Adakah Emas Bakal Melonjak???

EMAS BAKAL MELONJAK??? SATU LAGI NEGARA BAKAL HANCUR!!!





MONEXNEWS-Tanggal 25 March biasanya ditanyakan oleh masyarakat Siprus sebagai hari kemerdekaan, menandai kejayaan melepas dari pemerintahan kerajaan Islam Othmaniah sekitar 200 tahun silam. Namun tidak demikian halnya dengan apa yang terjadi tahun ini, Bukannya berita gembira, warga Siprus dipaksa menelan pil pahit berupa bencana Kewangan yang paling dasyat dalam sejarah negara kecil itu di abad ini.

Tidak ada siapa yang menyangka bahwa Siprus akan mengalami musibah seperti yang dialami oleh negara jirannya Greece/Yunani. Demi mendapat suntikan dana penyelamat bernilai 10 miliar Euro, pemerintah pusat harus menerima persyaratan yang mendukacitakan lagi tragis!. Masyarakat yang mempunyai simpanan wang dalam jumlah besar di bank nasional kini harus merelakan dananya terpotong untuk memenuhi skema yang ditetapkan oleh pihak kredit internasional. Lebih buruk lagi, kerosakkan system kewangan dipastikan segera menjalar ke serata perekonomian lainnya sehingga rentetan ini menimbulkan penderitaan baru bagi penduduk Siprus

Bank-bank 'pesakitan' yang dalam kenyataannya tidak memiliki rekod kewangan prima, cepat atau lambat harus melakukan efisiensi ekstrim. Di antaranya dengan mengurangi jumlah tangungan pekerja hingga separuh angka normal. Stagnasi di pasar kredit perbankan makin menyumbat roda ekonomi dan memicu penurunan yang berkepanjangan. Tidak hairan jika aksi massa merebak di pusat ibukota dalam beberapa hari terakhir dengan agenda utama memprotes sikap pemerintah yang tunduk pada aturan Uni Eropa.

Sebagian besar bank akan dibuka kembali pada hari Selasa setelah tutup selama 10 hari terakhir. Hanya Popular Bank dan Bank of Cyprus yang dipastikan tetap tutup untuk dua hari ke depan karena pihak otoritas sedang memulai restrukturisasi kebijakan. Konsolidasi antara bank dan pemerintah diperlukan supaya tidak ada aksi penarikan dana besar-besaran oleh nasabah, khususnya yang memiliki jumlah deposit kecil. Sementara dana simpanan di atas 100 ribu Euro sudah dibekukan seluruhnya di Popular Bank dan Bank of Cyprus sebagai objek dari klausul pajak yang ditetapkan oleh Uni Eropa.

"Saya tidak senang sama sekali dengan kesepakatan ini, tapi kita tidak punya pilihan," kilah Menteri Luar Negeri Ioannis Kasoulides. Pemerintah pasrah komponen fiskalnya diacak-acak oleh lembaga internasional demi pencapaian rasio hutangterhadap GDP nasional di bawah 100% di tahun 2020. Pihak nasabah dan deposan yang meyimpan uang banyak di bank-bank Siprus juga harus rela uangnya dipotong sampai 40% untuk membayar 'dosa' pelaku perbankan dan pemerintahnya. Kasus Siprus sedikit banyak hampir identik dengan apa yang dialami oleh Yunani tahun lalu. Untuk memuluskan tahapan bailout-nya, pemerintah Yunani dan Troika sepakat untuk memangkas nilai investasi pemilik modal pada aset keuangan Yunani. Kalau investor surat hutang Yunani kehilangan nilai asetnya dalam obligasi, maka klausul yang diterima Siprus jauh lebih buruk. Nasabah yang bahkan hanya sekedar menyimpan uang untuk dana pensiun juga dipaksa menerima kerugian cukup besar.

Lebih dari itu, Uni Eropa juga menaikkan pajak penghasilan modal dan laba bisnis dari setiap aktivitas ekonomi di Siprus. Klausul lainnya adalah pemberlakuan reformasi struktural, privatisasi aset negara dan menciutkan skala industri perbankan hingga sesuai aturan Uni Eropa hingga tahun 2018. "Dari sini bisa disimpulkan bahwa krisisfinansial akan membuat masa depan warga Siprus jadi lebih berat lagi," ujar Olli Rehn, Pejabat Tinggi Uni Eropa.



LAIN-LAIN ARTIKEL;

IMF JERUT KERAJAAN GREECE




IMF jerut kerajaan Greece

GREECE sekali lagi mencuri tumpuan dunia apabila masih gagal menyelesaikan masalah hutangnya yang berjumlah 340 bilion Euro (RM1.48 trilion) walaupun selepas menerima bantuan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kesatuan Eropah (EU) berjumlah 110 bilion Euro (RM478.7 bilion) tahun lalu.

Kini, satu pakej bantuan kedua berjumlah 120 bilion Euro (RM521.94 bilion) sedang dibincangkan untuk mengelak Greece gagal membayar hutang-piutang dan muflis.

Dengan jumlah hutang bersamaan 150 peratus keluaran tahunannya, Greece kini memegang dua rekod dunia yang tidak dikehendaki iaitu kadar kredit paling rendah untuk sebuah negara berdaulat dan hutang paling mahal diinsuranskan.

Dengan populasi semasa berjumlah 11.3 juta orang, ekonomi Greece sebelum ini membangun pesat sejak menyertai zon Eropah lebih satu dekad lalu.




Bagaimanapun, negara itu dibelenggu masalah rasuah, birokrasi dan penipuan cukai, sehinggalah Greece dilanda kemelesetan ekonomi pada 2009 dan defisit bajetnya mencecah 15.4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Di Athens, Perdana Menteri Greece, George Papandreou yang dihimpit protes rakyat dan bantahan dalam partinya sendiri meneruskan rayuan agar rakyat menyokong pembaharuan untuk berjimat bagi mengelakkan negara itu muflis.

Beliau yang mempertaruhkan masa depan kerjaya politiknya dalam mengambil tindakan tidak popular sebenarnya tiada pilihan lain jika mahu mendapatkan bantuan daripada IMF dan EU.




Selepas Papandreou berucap di Parlimen awal minggu ini, lebih 10,000 orang mengadakan protes di depan bangunan Parlimen kerana marah kerajaan memotong gaji dan pencen pekerja dahulu sebelum memotong gaji para pemimpin Greece.

Sehubungan itu, beliau mengusulkan undi tidak percaya bagi berdepan dengan tentangan dalaman parti dan protes yang menjejaskan popularitinya.

Bagaimanapun, beliau terselamat daripada undi tidak percaya Parlimen dengan memperoleh 155 undi daripada 143 undi, tidak termasuk dua ahli Parlimen tidak hadir.

