DINAR EMAS DAN DIRHAM PERAK

Dinar Emas




Pada 12 Ogos yang lepas, kerajaan negeri Kelantan telah melancarkan dinar dan dirham yang juga akan digunakan di kira-kira 1,000 premis perniagaan di sekitar negeri itu, termasuk Pasar Besar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Bazar Buloh Kubu dan Pasar Siti Khadijah. Semasa majli
s perasmiannya juga, Menteri Besar Kelantan secara simboliknya telah menyerahkan pembayaran gaji pertama kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Mustafa Salleh, menggunakan dinar.
Persoalannya, untuk urusan lain mungkin tiada masalah,
tetapi penggunaan dinar emas di Kelantan dalam perniagaan nampaknya masih kelam -kabut berikutan ramai peniaga yang tidak berapa faham tentang kegunaannya. Pastinya juga, tentu ada sebab sehinggakan Kerajaan Kelantan mengumumkan penggunaan matawang ini. Sebenarnya, penggunaan dinar emas di Kelantan telah diperkenalkan sejak 4 tahun dahulu dan dikhabarkan penggunaan ini mendapat sambutan yang baik.
Apa itu dinar dan dirham?
Dinar Emas atau Gold Dinar ialah syiling emas 22
karat atau emas 916% ketulinannya. 1 Dinar bersamaan 4.25gram. Dinar Emas Kelantan dikeluarkan oleh Perbadanan Kelantan Berhad dan pengeluarannya dikendalikan oleh Kelantan Gold Trade. Walaubagaimanapun, penggunaan dinar emas dan dirham perak ini terhad kepada penggunaan seperti dibawah :-
  • Pembayaran Gaji.
  • Pembayaran Zakat
  • Mas Kahwin
  • Simpanan.
Ini kerana Seksyen 4 (1) Akta Legal Tender, Akta Bank Pusat 1958 dengan jelas menghalang penggunaan matawang lain selaing Ringgit Malaysia. Walaupun emas dinar dilancarkan di Kelantan, tidak bererti ianya akan digunakan sebagai mata wang, sebaliknya ia hanya digunakan sebagai tujuan diatas. Apa yang ingin diperkenalkan adalah dinar dan dirham lebih bertujuan sebagai alat tabungan dan pelaburan sahaja
Walaubagaimanapun, terdapat sedikit salah faham diantara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri berhubung isu ini. Ini adalah kerana mengikut undang-undang, pengeluaran mata wang sama ada alternatif atau tidak, adalah di bawah bidang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia membabitkan urusan dasar serta pengurusan kewangan Malaysia.
Bagi saya,penggunaan ini tiada masalah, tetapi kenyataan atau kegunaan lain dinar emas yang mana membolehkannya digunakan dalam urusan jual beli itulah yang menjadi persoalan dan bercanggah dengan seksyen diatas.
Penggunaan Dinar / Dirham
Seperti yang sedia maklum, harga emas adalah stabil, oleh itu dinar emas sesuai dijadikan simpanan. Sebagai contoh, pada 4 tahun yang lalu, kerajaan negeri telah melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25 dan separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76 serta suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38.
Kini, jika pergi ke kedai emas, dan serahkan satu keping dinar untuk ditukarkan kepada wang biasa, harganya tentu melambung naik kerana mengikut harga semasa emas pada tahun lepas sahaja, ianya telah meningkat kepada 30 peratus.
Jika kita memiliki Dinar Emas, dan ingin melakukan pembelian, maka Dinar Emas itu hendaklah ditukarkan kepada ringgit Malaysia dahulu dan ringgit itulah yang digunakan untuk berjual-beli. Tetapi, dengan rangkaian kedai yang terpilih di kelantan, urusniaga menggunakan dinar dan dirham adalah ibarat sistem barter sahaja dan bukannya niat menggantikan matawang Ringgit.
Kadar pertukaran di antara Dinar Emas pula adalah berdasarkan harga semasa emas di dalam pasaran emas, tempatan atau antarabangsa. Harus diingat bahawa hanya ringgit Malaysia yang diiktiraf sebagai legal tender di dalam wilayah Malaysia. Matawang lain tidak sah digunakan sebagai alat pertukaran.
“Mata wang syariah ini hanya pilihan kepada orang ramai untuk menggunakannya, tetapi ia juga untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Islam mempunyai mata wang sendiri untuk perdagangan.
“Sejarah juga membuktikan bahawa dinar emas dan dirham perak tidak akan terjejas dengan inflasi sehingga menjejaskan ekonomi negara.
“Sebagai contoh, pada zaman Rasulullah SAW, harga seekor ayam kira-kira RM13, lebih kurang harga seekor ayam pada masa sekarang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan mata wang syariah, dinar dan dirham di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini hari ini – Menteri Besar Kelantan
Dinar emas ini juga tidak diterima untuk membayar barang-barang yang kita beli di pasar atau di kedai. Juga tiada penjual yang boleh menerima bayaran dalam bentuk Dinar Emas Kelantan bagi barangan yang dijual. Tetapi sepertimana pengenalan dinar dalam urusan perniagaan di Kelantan, mungkin dibolehkan atas persetujuan penjual dan pembeli. Maknanya ia lebih disifatkan sebagai sistem “barter”.
Kelantan Dinar & Dirham
1/2 Dinar :: RM 293
1 Dinar :: RM 586
2 Dinar :: RM 1 172
5 Dinar :: RM 2 930
8 Dinar :: RM 4 688
1 Dirham :: RM 13
2 Dirham :: RM 26
5 Dirham :: RM 65
10 Dirham :: RM 130
20 Dirham :: RM 260

