DINAR DIRHAM TERAWAL ZAMAN KHALIFAH MALIM IBN MARWAN




Khalifah Abd Malik ibn Marwan telah menyumbang jasa yang begitu besar dalam sistem muamalat Islam, beliau telah menyeragamkan peggunaan Dinar Dirham ke seluruh empayar Islam yang pasa masa tersebut meliputi kawasan Barat daripada Afrika Utara sehingga ke Sepanyol dan Pakistan.

Khalifah Abdul Malik bin Marwan terpanggil untuk mencetak dinar dan dirham kerajaan Islam sendiri kerana ugutan Kerajaan Byzantine mahu meletakkan kata kata penghinaan pada Rasullullah s.a.w pada koin – koin emas mereka dari segi bahasanya dinar mereka. Khalifah bermesyuarat dengan alim ulamak dan pimpinan kerajaan,dengan tercetaklah dinar Islam pertama dengan memakai timbangan yang diberikan oleh Khalifah Saidina Umar Al-Khattab iaitu ' 7 Dinar mesti bersamaan dengan 10 Dirham(dari segi beratnya)'
Pada dinar ini diletakkan kalimah La illa ha illallah dan ayat suci Al Quran.




Dirham juga diselaraskan. Sebelum ini wang perak ada 2 jenis. Dirham Al Musawadah dan dirham tabari. Dirham Al musawadah adalah lebih besar dan lebih berat berbanding dirham Tabari iaitu 8 Danaq untuk Dirham Al Musawadah dan 4 Danaq untuk dirham Tabari. Kedua dua wang perak ini berasal dari Kerajaan Sasanid Parsi.

Dalam mencetak dirham umat Islam sendiri, beliau mengumpul kedua dua dirham, yang besar beratnya 8 danaq dan yang kecil 4 danaq, beliau mengambil 6 danaq sebagai ukuran dirham, yang besar dikecilkan dan yang kecil dibesarkan dengan 2 danaq


Dirham ini mengandungi tiga asas kriteria utama :
1. Beratnya 7/10 yakni 7 mithqal (dinar) bersamaan 10 dirham mengikut Saidina Umar r.a.
2. Beratnya dirham berjaya diseragamkan tanpa dirham yang besar atau kecil.
3. Dirham ini menepati bayaran zakat yang diperintah oleh Rasullullah s.a.w tanpa terlebih bayar atau terkurang.

Khalifah Abdul Malik kemudiannya mengisytiharkan bahawa wang inilah yang akan digunakan ke seluruh empayar Islam. Sesiapa yang tidak menyerahkan syiling lama mereka untuk ditempa semula kepada dinar berbentuk baru akan dijatuhkan hukuman mati.

Dinar Dirham yang dikeluarkan ini juga yang pertama dilabelkan tahun penegeluarannya.

Dinar Dirham ini digunakan sehingga kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniyah, selepas itu penggunaan wang kertas diguna paka menggantikan dinar dirham sehingga sekarang

Namun sejarah telah menunjukkan bahawa penggunaan wang kertas menjadi alat untuk merampas kekayaan umat Islam

sumber
emasdinar.blogspot.com
dinardirham.com
dinarkini.com

0 comments:

Post a Comment