Kabinet baru Greece yang dikenali sebagai 'Kabinet kecemasan' juga telah menyatakan komitmen terhadap pembaharuan (potongan) lebih ketat mengikut tuntutan IMF itu.

Dalam pada itu, pemimpin pembangkang, Antonis Samaras menuntut Papandreou meletakkan jawatan untuk pilihan raya baru diadakan, seterusnya membolehkan perbincangan diadakan semula untuk syarat-syarat bantuan tersebut.




Papandreou bagaimanapun menyeru pembangkang supaya tidak berbalah dengan kerajaan dalam waktu kritikal ini dan berhenti memberi mesej seolah-olah negara itu kucar-kacir.

Kabinetnya berharap mereka berjaya meneruskan pembaharuan itu menjelang hujung bulan ini tetapi mungkin terpaksa berhadapan ketidakpastian politik selepas beberapa minggu perarakan protes termasuk yang bertukar ganas berlaku pada Rabu lalu.




Situasi ini juga mungkin akan menyebabkan pelabur lari kerana bimbang kemarahan orang ramai akan menggoncang keazaman kerajaan dalam membuat pembaharuan yang perlu dilaksanakan untuk menyelamatkan Greece.

Walaupun menteri-menteri kewangan zon Eropah dijangka bersetuju meneruskan bayaran berikutnya untuk membantu Greece, namun Menteri Kewangan Jerman menegaskan semuanya akan bergantung kepada komitmen yang ditunjukkan kerajaan di Athens dalam memenuhi tuntutan EU dan IMF. Lebih utama, krisis kewangan Greece juga menunjukkan kelemahan struktur mata wang Euro yang kini digunakan di 17 negara anggota EU.




Kemampuan Greece menyelesaikan masalah hutang mungkin menentukan sama ada mata wang Euro akan terus digunakan atau memalukan EU, sehingga ke tahap kesatuan itu sendiri mungkin runtuh sama ada dengan Greece ditendang keluar atau Jerman (ekonomi paling kaya dalam EU) menarik diri.

Canselor Jerman, Angela Merkel kini menghadapi tekanan besar daripada rakyat negaranya yang geram kerana mereka yang terpaksa membayar akibat pembaziran yang dilakukan Greece.




Perdana Menteri United Kingdom (UK), David Cameron pula menegaskan negaranya tiada tanggungjawab membantu menyelamatkan Greece kerana negaranya tidak menggunakan mata wang Euro.

UK dijangka hanya akan menyalurkan bantuan melalui pinjaman melalui IMF sementara IMF pula menegaskan Greece perlu mengetatkan lagi langkah berjimat-cermat sebelum bantuan tambahan diluluskan.


Selain itu, kegagalan Greece membayar hutang juga mungkin membuka pintu kepada malapetaka kewangan global seperti yang berlaku selepas kejatuhan bank pelaburan Lehman Brothers di Amerika Syarikat pada 2008.



Rakyatnya kini telah hilang sabar dengan gerakan berjimat-cermat yang semakin teruk sehinggakan gaji sektor awam dipotong sebanyak 20 peratus dan pencen dipotong sebanyak 10 peratus.

Gerakan jimat-cermat juga semakin meluas melalui peningkatan cukai, potongan manfaat dan gaji serta sekatan persaraan awal yang telah menyebabkan semakin banyak mogok dan protes.




Kadar pengangguran pula dilaporkan semakin meningkat dan tinjauan terbaharu menunjukkan 80 peratus rakyat enggan mengorbankan apa-apa lagi walaupun demi mendapatkan bantuan tambahan daripada EU dan IMF.

Rata-rata pekerja sektor swasta menyalahkan situasi semasa kemewahan sektor awam, manakala kakitangan awam pula menyalahkan penipuan cukai, selain kebanyakan rakyat menyalahkan ahli politik yang korup sebagai punca masalah kewangan Greece.




Tinjauan terbaharu menunjukkan 47.5 peratus rakyat mahu Parlimen menolak pakej pembaharuan yang dicadangkan itu, di samping mahu pilihan raya awal diadakan sebelum penghujung mandat Papandreou pada 2013. - AGENSI



Berita lainnya Indeks berita:

Utang Euro Zone Membengkak Ke Level Tertinggi
Senin, 23 April 2012 21:35 WIB
Utang 17 negara anggota Eropa menanjak ke 87.2% dari GDP di 2011, naik dari 85.3% sebelumnya. Kenaikan ini sekaligus membukukan level hutang tertinggi sejak diperkenalkannya mata uang tunggal Euro.


Perdana Menteri Belanda Rutte Mengundurkan Diri
Senin, 23 April 2012 18:58 WIB
PM Belanda, Mark Rutte akan mengajukan pengunduran dirinya ke Ratu Beatrix hari ini, dan memicu pemilu lebih awal setelah kegagalan negosiasi anggaran di akhir pekan. Langkah ini terjadi setelah


Data PMI HSBC Naik 49.1 di April
Senin, 23 April 2012 10:13 WIB
Indeks manufaktur PMI China mengalami kontraksi lebih jauh di bulan April.


Rilis Data Inflasi Australia Dibawah Perkiraan
Senin, 23 April 2012 8:45 WIB
Indeks harga produsen Australia atau Producer Price Index turun 0.3% di awal kuartal 2012.

Keratan Akhbar:













PENYELESAINYA ADALAH.........................LIHAT VEDIO INI............




Untuk mendapatkan dinar dan dirham KGT, Hubungi Wakalah Kami www.kuasaemaskini.blogspot.com :- Wakala NNM Gold Resources - Putrajaya/KL: EN. SHAHRIL IQBAL-0176854189, ATAU MEMBUAT TEMPAHAN SECARA ONLINE!




KEHANCURAN DUNIA AKIBAT RIBA-KAPITALIS!!!!



Dunia hari ini berada diambang kemusnahan akibat dari kerakusan sistem riba-kapitalis yang lahir bersama dengan idealogi demokrasi-sekular. Perlaksanaan ekonomi kapitalis dalam bentuk sepenuhnya hendaklah mengadakan pasaran bebas, tiada kawalan harga, tiada had kawalan, mereka boleh memasuki atau keluar pasaran tanpa halangan dan aliran bebas modal. Selepas runtuhnya era komunis Soviet Union, pada awal 90an, USA melancarkan New World Order bagi melaksanakan sistem ekonomi kapitalis keseluruh dunia menerusi melalui WTO.