“Dahulu Orang Asli tidak menggunakan duit, mereka menggunakan hasil hutan seperti petai atau tongkat ali untuk ditukar dengan tembakau serta garam.
“Prinsipnya adalah sama di sini dan cara tersebut telah digunakan secara meluas sejak beribu tahun dahulu sebelum kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniah,” – Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Antara kegunaan Dinar Emas adalah ianya boleh digunakan sebagai alat simpanan, membayar zakat, membayar mahar perkahwinan dan sebagai hadiah (untuk ulang tahun perkahwinan, hari jadi, kakitangan cemerlang dan sebagainya). Dalam Daulah Islamiah, ia boleh digunakan untuk membayar denda di bawah pelbagai hukum Islam.
Antara Kelebihan Penggunaan Dinar adalah :-
  • Ia merupakan matawang sunah
  • Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
  • Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide)
  • Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase)
  • Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)
Maklumat lain berkaitan dinar emas / dirham perak
* satu dirham = 2.975 gram (7/10 mithqal) perak & harganya ialah RM13 (pada hari pelancaran, 12 Ogos 2010)

* Jika satu dinar = 4.25 gram (1 mithqal) dan satu dinar juga bersamaan dengan tujuh dirham.
* 7 dinar = 10dirham (dari segi timbangan beratnya)
*Pengenalan mata wang syariah dinar emas serta dirham perak adalah sebahagian daripada sistem barter dan bukannya mata wang kedua untuk negeri ini.
Harga Pasaran Semasa Dinar Emas dan Dirham
Kelantan Dinar & Dirham
1/2 Dinar :: RM 293
1 Dinar :: RM 586
2 Dinar :: RM 1 172
5 Dinar :: RM 2 930
8 Dinar :: RM 4 688
1 Dirham :: RM 13
2 Dirham :: RM 26
5 Dirham :: RM 65
10 Dirham :: RM 130
20 Dirham :: RM 260
Baru-baru ini, beberapa peniaga menimbulkan persoalan tentang penggunaan dinar emas dan dirham perak ini terutama membabitkan nilai semasa dinar dan dirham berbanding ringgit serta ketulenan transaksi yang dilakukan. Berikutan itu, mereka bimbang untuk memulangkan jumlah baki tepat kepada pelanggan yang berurusan dengan mereka di kedai masing-masing.
Bagi saya, seelok-eloknya sebelum memperkenalkan dinar emas, haruslah diberi penerangan kepada peserta kempen tersebut agar tidak timbul sebarang kemusykilan, berikan ruang bersoal jawab. Kemudian, mereka harus dibekalkan dengan maklumat terkini harga pasaran emas supaya urusniaga dapat dilakukan dengan telus. Ini berikutan harga emas yang tidak tetap.
Kemudian, bila sudah diperkenalkan, pastinya kelak terdapat syiling tiruan. Oleh itu, para peniaga juga haruslah diberikan alat khas atau maklumat berkaitan ketulenan syiling tersebut. Ini memandangkan syiling begitu mudah untuk dicetak rompak, apatah lagi matawang dinar mempunyai nilai yang tinggi.
post by : 
SHAHRIL RAKEB
PENGURUS II,
NNM GOLD RESOURCES, 
Wakalah Rasmi KGT, 
Perbadanan Menteri Besar Kelantan, 
Kerajaan Negeri Kelantan.
 

3 comments:

Hj Azri Ideris. said...

Assalamualaikum Ustaz.

Boleh tahu ½ dinar berapa Ringgit Malaysia hari ini. Sabtu 15 Feb 2020.
Didahului dengan ucapan terima kasih.

Hj Azri Ideris. said...

1/2 Dinar :: RM 293 masih ke?

Unknown said...

Yes truely

Post a Comment