Apakah Matawang Syariah?
Matawang syariah adalah Dinar Emas dan Dirham Perak. Matawang ini pernah digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat.
Apakah Dinar?

Apakah Dirham?
Dirham pula diperbuat daripada perak tulen (999) dan nilai satu Dirham pada zaman Rasulullah boleh membeli seekor ayam.
Bilakah Dinar Dirham Kelantan dilancarkan?
Pada 12 Ogos 2010 oleh Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Apakah Kegunaan Dinar dan Dirham Kelantan?
Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk :
1. menyempurnakan ibadah zakat,
2. bayaran mas kahwin,
3. simpanan.
4. Bonus dan hadiah
Ianya juga boleh berfungsi sebagai medium pertukaran sukarela untuk barangan atau pun perkhidmatan.
Dimanakah Dinar dan Dirham Kelantan boleh didapati?
Sila hubungi Wakalah Utama / wakil pengedar untuk maklumat lanjut. Dan untuk mengetahui harga semasa sila ke www.dinarkel.com
Apa kaitan Dinar dan Dirham Kelantan sebagai matawang Syariah?
Dinar dan Dirham Kelantan dikatakan matawang syariah kerana ianya halal menurut syarak. Dinar dan Dirham Kelantan menggunakan Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab. Piawaian ini menetapkan hubungan dinar-dirham sebagai berat 7 koin 1 dinar bersamaan dengan berat 10 koin 1 dirham. Secara amnya berat 1 dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (91.7%); manakala 1 koin dirham bersamaan 2.975g perak tulen.
Benarkah perkataan Dinar& Dirham ada di dalam Al Quran?
Perkataan dinar dan dirham disebut didalam Al-Quran pada:
Surah Imran (3):75 yang bermaksud
Surah Yusuf (12):20 yang berbunyi
Bolehkah Kalimah Syahadah digunakan pada Dinar dan Dirham?
Boleh. Kalimah syahadah telah mula digunakan semenjak dinar mula-mula ditempa oleh Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan pada 120H. Dengan menempa kalimah tersebut melambangkan syiar Islam dan deklarasi iman dalam setiap keping dinar dan dirham. Lihat di sini
Berikan contoh penggunaan dinar dan dirham di zaman Rasul S.A.W?
Contoh penggunaan dinar oleh Rasul S.A.W.
Hadits daripada Urwah bin Abi Al-Ja’d Al-Bariqi, beliau berkata:
( Riwayat Abu Dawud [2810] dan at-Tirmizi [1/287])
Contoh penggunaan dirham oleh Rasul S.A.W
(Riwayat Imam Muslim)
Berikan contoh kaitan dinar dan dirham dengan Hukum Syarak?
Contoh dari segi zakat ialah nisab atau ukuran zakat ialah ½dinar bagi setiap 20 dinar dan 5 dirham bagi setiap 200 dirham; yang cukup haulnya. Manakala hudud dijalankan dalam kes kecurian yang nilainya melebihi ¼ dinar.
Apakah kaitan Pemerintah dengan Dinar dan Dirham?
Dinar dan dirham berkait rapat dengan kerajaan. Ini diperhatikan dalam Surah An-Nisa: 59:
(Riwayat Imam Muslim)
Menurut Al-Qurtubi dalam Tafsir Al-Quran beliau, ayat tersebut merupakan perintah supaya umat Islam taat kepada pemerintah dalam tujuh perkara. Perkara pertama ialah penempaan dinar dan dirham; dan enam yang lainnya ialah penetapan berat dan ukuran, keputusan mahkamah, haji, Jumu’ah, dua Hari Raya dan Jihad. Dalam kata lain, urusan dinar ialah urusan agama Islam dan kedaulatan daulah Islam. Penggunaan dinar melambangkan kepatuhan kepada perintah Allah; bukan semata-mata urusan ekonomi.
Apakah Dinar Dan Dirham Kelantan sahaja yang boleh dijadikan matawang?
Tidak semestinya. Di sepanjang sejarah manusia terdapat pelbagai komoditi yang digunakan sebagai wang. Komoditi di atas termasuklah binatang ternak, bijirin, manik-manik, cengkerang, rokok, tembaga dan timah. Emas dan perak telah terpilih sejak berzaman sebagai matawang kerana mempunyaiciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagi, mudah dibawa, diterima khalayak ramai dan tidak mudah dimusnahkan. Imam Malik di dalam Kitab Al-Muwatta menjelaskan bahawa wang ialah apa-apa komoditi yang lazimnya diterima pakai sebagai bahan pertukaran.
Adakah Koin Kijang Emas sama dengan Dinar Kelantan?
Tidak sama. Spesifikasinya berbeza daripada Dinar Kelantan.Kijang Emas ialah koin emas seberat ¼, ½ dan 1 troy ounce yang dilancarkan Bank Negara Malaysia sekitar Julai 2001. 1 troy ounce adalah bersamaan 31.1 g;1 Dinar Kelantan pula 4.25g.
Benarkah wang kertas seperti dolar Amerika, Yen Jepun dan ringgit Malaysia 100% disandarkan dan boleh disaling-tukar dengan emas?
Tidak benar. Berdasarkan sistem kewangan dunia kini, tiada satu pun mata wang nasional yang bersandarkan emas. Wang kertas hanya boleh ditukar dengan wang kertas yang lain. Sebagai contoh; jika seseorang ke bank pusat seperti Bank Negara Malaysia untuk menukarkan sekeping wang $100, beliau akan diberikan SAMA ADA 2 keping wang $50 ATAU 10 keping wang $10; ATAU 100 keping wang $1 tetapi tidak sama sekali ditukarkan dengan emas.
Sandaran kepada “wang kertas BNM” atau lebih dikenali sebagai Ringgit adalah wang kertas yang lain; seperti Dollar Amerika, Yen Jepun, Euro dan seumpamanya. Emas cuma merupakan sebahagian kecil daripada rizab BNM, sekitar 1.5% (Cuma RM1.452 bilion daripada RM94.772 bilion; setakat 30 Jun 2010). Rujuk pautan ini
post by :
SHAHRIL RAKEB
PENGURUS II,
NNM GOLD RESOURCES,
Wakalah Rasmi KGT,
Perbadanan Menteri Besar Kelantan,
Kerajaan Negeri Kelantan.
0 comments:
Post a Comment