Ekonomi kapitalis ibarat raksasa Frankenstein, yang tidak patuh kepada sesiapapun walaupun kepada tuannya sendiri dan tidak mempunyai sifat peri kemanusiaan. Inilah ibarat sistem kapitalis yang dicipta barat yang diwakili oleh pemodal-pemodal antarabangsa yang tidak terikat kepada peraturan dalam negara tetapi negara hendaklah memenuhi kehendak mereka dan matlamatnya hanyalah mendapatkan keuntungan berganda semata-mata tanpa menghiraukan kesan jangka panjang terhadap alam sekitar. Sifat sebenarnya kapitalis ini adalah lebih tepatnya sama seperti sifat Yakjuj-Makjuj yang bakal keluar di akhir zaman ini. Dalam al-Quran telah digambarkan bahawa Yakjuj dan Makjuj ini adalah satu kaum yang membawa kerosakan kepada manusia dan menjarah semua hasil mahsul bumi tanpa sebarang batasan. Dasar kapitalis menjanjikan pembangunan tanpa batasan bagi mendapatkan sumber kekayaan yang tiada hadnya.



Berbeza dengan kapitalis, pembangunan dalam Islam adalah sebaliknya. Pembangunan berteraskan Islam ini tentunya tidak boleh lepas lari dari bertunjangkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan Islam. Dalam kes ini prinsip-prinsipnya sekurang-kurangnya merangkumi enam perkara asas, yakni pertama, pelaku pembangunan; kedua, skala waktu pembangunan; ketiga kerangka pembangunan; keempat, perkaedahan pembangunan; kelima, peralatan pembangunan; dan keenam, matlamat pembangunan.

Pelaku pembangunan dalam pembangunan berteraskan Islam ini ialah manusia, manakala skala waktunya meliputi alam roh, dunia dan akhirat, kerangkanya ialah fardhu `ain, perkaedahan pembangunannya ialah ibadah, peralatan pembangunannya ialah sumber alam; dan akhir sekali, matlamatnya ialah mardhatillah atau keredhaan Allah SWT.

Secara kasar, prinsip pertama pembangunan berteraskan Islam, yakni manusia sebagai pelaku pembangunan, nampak seperti sama dengan pembangunan kapitalis. Pelaku pembangunan kedua-dua sistem pembangunan ini ialah manusia. Tetapi pada hakikatnya, manusia yang dimaksudkan di dalam pembangunan berteraskan Islam sebenarnya adalah berlainan dari manusia yang difahami di dalam pembangunan kapitalis. Manusia di dalam pembangunan berteraskan Islam adalah manusia hamba Allah dan khalifah Allah, manakala manusia di dalam pembangunan kapitalis adalah manusia ekonomi.


Status manusia sebagai hamba Allah dan khalifah Allah ini membuatkan pelaku pembangunan berteraskan Islam mempunyai falsafah dan fungsi yang berbeza dengan pembangunan kapitalis. Sebagai hamba Allah SWT, mereka terlibat dengan aktiviti pembangunan sebagai salah satu cara mengabdikan diri, atau beribadah, kepada Allah SWT. Dalam melakukan ibadah ini, mereka terus menerus mempertahankan rasa kehambaan mereka kepada Allah SWT. Sebagai khalifah Allah SWT pula, mereka berinteraksi sesama manusia dan sumber alam dengan penuh rasa tanggungjawab, amanah, berakhlak dan penuh etika, sesuai dengan peranan mereka sebagai khalifah Allah SWT itu, atau wakil Allah di atas muka bumi ini.



Sebagai hamba dan khalifah Allah SWT juga, pelaku pembangunan berteraskan Islam tidak terikat dengan hanya aspek-aspek ekonomi yang dinilai dengan ukuran produktiviti, pengeluaran dan kepenggunaan semata-mata, sebagaimana yang difahami dengan pelaku pembangunan kapitalis. Sebaliknya, sebagai hamba Allah SWT, pelaku pembangunan di dalam pembangunan berteraskan Islam tidak putus mendirikan hubungannya dengan Allah SWT (hablum-minallah), di samping sebagai khalifah Allah SWT, menghubungkan diri mereka dengan sesama manusia dan sumber-sumber alam (hablum-minannas). Ganjaran dari amalan menegakkan kedua-dua hubungan ini bukan saja didapati di dunia dalam bentuk material, tetapi juga di akhirat dalam bentuk syurga yang sungguh membahagiakan.

Atas sebab ini jugalah maka skala waktu pembangunan berteraskan Islam, sebagai prinsip pembangunan berteraskan Islam yang kedua, tidak hanya tertumpu kepada alam dunia semata-mata. Sebaliknya ia meliputi tiga alam, yakni alam roh, alam dunia dan alam akhirat.



Alam roh adalah alam sebelum lahirnya manusia ke dunia, di mana semua roh manusia telah mengakui bahawa mereka adalah hamba Allah SWT manakala Allah SWT adalah Tuhan semesta alam. Manusia kemudian dilahirkan ke dunia mengikut giliran masing-masing untuk melaksana dan membuktikan ikrar ini. Setelah itu manusia kembali ke alam akhirat untuk menerima ganjaran, sama ada baik atau buruk.

Ringkasnya, alam roh adalah alam perjanjian, alam dunia adalah alam pembuktian, dan alam akhirat adalah alam ganjaran. Ketiga-tiganya berhubungan secara intim. Alam roh menentukan corak kehidupan di dunia yang mesti diamalkan manusia berdasarkan pengakuan bahawa Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Esa. Alam dunia memberikan ruang dan peluang kepada manusia melaksanakan corak kehidupan itu. Manakala alam akhirat menyediakan natijah, sama ada baik atau buruk, dari bentuk pelaksanaan corak kehidupan di alam dunia.



Penentuan di alam roh, pelaksanaan di alam dunia dan pembalasan di alam akhirat meliputi semua aspek kehidupan manusia. Dalam kes pembangunan, seperti juga dalam semua aspek kehidupan yang lain, ianya jelas mesti bertunjangkan kepada aqidah sebagaimana telah terbentuk di alam roh. Selain dari itu, di alam dunia manusia mesti menggunakan syari`ah sebagai garis panduan pelaksanaan. Natijahnya mestilah melahirkan peribadi-peribadi yang berakhlak.

Aqidah, syari`ah dan akhlak ini sebenarnya merupakan intipati kepada fardhu `ain yang wajib dimiliki dan diamalkan oleh setiap umat Islam. Aqidah boleh didapati melalui ilmu Tauhid. Syari'ah boleh didapati melalui ilmu Fekah. Manakala akhlak pula boleh didapati melalui ilmu tasawuf. Ilmu-ilmu fardhu `ain ini merupakan kerangka pembangunan berteraskan Islam, yakni prinsip pembangunan berteraskan Islam yang ketiga. Sebagai kerangka, ilmu-ilmu fardhu `ain inilah yang mencorakkan sesuatu pembangunan berteraskan Islam.

