. Simpan bermaksud membeli dengan harga yang kompetetif (tidak semestinya murah) atau rendah dan Jual dengan harga yang kompetetif (tidak semestinya mahal) atau tinggi dan mendapat keuntungan. Jangka masa MESTI dalam lingkungan 6 ke 12 bulan atau lebih. Itu adalah tujuan pelaburan/simpanan. Keuntungan emas bukanlah keuntungan segera!! Beli hari ini kemuadian esoknya jual.. atau beli sebentar tadi dan jual beberapa minit kemudian, sudah tentu ada spreed atau beza harga jual beli. Tidak ada penjual akan ambil atau beli dengan harga yang sama. Panduannya ialah, Mesti jual pada/tempat yang kita beli, yang memberi tawaran spreed yang rendah. Lima ke enam peratus hanyalah sedikit keuntungan bagi pihak penjual. Ini bukanlah Kaedah yang baik jika beli, Nampak sedikkt keuntungan terus jual..itu bukan plaburan/simpanan, itu adalah peniaga, MESTI faham istilah pelaburan atau peniagaan!!!

Pelaburan atau simpanan mestilah dengan lebihan wang, jangan kita membuat pelaburan dengan wang yang untuk dibelanjakan, contohnya wang dari simpanan kita untuk menyimpan emas/dinar, jika tidak kita akan mengalami masaalah aliran tunai perbelanjaan kita.
Simapan/melaburlah dengan bijak dan dapatkan ilmu sebanyak mungkin untuk mendapat keuntungan yang dikehendaki. 

Kemudian kita beli sebagai agent/dealer adalah lebih menguntungkan jika kita ingin menjadi peniaga emas, dapatkan peratusan keuntungan secara jelas dan satu masa terus, jangan keuntungan atau peratus keuntungan diberi secara tangguh atau dibayar secara tetap haribulan sekian-sekian, bagi peniaga, keuntungan terus adalah lebih baik. Lebih parah lagi, emas dibuat secara keuntungan bonus dan secara MLM!! 

Ingat!!! Emas/dinar adalah barang ribawiah dan peniaga MESTI berhati-hati mengendalikanya!!!
Simpanan/peaburan tidaklah salah, didalam al-quran sendiri Allah menyebut “simpan” “orang yang nyimpan emas dan perak” tetapi ingat!!! Ada bahagian orang lain disana.. 

ZAKAT jika cukup nisab dan haulnya.. mesti dipelajari setiap individu muslim.Tentang Zakat ini, disini saya tidak mahu menyentuh bab zakat, lain sessi..
Kita tinggalkan BAB PELABURAN/SIMPANAN, Apa yang lebih penting adalah, matawang Syariah ini adalah untuk MUALAMAT, Kita tumpukan muamalah atau jual beli menggunakan dinar dan dirham serta fullus.

Duit Kertas atau fiat money ini adalah dipengaruhi inflasi, nilai emas/dinar adalah stabil, kita tumpukan dahulu buat masa ini tentang hal-hal IBADAH seperti , mengunakan dinar dan dirham, untuk pembayaran mahar atau mas kahwin, untuk ibadah haji dan umrah, untuk ibadah korban dan aqiqah, untuk ibadah urusniaga harian atau transaksi jual beli, pembayaran zakat, samaada zakat fitrah,zakat harta, zakat ternakan, peniagaan dan lain-lain.. pembayaran gaji dan perkhidmatan dan lain-lain. Oleh itu perlu saya jelaskan, satu persatu instrumen atau cara melaksanakan muamalah dengan dinar dan dirham untuk tujuan tersebut.
Hinggakan perlaksanaan HUKUM HUDUD sendiri melibatkan dinar dan dirham ini, iaitu pembayaran denda atau diat, lagi bagi tujuan derma/infak/sedekah dan lain-lain.
Kita lihat satu persatu cara atau instrument jual beli atau transaksi mudah untuk kita amalkan mualamat harian kita…………………….bersambung……

PAMERAN SEPANJANG HIMPUNAN HIJAU DI STADIUM DARUL AMAN, ALOR SETAR KEDAH

Sambutan Menggalakkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Sempena Himpunan Hijau pada 1 Jun 2012 di Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah baru-baru ini, Wakalah NNM GOLD RESOURCES dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) & Kelantan Golden Trade (KGT) telah mengadakan pameran tentang Dinar & Dirham.
Turut serta bersama kami adalah Wakalah Munaawwarah Trading telah menjayakan pameran tersebut. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah semua yang hadir disana khususnya & seluruh rakyat Negeri Kedah Am nya tidak betul-betul faham lagi objektif dan misi Dinar & Dirham di keluarkan. Suka saya ingin menerangkan disini adalah sebenarnya untuk membuka mata rakyat terutamanya kepada semua rakyat di Malaysia bahawa penggunaan Dinar & Dirham adalah sebagai salah satu cara untuk kita umat Islam bermuamalah.

Selagi Umat Islam menggunakan WANG KERTAS, selagi itu lah Umat Islam dalam keadaan DARURAT!!
Tujuan utama adalah dengan kembalinya Matawang Syariah ini, Umat Islam kini berpeluang untuk membebaskan diri daripada amalan RIBA!!!!

Dalam surah Al-Baqarah ayat 278-279 Allah S.W.T berfirman bermaksud :

"wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah S.W.T dan tinggalkanlah sisa-sisa RIBA jiika kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak melaksanakannya, maka Aku dan rasulKu istiharkan 'PERANG' atas kamu........."

Ingin saya tegaskan disini bahawa, selain berMUAMALAH dan menghindari diri daripada RIBA, ,membeli & menyimpan Dinar & Dirham adalah satu bentuk PELABURAN MASA PANJANG!!
Fiat Money (Wang Kertas) jika di siat dua SUDAH PASTI tidak laku & tidak diperakukan...TETAPI DINAR & DIRHAM (emas & perak) jika dikerat dua sekalipun masih mempunyai nilai kerana NILAINYA TERLETAK PADA AIN'nya iaitu BERATNYA SENDIRI!!

Insya'allah,setiap negeri di Malaysia akan dapat mengeluarkan Dinar & Dirham Negeri masing-masing untuk kegunaan di Malaysia DAN sememangnya Dinar & Dirham adalah dapat ditukar belikan dengan barang keperluan harian walaupun berada di MEKAH atau di DUBAI sekalipun!!




Saya (baju hijau) ketika memberi penerangan kepada pengunjung bersama pengurus Wakalah NNM GOLD RESOURCES, Wan Azim (tengah) dan CEO, Ismail johari (baju kuning)





turut serta adalah Dealer Wakalah NNM GOLD RESOURCES (dealer Butterworth dan sekitarnya), En Firdaus (berkupiah putih) yang sama-sama turut serta menjayakan program di pameran tersebut.




"DINAR DIRHAM PENYATUAN UMMAH"


Yang Benar,
           Shahril Rakeb
................................................
Shahril Rakeb / 017-685 4189
PENGURUS II,
NNM GOLD RESOURCES,
WAKALA KERAJAAN NEGERI KELANTAN (PMBK)