PAMERAN SEPANJANG HIMPUNAN HIJAU DI STADIUM DARUL AMAN, ALOR SETAR KEDAH

Sambutan Menggalakkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Sempena Himpunan Hijau pada 1 Jun 2012 di Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah baru-baru ini, Wakalah NNM GOLD RESOURCES dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) & Kelantan Golden Trade (KGT) telah mengadakan pameran tentang Dinar & Dirham.
Turut serta bersama kami adalah Wakalah Munaawwarah Trading telah menjayakan pameran tersebut. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah semua yang hadir disana khususnya & seluruh rakyat Negeri Kedah Am nya tidak betul-betul faham lagi objektif dan misi Dinar & Dirham di keluarkan. Suka saya ingin menerangkan disini adalah sebenarnya untuk membuka mata rakyat terutamanya kepada semua rakyat di Malaysia bahawa penggunaan Dinar & Dirham adalah sebagai salah satu cara untuk kita umat Islam bermuamalah.

Selagi Umat Islam menggunakan WANG KERTAS, selagi itu lah Umat Islam dalam keadaan DARURAT!!
Tujuan utama adalah dengan kembalinya Matawang Syariah ini, Umat Islam kini berpeluang untuk membebaskan diri daripada amalan RIBA!!!!

Dalam surah Al-Baqarah ayat 278-279 Allah S.W.T berfirman bermaksud :

"wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah S.W.T dan tinggalkanlah sisa-sisa RIBA jiika kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak melaksanakannya, maka Aku dan rasulKu istiharkan 'PERANG' atas kamu........."

Ingin saya tegaskan disini bahawa, selain berMUAMALAH dan menghindari diri daripada RIBA, ,membeli & menyimpan Dinar & Dirham adalah satu bentuk PELABURAN MASA PANJANG!!
Fiat Money (Wang Kertas) jika di siat dua SUDAH PASTI tidak laku & tidak diperakukan...TETAPI DINAR & DIRHAM (emas & perak) jika dikerat dua sekalipun masih mempunyai nilai kerana NILAINYA TERLETAK PADA AIN'nya iaitu BERATNYA SENDIRI!!

Insya'allah,setiap negeri di Malaysia akan dapat mengeluarkan Dinar & Dirham Negeri masing-masing untuk kegunaan di Malaysia DAN sememangnya Dinar & Dirham adalah dapat ditukar belikan dengan barang keperluan harian walaupun berada di MEKAH atau di DUBAI sekalipun!!




Saya (baju hijau) ketika memberi penerangan kepada pengunjung bersama pengurus Wakalah NNM GOLD RESOURCES, Wan Azim (tengah) dan CEO, Ismail johari (baju kuning)





turut serta adalah Dealer Wakalah NNM GOLD RESOURCES (dealer Butterworth dan sekitarnya), En Firdaus (berkupiah putih) yang sama-sama turut serta menjayakan program di pameran tersebut.




"DINAR DIRHAM PENYATUAN UMMAH"


Yang Benar,
           Shahril Rakeb
................................................
Shahril Rakeb / 017-685 4189
PENGURUS II,
NNM GOLD RESOURCES,
WAKALA KERAJAAN NEGERI KELANTAN (PMBK)

2 comments:

AZLAN BIN ISMAIL said...

Sesi penerangan... Ramai antara pengunjung nak tahu, jika beli kemudian jual.. yang lebih parah beli hari ni, nak jual hari ini juga.. ada beli hari ni, nak jual esok.., bagi saya pemahamnan kaedah pelaburan semacam ini salah BESAR, pelaburan adalah untuk jangka masa panjang, dari 6 bulan ke setahun, baru ada keungtungan emas dari 25 ke 60 peratus. Kaedah pelaburan perlu difahami. Apa yang penting selain pelaburan/simpanan, beli harga murah, kemudian jual harga tinggi, dapat percent jadi dealer dan keuntungan jual/beli kami bukanlah menggalakkan, tumpuan kami sekarang adalah untuk BERMUAMALAT.

Shahril Rakeb said...

Banyak yang nk untung dahulu..tp sebenarnya bila kita BERMUAMALAT,keuntungan itu akan datang dengan sendirinya...semuanya di tangan Allah kerana rezeki kita adalah kehendak-Nya..
Insya'allah...

Post a Comment