Pelaksanaan corak pembangunan berteraskan Islam ini pula mestilah berbentuk ibadah, yakni berbentuk pengabdian diri kepada Allah SWT. Untuk menjadi ibadah, setiap usaha pembangunan mestilah mencukupi lima syarat. Pertama, niat mestilah kerana Allah SWT; kedua, isinya tidak bertentangan dengan syari`at; ketiga, pelaksanaannya selari dengan syari`at; keempat, natijahnya juga mengikut syari`at; dan kelima, ibadah-ibadah asas seperti sembahyang, berpuasa, berzakat dan menunaikan haji tidak ditinggalkan. Jelasnya, syarat-syarat ibadah ini membentuk satu bentuk perkaedahan pembangunan berteraskan Islam, sebagai prinsipnya yang keempat.



Prinsip pembangunan berteraskan Islam yang kelima ialah berkenaan dengan peralatan pembangunan. Seperti juga dalam pembangunan kapitalis, peralatan pembangunan berteraskan Islam ialah sumber-sumber alam. Tetapi, seperti dalam kes manusia sebagai pelaku pembangunan, erti dan fungsi sumber-sumber alam mengikut pembangunan berteraskan Islam adalah berbeza dari pembangunan kapitalis.

Sumber-sumber alam dari kacamata pembangunan berteraskan Islam tidak hanya dilihat sebagai mempunyai nilai-nilai ekonomi semata-mata. Lebih dari itu, sumber-sumber alam ini dilihat sebagai anugerah dari Allah SWT kepada manusia, untuk manusia gunakan mengikut keperluan. Anugerah ini pula adalah merupakan ujian, untuk dilihat setakat mana manusia dapat berfungsi sebagai khalifah Allah SWT dalam menguruskan sumber-sumber alam ini. Hak milik mutlak terhadap sumber-sumber alam ini tetap hak milik Allah SWT. Manusia hanya merupakan pemilik sementara sahaja.


Akhir sekali, prinsip pembangunan berteraskan Islam yang keenam ialah berkenaan dengan matlamatnya, yakni untuk mendapat keredhaan Allah SWT, atau disebut mardhatillah dalam Bahasa Arab. Sesuatu usaha pembangunan tidak boleh dikatakan berjaya, walaupun mendapat keuntungan yang besar, sekiranya tidak diredhai Allah SWT. Hanya dengan keredhaan Allah SWT sahajalah seseorang akan memasuki syurga. Dan hanya dengan memasuki syurga sahajalah maka sesuatu usaha pembangunan itu dikira sebagai berjaya dengan sebenar-benarnya.


http://petunjukzaman.blogspot.com/2012/03/kehancuran-dunia-akibat-riba-kapitalis.html
http://www.youtube.com/watch?v=NHdZ8hSuTIU&sns=fb




Eropah: Pulih atau runtuh
BRUSSEL 28 Dis. - Tahun baru ini diharapkan dapat menjanjikan pemulihan kepada zon Eropah menerusi integrasi penuh dramatik ke dalam kesatuan kewangan baharu dengan ramalan bahawa salah satu 'negara kecil' akan meninggalkan mata wang Euro.
Jika 2011 berlalu sebagai 'tahun malang' (annus horribilis) bagi simbol integrasi Kesatuan Eropah (EU), pemimpin-pemimpin Jerman, Perancis dan negara-negara lain yang teruk terbeban hutang pula terpaksa mengambil pilihan yang jelas apabila mereka melangkah ke tahun 2012, genap sedekad selepas mata wang Euro digunakan sebagai transaksi setiap hari.
Seperti mana yang diucapkan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy baru-baru ini: "Krisis hutang Euro ini akan membuatkan seluruh Eropah tersungkur."
Ia mencerminkan masalah sebenar yang bermula di Greece diikuti bantuan kerajaan (bail-out) terhadap Ireland dan Portugal sebelum krisis melanda Sepanyol dan akhir sekali Itali.
"Eropah jenis apakah yang akan tinggal jika Euro tiada, jika nadi ekonomi Eropah ini terhenti?," kata Sarkozy lagi.
Satu transformasi radikal sedang dilaksanakan bagi mengelakkan 'kiamat' itu berlaku terhadap ekonomi Eropah.
Malah Pengerusi Royal Bank of Scotland, Philip Hampton turut menjangkakan satu 'negara kecil' akan meninggalkan zon Eropah pada 2012.


http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_07.htm



AS kritik Jepun sekat kenaikan yen
WASHINGTON 28 Dis. - Amerika Syarikat (AS) hari ini mengkritik Jepun kerana campur tangan untuk menyekat kenaikan yen yang boleh menjejaskan ekonomi negara mata hari terbit itu, sejak enam bulan lalu.
Sambil menyifat langkah itu tidak perlu, AS berkata, Jepun sepatutnya memberikan tumpuan kepada pengukuhan kedudukan ekonomi domestik dan kecekapannya.
Dalam laporan pasaran pertukaran mata wang asing, Perbendaharaan AS berkata, Jepun sebelum ini, menyokong campur tangan dalam pasaran untuk menstabilkan kedudukan ekonominya selepas berdepan dengan bencana alam.
Tetapi, campur tangan yang bermula pada Ogos sehingga November di tengah-tengah kekalutan ekonomi di Eropah dan AS adalah tidak wajar, kata Perbendaharaan AS.
''Berbeza kepada keputusan G-7 pada Mac lalu, AS tidak menyokong sebarang bentuk campur tangan ini.
''Campur tangan ini berlaku ketika kegiatan pasaran pertukaran asing dan pengelakan risiko lebih banyak dipengaruhi oleh perkembangan kewangan di tempat lain dalam ekonomi global yang memberi kesan kepada semua mata wang utama,'' katanya.
Perbendaharaan AS mendakwa, turun naik dalam nilai yen lebih rendah berbanding kadar dalam dolar- euro serta pasaran-pasaran pertukaran berfungsi dengan baik dan ekoran itu campur tangan tidak perlu.
Berdasarkan asas dagangan yang tinggi, yen telah naik 5.1 peratus berbanding dolar sejak Jun tetapi hanya 2.8 peratus sejak awal tahun, katanya.
''Ekoran kenaikan ini, nilai sebenar yen kekal tingi dalam purata 15 tahun.
''Daripada memberikan reaksi terhadap pengukuhan yen kukuh, adalah lebih baik sekiranya Jepun mengambil langkah-langkah asas dan meneliti serta melengkapkan kedinamikan ekonomi domestik, meningkat daya saing firma Jepun termasuk utiliti dan perkhidmatan dan meningkatkan potensi pertumbuhan,'' tambahnya. - AFP

Beliau membuat komen sedemikian selepas melihat Greece mengakhiri rundingan yang amat memeritkan dengan penurunan nilai aset-asetnya oleh bank-bank terbesar dunia.
Malah kenyataan pahit itu juga turut disuarakan oleh ramai orang di Kota London.
Semasa 2011 membuka tirainya, masalah di Athens, Dublin dan Lisbon masih dikira sebagai kecil dan tidak penting kepada zon Eropah secara keseluruhannya.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_08.htm


TOLAK SYARIAT ISLAM PUNCA EKONOMI GAWAT





KOTA BAHRU; 8 Dis 2011: Akibat menolak syariat islam, beberapa negara besar termasuk Amerika Syarikat dan Jepun berdepan kegawatan yang turut menjejaskan ekonomi dunia.
Demikian kenyataan dibuat Profesor di Jabatan Polisi Perniagaan Dan Akaun Universiti Malaya, Dr Mohd Nazari Ismail, ketika berucap pada majlis Syarahan Perdana Ekonomi, Krisis Ekomoni Global: Kesan Dan Penyelesaiannya, anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.
Menurutnya, kesan daripada tindakan tersebut juga menyebabkan beberapa negara Eropah kini manjadi mangsa pada sistem yang dicipta oleh mereka sendiri.
“Kita seharusnya bersyukur, dengan syariat Allah s.w.t kerana janjiNya sendiri, kita akan diselamatkan, sekiranya manusia mengurus sistem kehidupan termasuk kewangan berlandaskan syariat”. Katanya pada majlis yang dirasmikan Olah YAB Dato’ Bentara Setia, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri, ADUN-ADUN, dan kakitangan kerajaan negeri.
Mohd Nazari turut menyarankan semua pemimpin negara mengubah dasar pentadbiran dan sistem kewangan dengan kembali kepada ajaran islam, sekiranya tidak ingin nasib yang sama turut menimpa rakyat negara ini.Sinar Harian.




BERITA LUAR NEGARA

Jutaan Pekerja Italia Siap Turun ke Jalan
Isnin, 12 Desember
Monexnews - Jutaan pekerja di Italia hari ini akan menggelar demostrasi besar-besaran. Serikat buruh sepakat untuk menentang program pemangkasan pemerintah, yang mereka nilai sebagai sebuah 'ketidakadilan'.
Aksi massa dalam jumlah besar adalah buntut dari jalan buntu pembicaraan antara Perdana Menteri Mario Monti dan pemimpin tiga serikat buruh utama, CGIL, CISL dan UIL. Monti telah berkomitmen meluncurkan program pemangkasan senilai 24 miliar euro sebagaimana diamanatkan oleh pemerintah teknokrat Italia. Pemangkasan ini adalah bagian dari dekrit 'Selamatkan Italia' yang dicanangkan pemerintah untuk menyelamatkan negara dari ancaman kebangkrutan.
Monti mengincar perolehan dana lebih dari 10 miliar euro. Di dalamnya termasuk pajak properti baru, kenaikan PPN 2% pada semester 2012, kenaikan usia pensiun, pajak barang-barang mewah (seperti kapal pesiar) dan upaya mencegah penggelapan pajak.
Serikat pekerja menilai keputusan pemerintah sangat tidak manusiawi. Pekerja dan pensiunan dipaksa untuk menanggung beban dari kelalaian pemerintah terdahulu. Ketiga organisasi mengancam aksi demonstrasi lebih lanjut jika pemerintah tidak merevisi klausul dalam program pemangkasan itu. Paket efisiensi anggaran itu sendiri siap dipaparkan di depan parlemen pekan ini.
(dim)




AKIBAT MANUSIA INGKAR PERINTAH ALLAH SWT
















Bismillah irrahman irrahim
Berkenaan Dinar Emas dan Dirham Perak serta Sah Diperlakukan di Malaysia

Dinar Emas dan Dirham Perak yang dikenali sebagai mata wang Syariah atau koin Syariah menurut fekah bukanlah jenis mata wang yang memerlukan ia sah diperlakukan. Mata wang Syariah tidak ada kaitan dengan mata wang hampa dalam banyak segi dan tidak sepatutnya perbandingan dibuat di antara kedua-duanya samada dari segi undang-undang mahupun dalam menyifatkan kedua-duanya sama. Dinar Emas dan Dirham Perak menjurus kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, yang paling genting, pembayaran zakat dan bukannya dengan perkara-perkara berkaitan perlembagaan. Pengenalannya hanya boleh dizahirkan atas dasar kesukarelaan apatah lagi kebebasan ialah satu perintah daripada Allah dalam semua urus niaga komersil termasuk dalam penerimaan wang. Penggunaan Dinar Emas dan Dirham Perak sepanjang sejarah menunjukkan bahawa ia terbuka kepada orang Islam dan juga yang bukan Islam.

Segala bentuk puji-pujian bagi Allah, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Tuhan sekelian alam, Penguasa pada Hari Pembalasan, yang telah mengumpul semua ilmu dalam zatNya dan Pencipta ilmu sehingga akhir masa. Salam dan selawat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak diajar oleh manusia tetapi olehTuhan Yang Maha Berkuasa. Dialah nabi terakhir dan paling dimuliakan, nabi terakhir dalam warisan kenabian yang dibawa ke dunia yang fana ini dan membimbing kita ke jalan yang lurus. Semoga dilimpahkan rahmat dan barakah yang tidak terhingga ke atas keluarganya dan para sahabatnya yang dipilih daripada mereka yang terpuji dan murah hati.
Mengenai keprihatinan orang ramai berkenaan pelancaran mata wang Syariah di negeri Kelantan pada 2 Ramadan 1431, saya sebagai saksi kepada sejarah yang gemilang itu di Bandaraya Kota Bharu dan juga sebagai Penasihat Syariah World Islamic Mint (WIM), saya ingin menyatakan dalam bentuk penjelasan dan sokongan kepada usaha ini atas sebab-sebab berikut :

1.- Dinar Emas dan Dirham Perak bukanlah mata wang yang sah diperlakukan (legal tender). Mata wang yang sah diperlakukan atau paksa laku seperti wang kertas, ialah sejenis pembayaran yang ditawarkan oleh undang-undang di mana penggunaannya tidak boleh ditolak untuk membayar atau melangsaikan hutang. Cek peribadi, kad kredit dan lain-lain kaedah pembayaran yang tidak dilakukan secara tunai, juga bukan mata wang yang sah diperlakukan, hanya nota dan koin Ringgit Malaysia adalah mata wang yang sah diperlakukan. Pengeluaran mata wang yang sah diperlakukan merupakan kuasa eksklusif Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah berniat ataupun berhasrat untuk mengeluarkan mata wang yang sah diperlakukan kerana ia satu usaha yang hampir mustahil dilakukan dari segi undang-undang.

2. Dinar dan Dirham dikenali dalam fekah sebagai mata wamg Syariah ataupun koin Syariah (sila lihat[a) Muqadimmah, Ibn Khaldun). Istilah koin Shariah adalah khusus kepada Dinar dan Dirham sahaja dan tidak digunakan untuk lain-lain koin samada yang diperbuat daripada emas, perak atau lain-lain bahan. Koin-koin lain semuanya dikenali sebagai koin bukan syarii (ibn Khaldun).

3.-Istilah mata wang alternatif atau mata wang pilihan tidak terpakai kepada mata wang Syariah atau koin Shariah kerana istilah “koin Shariah” itu khusus untuk Dinar and Dirham sahaja dan bukanlah alternatif bagi lain-lain mata wang bukan sharii. Kedua-dua koin itu berdiri sendiri tanpa ada sebarang alternatif. Perkataan mata wang altenatif boleh digunakan sekiranya ada penerangan yang jelas terhadap perbezaan asas antara koin Syariah dengan mata wang yang sah diperlakukan seperti Ringgit Malaysia. Ringgit Malaysia mempunyai sebuah konsep perundangan dan fungsi yang berbeza. Ringgit Malaysia tidak berasas kepada kepada sebarang komoditi ,(‘ayn’ dalam Bahasa Arab – maksudnya barangan) seperti Dinar dan Dirham, sebaliknya, Ringgit Malaysia hanyalah nota janji (Bahasa Arab “dayn” bermaksud hutang atau tanggungan) tanpa apa-apa nilai intrinsik (nilainya sebagai ‘ayn/barangan yang mempunyai nilai ialah nilai kertas yang hampir kosong) tetapi mata wang hampa (fiat currency) itu diberi nilai oleh Kerajaan Psersekutuan melalui peruntukan undang-undang yang sedia ada dan ia boleh berubah dari semasa ke semasa. Sebaliknya, nilai Dinar dan Dirham bergantung sepenuhnya kepada nilai pasaran komoditi emas dan perak iaitu bahan koin-koin itu diperbuat, sama seperti sekilo beras bergantung kepada nilai beras. Perbezaan ini penting dari segi keagamaan, umpamanya, zakat yang merupakan sesuatu yang wajib di bawah hukum Syarak hendaklah dibayar dengan ‘ayn dan tidak boleh dengan dayn (sila lihat [b] Al-Kasani). Orang Islam hendaklah, sekiranya diberi pilihan (kalau pilihan tidak diberi atau tiada ‘ayn yang boleh diperolehi maka itu darurat, ia suatu keadaan yang luar biasa maka boleh digunakan buat sementara), untuk membayar zakat dengan ‘ayn.

4.- Dari segi bahasa, Dinar danDirham tidak mempunyai nilai muka tetapi masing-masing memberi makna kepada nilai mengikut berat tertentu. Dinar mempunyai berat khusus 4.25 gram yang juga dikenali sebagai mithqal dalam bahas Arab . Dirham pula mempunyai berat khusus 2.975 gram atau 7/10 mithqal. Bolehlah dikatakan, dari segi perundangan, kedua-duanya adalah seperti 1kg beras. Kedua-dua Dinar dan Dirham adalah komoditi (emas dan perak) yang mempunyai berat tersendiri, yang disebut di dalam al-Quran dan dalam banyak aspek Syariah berkenaan zakat dan lain-lain penghakiman, maka, beratnya tidak boleh diubah.
5.- Dalam sejarah, koin-koin Syariah tidak pernah menjadi mata wang yang sah diperlakukan. Dalam amalan masyarakat Islam awal, bukan mata wang Shariah sahaja digunakan sebagai bahan perantaraan pertukaran untuk pembayaran. Barli, buah kurma dan garam juga digunakan sebagai bahan perantaran pertukaran untuk pembayaran dan oleh itu tidak ada hak eksklusif diberi kepada koin-koin Syariah. Amalan sebegini disebabkan adanya “pilihan untuk memilih bahan perantaraan” kerana wang turut dianggap sebagai sebahagian daripada urus niaga yang turut dikawal selia di bawah perintah Al-Quran yang sama yang mengawal selia perdagangan iaitu “tijaratun ‘aan tardim minkum” yang bermaksud berdaganglah dengan persetujuan bersama . Persetujuan bersama mengenepikan ide paksaan ataupun monopoly berkaitan dengan urus niaga (sila lihat [c] Tafsir al-Jalalayn). Ini satu lagi sebab mengapa Dinar dan Dirham bukanlah mata wang yang sah diperlakukan dan tidak pernah menjadi wang sedemikian. Kebebasan memilih bahan perantaraan ialah satu hak asasi yang diberikan Allah kepada orang Islam dan bukan Islam. Penggunaan mata wang Syariah turut membawa maksud ia digunakan juga dengan meluas oleh orang bukan Islam.

6.-Istilah “mata wang” biasanya difahami sebagai wang kertas yang sah diperlakukan atau wang hampa yang mempunyai nilai muka. Oleh kerana mata wang Syariah bukanlah mata wang sah diperlakukan dan tidak mempunyai nilai muka , koin Syariah itu lebih mudah difahami sebagai komoditi berbanding mata wang dalam penggunaan biasa istilah itu. Dalam amalan semasa, penggunaan koin Syariah tergolong dalam kategori pertukaran suka sama suka iaitu persetujuan bersama untuk pertukaran produk dan perkhidmatan. Sememangnya boleh dipertikaikan bahawa pada masa dahulu sebelum wujudnya perundangan mengenai matawang yang sah diperlakukan, urus niaga yang menggunakan emas dan perak merupakan urus niaga yang biasa dan istilah “tukar barang” sesuai utuk semua urus niaga juga. Oleh itu penggunaan istilah ”mata wang Syariah” hendaklah difahami seperti apa yang telah diperjelaskan di atas dan juga mengira pertimbangan amalan mengikut sejarah orang Islam kerana ia amat berkait rapat dengan hal-hal perundangan Islam.

7.- Tidak lama dahulu dalam sejarah, mata wang kertas didefinasikan sebagai nota janji bersandarkan emas dan perak . Maka mereka sebenarnya memegang satu amanah (mempercayai seseorang itu untuk menjaga harta benda kita sehingga kita menuntutnya balik) dan bertanggungjawab untuk memulangkannya atau membayar balik sejumlah emas atau perak apabila dituntut. Kita tahu daripada sejarah bahawa tanggungjawab itu biasanya tidak ditunaikan dan akhirnya kerajaan dunia memutuskan secara berperingkat-peringkat untuk mengenepikan terus tanggungjawab tersebut. Kes yang paling mudah dibuat contoh ialah dollar Amerika Syarikat apabila negara itu membuat keputusan bersendirian untuk membatalkan Perjanjian Bretton Woods. Konsep pecah amanah ini diketahui di dalam al-Qur’an dan membawa bersamanya kesan perundangan iaitu larangan menberi amanah kepada orang bukan Islam kecuali mereka berada di bawah pemerintahan orang Islam supaya mereka kelak akan menunaikan tanggungawjab kontrak mereka itu (sila lihat [d] Qadi Abu Bakr ibn al-Arabi). Perintah ini, dalam teori memberi maksud larangan untuk menerima pound British , dollar Amerika Syarikat dan lain-lain (atau apa sahaja mata wang yang menggunakan mata wang-mata wang ini sebagai sandaran), telah lama dihapuskan sejak zaman penjajahan oleh undang-undang baru yang menganggap larangan itu tidak lagi terpakai. Di bawah inspirasi sistem perundangan penjajah, undang-undang perlembagaan semua negara Islam termasuk Malaysia memberi hak untuk menerima nota janji negara asing, daripada negara bukan Islam( umpamanya, USD) kepada Bank Negara masing-masing sebagai rezab nilai untuk mata wang hampa mereka sendiri. Disebabkan ini, ramai orang Islam ( termasuk bukan Islam) masih lagi beranggapan bahawa wang hampa mereka itu masih mempunyai sandaran emas atau perak sedangkan pada hakikatnya tiada mata wang di dunia ini yang bersandarkan emas mahupun perak. Dinar emas dan Dirham perak ialah komoditi (‘ayn), maka kedua-dua koin itu bukanlah amanah sesiapa. Apabila kita berurus niaga, kita menyerahkan sedikit emas atau perak dan tidak memerlukan sandaran apa-apa bahan lain mahupun memohon keizinan pihak berkuasa selain daripada dirinya sendiri. Ini satu lagi sebab mengapa mata wang Syariah tidak boleh dibandingkan atau dipertimbangkan sebagai alternatif kepada “mata wang kertas”.

8.- Ramai yang terkeliru dengan konsep sah diperlakukan. Koin dan nota bank tidak memerlukan izin untuk menjadi “sah diperlakukan” sebagai wang untuk berjual beli atau melaksanakan lain-lain urusan di mana wang berperanan digunakan . Apa yang pasti ialah wang yang sah diperlakukan mestilah diterima untuk membayar hutang wang . Sebagai contoh, Undang-Undang Persekutuan Amerika Syarikat tidak menghadkan perniagaan swasta, individu atau pertubuhan menerima atau menolak bentuk pembayaran kepada mereka. Sebab itulah, peniaga bebas untuk menentukan bentuk pembayaran, sebagai contoh, menggunakan kad kredit, atau untuk menolak menerima nota bank yang pecahannya besar . Di Kanada sebagai contoh, hanya nota bank yanag dikeluarkan oleh Bank Canada sah diperlakukan, bagaimanapun, urus niaga komersil secara sah di sisi undang-undang boleh diselesaikan dalam apa cara sekalipun yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Jumlah urus niaga Kanada yang agak besar dibayar dalam dollar Amerika Syarikat walaupun dollar Amerika Syarikat bukanlah mata wang yang sah diperlakukan di Kanada. Status wang yang sah diperlakukan boleh diketepikan kecuali seseorang itu berada dalam keadaan berhutang maka sebab itu, mesin menukar wang ataupun pekerja pengangkutan tidak perlu menerima wang pecahan besar nota bank untuk tambang bas atau pun untuk sekeping coklat dan pekedai pun boleh menolak daripada menerima nota bank. Walaubagaimanapun, restoran yang memungut wang hanya selepas hidangan makanan selesai (satu kedudukan di mana hutang telah tercipta) terpaksa menerima apa saja wang yang sah diperlakukan. Hak seorang peniaga untuk menolak menjalankan urus niaga dengan sesiapa sahaja membawa maksud bahawa seorang pembeli itu tidak boleh menuntut melakukan satu pembelian, maka mengisytiharkan sesuatu mata wang itu sah diperlakukan untuk tujuan selain daripada membayar hutang merupakan satu tindakan lewah.

9.- Penempaan Dinar dan Dirham merupakan satu amalan orang Islam sejak daripada awal Islam lagi. Koin bertarikh pertama orang Islam ialah Dirham perak Sasanian Yezdigird III, yang ditempa semasa Khalifah Uthman radiallahu anhu. Koin-koin ini berbeza daripada yang asal kerana terdapat tulisan bahasa Arab pada bahagian muka koin itu, biasanya “dengan nama Allah”. Sejak itu tulisan dalam bahasa Arab dengan nama Allah dan juga sebahagian daripada ayat Qur’an di atas koin-koin itu menjadi ikutan semua koin yang ditempa oleh orang Islam. Pada tahun 75H (695M) Khalifah Abdalmalik memerintahkan Al-Haddjadj untuk menempa dirham yang pertama dan secara rasminya mengikut Piawaian Umar Al-Khattab radialluhu anhu: 7/10 mithqal. Pada tahun berikutnya, beliau memerintahkan dirham ditempa di semua wilayah Dar al-Islam. Beliau memerintahkan koin-koin itu ditempa dengan ayat “Allahu Ahad Allahu Samad”. Penempaan koin Syariah dianggap satu tanggungjawab Sultan yang mesti diikuti (sila lihat [e] al-Qurtubi).

Dan kejayaan itu hak Allah. PadaNya kami berserah dan semua puji-pujian bagiNya, Tuhan sekelian alam dan salam dan selawat ke atas nabi junjungan, Muhammad s.a.w.

Hamba Allah, Haji Abdalhasib Castineira



NOTA
A] Imam Abu Zayd Ibn Khaldun (d. 1406)
“ Al-Quran menyebutnya dan mengaitkannya dengan banyak penghakiman , sebagai contoh zakat, perkahwinan dan hudud. Maka dengan itu, di dalam Al-Quran mereka mempunyai realiti dan ukuran tertentu untuk membuat penilaian (zakat, dll) di mana penghakiman boleh diasaskan berbanding dengan menggunakan koin bukan sharii (lain-lain koin mahupun mata wang).

Ketahuilah bahawa terdapat persetujuan (ijma) sejak bermulanya Islam dan pada masa Sahabat dan Tabi’in bahawa dirham Syariah ialah sepuluh seberat tujuh mithqal (berat satu dinar) emas. Berat satu mithqal ialah tujuh puluh dua butir barli supaya dirham ialah tujuh per sepuluh darinya, iaitu lima puluh dan dua perlima butir barli. Semua ukuran ini sudah pun diterima oleh secara ijma.
“Al-Muqaddimah”

B] Imam Abu Bakr al-Kasani ( d.1191)
Sekiranya harta yang zakatnya hendak dibayar ialah dayn dan bukannya ‘ayn, zakatnya boleh dibayar mengikut kekayaan’ayn. Oleh itu sekiranya seseorang itu mempunyai tunutan 200 dirham di mana zakat sudah boleh dikenakan , boleh membayar zakatnya dengan 5 dirham secara tunai kerana dayn berbanding ayan tidak sempurna (naqis) dan ‘ayn itu sempurna (kamil), dan penyelesaian yang tidak sempurna dengan yang sempurna itu sah. Sebaliknya penyelesaian yang sempurna (kamil) menggunakan yang tidak sempurna (dayn) tidak sah. Maka dengan itu, hutang zakat itu tidak dikira selesai sekiranya dia ingin membayar zakat 200m dirham yang ia miliki (iaitu ‘ayn) dengan lima dirham yang terhutang dengannya oleh seorang yang miskin (iaitu dayn); kononnya membebaskan si miskin itu daripada hutangnya dan dengan dia berhasrat melangsaikan hutang zakatnya atas 200 dirham tadi.
“Bada’I al-Sana’I”

C] Shaykh Jalaluddin al-Mahalli & Shaykh Jalaluddin al-Suyuti
Allah berfirman dalam Al-Quran (4,29)):
{ يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُوۤاْ أَمْوَٰلَكُمْ بَيْنَكُمْ بِٱلْبَٰطِلِ إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَٰرَةً عَن تَرَاضٍ مِّنْكُمْ وَلاَ تَقْتُلُوۤاْ أَنْفُسَكُمْ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيماً }
Tafsir:
“ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil (tidak benar), memakan riba atau mengambil kuasa secara salah kecuali dalam perdagangan yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu, dengan melakukan sesuatu yang membawa kerosakan hanya kerana kamu bersekongkol, samada di dunia mahupun di akhirat. Sungguh, Allah Maha Penyayang kepadamu apabila Dia melarang kamu daripada berbuat demikian.”
“Tafsir al-Jalalayn”

D] Qadi Abu Bakr Ibn al Arabi (d. 1148)
Allah berfirman dalam al-Quran (3:75):
Dan di antara Ahli Kitab ada yang jika engkau percayakan kepadanya harta yang banyak (qintar), nescaya dia mengembalikannya kepadamu. Tetapi ada (pula) di antara mereka yang jika engkau percayakan kepadanya satu dinar, dia tidak mengembalikannya kepadamu, kecuali jika engkau berdiri di atas mereka.”
Tafsir:
“pengajaraan yang boleh diambil ialah larangan memberikan amanah kepada Ahli Kitab dengan barangan. Persoalan berkenaan pemberian amanah terhadap harta telah termaktub di dalam al-Quran.”
“Ahkam al-Qur’an”

E] Imam Abu Abdallah Al-Qurtubi (d. 1273)
Allah berfirman dalam al-Quran (4:59):
“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan Ulil Amri (pemegang kuasa) di antara kamu…”
Ayat ini ialah satu perintah untuk taat kepada Sultan berkaitan dengan tujuh tanggungjawabnya: penempaan dinar dan dirham, menetapkan timbang dan ukuran, penghakiman, Haji, Jumu’ah, kedua-dua Eid dan Jihad.”
“Al-Jami’ li-Ahkam al-Qur’an”




"KIAMAT EKONOMI": BANYAK NEGARA BELI EMAS

mas Masih Diborong Bank Sentral, Target Potensial 1700
Rabu, 03 ogos 2011 20:50 WIB

Monexnews - Bank sentral terutama negara berkembang seperti Korea dan Thailand telah menambah pembelian Emas hingga $10 milyar untuk cadangan devisa nya tahun ini sebagai sinyal runtuhnya keyakinan internasional pada obligasi negara Barat dan mata uang seperti dollar maupun Euro.
Berdasarkan data IMF per hari Rabu, Thailand melakukan pembelian Emas untuk kali kedua tahun ini, menaikkan cadangan devisa menjadi 127 ton emas, sementara Rusia membeli 5.85 ton emas, menjadi 836.7 ton devisa Emas, negara pemegang logam mulia kedelapan terbesar dunia.
Secara kumulatif, bank sentral emerging market telah membeli sekitar 180 ton emas, hampir dua kali lipat dari 73 ton emas yang dibeli bank sentral secara global sepanjang 2010. Permintaan yang tak henti-hentinya ini berimbas pada penguatan harga spot Emas sekitar 17% tahun ini ditopang oleh kekhawatiran pelemahan ekonomi negara maju akibat hutang yang besar dibarengi pertumbuhan yang suram.
Mexico termasuk pembeli Emas terbesar sepanjang tahun ini, mencapai total $5.3 milyar pembelian Emas, atau setara dengan 98 ton emas, diikuti dengan Russia yang telah membeli 48 ton emas senilai $2.6 milyar. Sebelumnya Korea turut mengkonfirmasi pemeblian 25 ton emas di bulan Juni dan July.
Ini berarti bank sentral masih melihat harga emas belum terlampau tinggi, diekspektasikan Bank sentral masih menjadi peminat utama Emas terutama pada negara yang memiliki peningkatan cadangan devisa namun kepemilikan emasnya masih relative kecil seperti China. Bank sentral China sejauh ini merupakan pemilik Emas keenam terbesar dunia, namun hanya mncapai 1.6% dari total cadangan devisa nya senilai $2.5 trilyun.
Data IMF juga menunjukkan Russia, Kazakhstan, Yunani, Ukraina dan Tajikistan juga menambahkan pembelian Emasnya sejak dua bulan lalu. Bahkan Rusia selalu membeli Emas setiap bulannya dalam 5 tahun terakhir.
Secara teknikal, bias Emas masih bullish di seluruh time frame dan belum ada sinyal warning teknikal yang menandakan Emas mencapai level top, oleh karena itu harga masih berpotensi bergerak sideways cenderung keatas dengan resisten terdekat di 1679, sebelum mengincar level psikologis 1700. Di sisi bawahnya, level support terdekat terletak di area 1655 & 1637.

 "BERSAMA KEMBANGKAN ILMU EMAS"

Yang Benar,

            shahril rakeb
.............................................
Shahril Rakeb
Pengurus II
Wakalah NNM GOLD RESOURCES,KGT
(Rangkaian Wakalah - QSSR GOLD RESOURCES)
H/P: 017-685 4189

0 comments:

Post a Comment